Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh Penting

  • Mac, 21 - Hari Hutan Sedunia
  • Mac, 22 - Hari Air Sedunia
  • Mac, 23 - Hari Meteorologi Sedunia
  • April, 22 - Hari Bumi
  • Jun, 05 - Hari Alam Sekitar Sedunia
  • Okt., 08 - Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semula Jadi
  • Okt., 22-27 : Minggu Alam Sekitar Malaysia

http://img1.blogblog.com/img/icon18_wrench_allbkg.png

Tuesday, May 22, 2007

Karangan : Karangan Cereka

Karangan Cereka

Ciri-ciri
· Cereka bermaksud cerita rekaan.
· Oleh itu, karangan yang dihasilkan adalah dalam bentuk rekaan.
· Terdapat watak-watak, plot dan teknik plot yang mendasarinya.
· Karangan yang menarik harus mempunyai susunan peristiwa, iaitu bermula dengan permulaan, perkembangan, kemuncak dan penutup. Kemasukan unsur-unsur ketegangan akan membuatkan karangan lebih menarik.
· Pelajar perlu menggunakan bahasa yang sangat kreatif.
· Dalam karangan jenis ini, bentuk-bentuk perbualan atau percakapan boleh dimasukkan supaya karangan kelihatan lebih realistik.

Contoh Soalan
Jam di dinding menunjukkan hampir pukul 9.30 pagi. Pada hari Ahad begini lazimnya kami sekeluarga pergi berjalan-jalan. Namun, ketika duduk bersarapan di meja makan, aku keseorangan. Hatiku tertanya-tanya manatah perginya ahli keluarga yang lain? Aku terus menyapu seri kaya pada sekeping roti lalu menyuapnya ke mulut. Air kopi panas yang disediakan oleh Mak Munah kuhirup perlahan-lahan. Mulakan perenggan seterusnya untuk menyambung cerita anda berdasarkan perenggan di atas.

Rangka Jawapan
Isi
· Sebentar kemudian kelihatan kakak keluar dari bilik tidurnya – aku bertanyakan ayah dan ibu serta adik-adik yang lain – kakak hanya tersenyum simpul – memberitahu mereka telah keluar awal pagi tadi – hatiku memberontak kerana tidak diajak bersama – malah, aku turut berasa hairan apa yang menggelikan hati kakak sehingga dia tidak habis-habis tersenyum sendirian.
· Aku menghabiskan masa membaca novel di dalam bilik – jam sudah pun menunjukkan pukul 2.30 petang – hatiku panas tidak terkira memikirkan tindakan mereka meninggalkan aku bersendirian di rumah bersama kakak – puas aku memujuk kakak supaya membawa aku berjalan-jalan – pelbagai alasan yang diberikan – aku terpaksa beralah.
· Aku mula naik angin apabila mereka tidak pulang-pulang walaupun sudah petang – aku mengetuk pintu bilik kakak dengan kuat – perasaan marahku tidak lagi mampu disembunyikan – kakak meminta aku bersabar – aku tidak peduli – sama ada dia bawa aku keluar berjalan-jalan atau aku akan merajuk sepanjang hari – kakak akur dengan permintaanku – aku tersenyum girang.

Penutup
Menaiki teksi menuju ke sebuah bukit – kelihatan sebuah hotel tersergam di atas puncak bukit itu dalam kawasan yang terjaga rapi – aku mengingatkan kakak bahawa makanan di hotel mahal – kakak masih belum bekerja – aku ketawa besar apabila dia mengatakan dia telah menang loteri – pintu hotel terbuka luas – satu sorakan kedengaran – seluruh ahli keluargaku berada di situ – rupa-rupanya mereka telah menempah beberapa meja untuk meraikan hari jadiku – aku terkedu - sambil memeluk ayah dan ibu, air mata kegembiraan mengalir di pipiku.






Soalan Latihan
1. Aku berasa hairan melihat wanita tua itu. Setiap hari dia pasti memanggil mana-mana anak gadis yang lalu di hadapan rumahnya. Satu hari…Lengkapkan cerita di atas.
2. Mulakan sebuah cerita yang menarik yang disudahi dengan ayat, “…semenjak hari itu aku tidak berani lagi keluar malam”.
3. Anda terpaksa pulang lewat dari sekolah pada hari itu. Sedang anda menunggu bas, anda terlihat seorang kanak-kanak diculik oleh sekumpulan penjahat. Ceritakan apa yang anda lakukan setelah melihat kejadian itu.

Sunday, May 20, 2007

Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat

Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat

  1. Kesalahan dari segi penggunaan kata sering berlaku kerana kesalahan ejaan.
  2. Para pelajar sering melakukan kesalahan kerana keliru dan tidak pasti menggunakan perkataan-perkataan tersebut.
  3. Hal ini demikian kerana dalam Bahasa Melayu terdapat beberapa perkataan yang mempunyai ejaan yang serupa tetapi membawa makna yang berbeza.
  4. Pelajar perlu selalu merujuk kepada kamus dan banyak membaca bagi mengatasi kelemahan dari segi penggunaan kata.


Perkataan dan Huraiannya dan Penggunaan yang Betul dan Salah
Adakah dan Apakah
1. Kata tanya apakah digunakan untuk memperolehi jawapan tentang nama, binatang, benda dan keterangan tentang sesuatu.
2. Manakala kata tanya adakah pula digunakan untuk memperolehi jawapan ya atau tidak.
Betul
a) Adakah dia pergi ke sekolah ?
b) Apakah nama bunga yang terbesar di dunia ?

Salah
a) Apakah dia pergi ke sekolah ?
b) Adakah nama bunga yang terbesar di dunia ?

Banyak dan Ramai
1. Banyak digunakan untuk menunjukkan jumlah atau bilangan sama ada untuk manusia, benda ataupun binatang.
2. Ramai pula adalah untuk menunjukkan keadaan atau suasana seperti sibuk, riuh-rendah, huru-hara, dan sebagainya.
Betul
a) Banyak pelajar terlibat dalam aktiviti perkhemahan itu.
b) Suasana di pasar raya itu riuh-rendah kerana ramai pembeli sibuk memilih barangan.

Salah
a) Ramai pelajar terlibat dalam aktiviti perkhemahan itu.
b) Suasana di pasar raya itu riuh-rendah kerana banyak pembeli sibuk memilih barangan.
Bena dan Bina
1. Bena membawa maksud endah, hirau, peduli.
2. Manakala bina pula membawa maksud dibina yakni didirikan.
Betul
a) Rumah untuk mangsa-mangsa kebakaran itu akan dibina secepat mungkin.
b) Dia buat bena tidak bena terhadap pengemis yang menghampirinya.

Salah
a) Rumah untuk mangsa-mangsa kebakaran itu akan dibena secepat mungkin.
b) Dia buat bina tidak bina terhadap pengemis yang menghampirinya.
Perkataan dan Huraiannya
Penggunaan yang Betul dan Salah
Boleh dan Dapat
1. Boleh membawa maksud diizinkan.
2. Dapat pula bermaksud berupaya atau sanggup melakukan sesuatu.
Betul
a) Jambatan yang baru siap dibina itu sudah boleh dilalui.
b) Walaupun Fauzi baru berumur sepuluh tahun, tetapi dia sudah dapat menunggang motorsikal.

Salah
a) Jambatan yang baru siap dibina itu sudah dapat dilalui.
b) Walaupun Fauzi baru berumur sepuluh tahun, tetapi dia sudah boleh menunggang motorsikal.

Skema Jawapan BM T1 Pertengahan Tahun

Skema Jawapan Peperiksaan Pertengahan Tahun Bahasa Melayu Tingkatan 1

Kertas 1
1 C 6 B 11 D 16 B 21A 26A 31B 36B
2 C 7 C 12A 17A 22B 27A 32B 37 D
3 A 8A 13C 18A 23A 28 C 33 A 38A
4 D 9B 14A 19D 24C 29A 34D 39D
5 D 10D 15 A 20 D 25 B 30C 35 C 40C

Kertas 2
Bahagian A (i) Ringkasan
· Undang-undang perlu diperketatkan bagi mengurangkan kes kemalangan jalan raya.
· Peratus kelulusan bagi ujian kelas memandu perlu dinaikkan.
· Para pemandu diwajibkan menduduki peperiksaan setiap dua tahun untuk meningkatkan kemahiran memandu mereka.
· Pemandu perlu memastikan kenderaan mereka dilakukan setiap tahun serta mendenda mereka yang gagal mematuhinya.
· Pihak kerajaan harus mewajibkan pemeriksaan kenderaan dilakukan setiap tahun serta mendenda mereka yang gagal mematuhinya.
· Had laju yang sedia ada wajar dikurangkan.
· Denda juga dikenakan terhadap pemandu yang memandu melebihi had.
· Lesen pemandu juga wajar digantung seandainya mereka melakukan kesalahan berulang.
· Kempen-kempen perlu dijalankan bagi menyedarkan pengguna tentang tanggungjawab mereka ketika berada di jalan raya.
· Pameran bergerak oleh PDRM juga perlu dihidupkan semula.

Satu isi 2 markah.
Markah penuh 20 markah.
Setiap kesalahan ejaan ditolak 1/2 markah.
Ringkasan perlu dijawab dalam satu perenggan sahaja. 5 markah perlu ditolak jika calon menjawab lebih daripada satu perenggan.

Bahagian A (ii) Kefahaman [Markah maksimum 10 markah]
1. Setelah ditimpa kesusahan baru hendak beringat-ingat [2 markah]
2. – Keadaan kenderaan yang tidak berlampu dan system brek yang rosak.
[2 markah]
– Sikap pemandu yang suka memandu melebihi had laju yang ditetapkan.
[2 markah]
3. – mengancam nyawa sendiri
– nyawa orang lain turut terancam
– mengganggu kelancaran lalu lintas
– mempengaruhi pengguna lain untuk melakukan perbuatan yang sama
– meningkatkan kadar kemalangan
[Mana-mana satu 1 markah]


Bahagian B [Markah Maksimum 20 markah]
Pendahuluan [3 Markah]
- Malaysia merupakan sebuah negara beriklim khatulistiwa
- Panas dan lembap sepanjang tahun
- Namun demikian, terdapat perbezaan suhu yang ketara antara tempat-tempat tertentu
- Sebagai contoh, suhu di tempat-tempat tinggi biasanya jauh lebih sejuk.
Isi 1 (Pemerincian Jadual) [4 Markah]
- Tanah tinggi Genting merupakan kawasan tanah tinggi
- Oleh itu, suhunya lebih sejuk daripada kawasan rendah seperti Kuala Lumpur.
- Suhunya yang lebih panas hanya 20 darjah Celsius berbanding dengan Kuala Lumpur yang boleh mencecah 31 darjah Celsius pada bulan-bulan tertentu.
- Ada masanya suhu di Tanah Tinggi Genting boleh turun sehingga 17 darjah Celsius berbanding dengan Kuala Lumpur yang tidak pernah turun kurang daripada 29 darjah Celsius.

Isi 2 (Sebab) [5 Markah]
- Faktor utama – kedudukannya yang lebih tinggi – udara semakin nipis.
- Kawasan berhutan belum diterokai.
- Manakala Kuala Lumpur pula lebih merupakan belantara konkrit.
- Asap dari kilang dan kenderaan turut meningkatkan suhu.

Isi 3 (Kepentingan) [5 Markah]
- Sesuai dijadikan tempat peranginan
- Daya tarikan kepada pelancong luar dan dalam negara
- Sesuai dijadikan tempat mesyuarat pemimpin-pemimpin dari luar negara (terutama dari negara beriklim sejuk)

Penutup [3 Markah]
- Tanah Tinggi Genting – salah satu tempat di Malaysia yang masih bebas daripada pembangunan secara giat.
- Harus dipertahankan
- Penting sebagai kawasan rekreasi dan percutian.
- Kerajaan harus memantau sebarang bentuk pembangunan di situ.

Bahagian C
a) Pendahuluan [4 Markah]
· Masalah kesesakan lalu lintas merupakan masalah yang paling sukar untuk diatasi, terutama di bandar-bandar besar.

Isi-Isi Penting [Mana-mana satu isi 8 markah. Maksimum 32 markah]
· Mengamalkan berkongsi kereta ke tempat kerja.
· Menggunakan kenderaan awam.
· Mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.
· Membaiki keadaan jalan raya.
· Menempatkan anggota polis trafik di tempat-tempat yang sering berlaku kesesakan untuk mengawal lalu lintas.

Penutup [4 Markah]
· Kerjasama daripada semua pihak perlu untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas ini.


b) Pendahuluan
· Tidak perlu kerana soalan menyambung karangan.

Isi-Isi
· Sebentar kemudian kelihatan kakak keluar dari bilik tidurnya – aku bertanyakan ayah dan ibu serta adik-adik yang lain – kakak tersenyum simpul – memberitahu bahawa mereka telah keluar awal pagi – hatiku memberontak kerana tidak diajak bersama – malah, aku turut berasa hairan apa yang menggelikan hati kakak sehingga dia tidak habis-habis tersenyum sendirian. [10 markah]
· Aku menghabiskan masa membaca novel di dalam bilik – jam sudahpun menunjukkan pukul 2.30 petang – hatiku panas tidak terkira memikirkan tindakan mereka meninggalkan aku sendirian di rumah bersama kakak – puas aku memujuk kakak supaya membawa aku berjalan-jalan – pelbagai alasan yang diberikan – aku terpaksa beralah. [10 markah]
· Aku mula naik angin apabila mereka masih tidak pulang-pulang walaupun sudah petang – mengetuk pintu bilik kakak dengan kuat – perasaan marahku tidak lagi mampu disembunyikan – kakak meminta aku bersabar – aku tidak peduli – sama ada dia bawa aku keluar berjalan-jalan atau aku akan merujuk sepanjang hari – kakak akur dengan permintaanku – aku tersenyum girang.[10 markah]

Penutup
· Menaiki teksi menuju ke sebuah hotel – aku mengingatkan kakak bahawa makanan di hotel mahal – kakak masih belum bekerja – aku ketawa besar apabila dia mengatakan bahawa dia telah menang loteri – pintu hotel terbuka luas – satu sorakan kedengaran – seluruh ahli keluargku berada di situ – rupa-rupanya mereka telah menempah beberapa meja untuk meraikan hari jadiku – aku terkedu – sambil memeluk ayah dan ibu, air mata kegembiraan mengalir di pipiku. [10 markah]

C) Pendahuluan [4 markah]
- Daud dan Muluk adik-beradik
- Kedua-dua mereka merupakan nelayan
- Hidup dibelenggu kemiskinan
- Masing-masing sudah berkeluarga

Isi-Isi [Maksimum 32 markah]
- Daud (adik) mencadangkan mereka menjual sampan pusaka mereka dan cuba berniaga / Muluk tidak bersetuju / bertengkar
- Bermasam-masam muka / Daud membawa diri bersama keluarga ke kampung lain
- Daud mula berniaga secara kecil-kecilan / mengusahakan perusahaan membuat keropok / perniagaan semakin maju
- Mula mengeksport keropok / membuka kilang besar / menubuh cawangan
- Abangnya Muluk terus dalam kemiskinan / suatu hari sampannya karam dipukul ombak / Daud bergegas melawat abangnya
- Mereka berbaik-baik semula / Kini Muluklah yang menjadi pengurus perniagaan adiknya
Penutup [4 markah]
- Persengketaan sesama adik-beradik tidak mungkin berkekalan


c) Pendahuluan
Menerima aduan daripada penduduk setempat – bertolak menuju ke tempat terbabit – nama sungai – tempat letaknya – pemandangan yang menjelikkan
[8 markah]

Isi-Isi Penting
- Terdapat sebuah kilang haram berdekatan Sungai – mengusahakan bahan daripada kelapa sawit – menyalurkan bahan-bahan buangan ke dalam sungai – air sungai menjadi hitam dan pekat bau airnya amat memualkan.
[8 markah]
- Segelintir penduduk sendiri bersikap tidak bertanggungjawab – sewenang-wenangnya membuang sampah ke dalam sungai – tin-tin kosong, botol-botol plastik, dan sisa-sisa makanan terapung di merata-rata tempat – kawasan di tepi sungai kelihatan kotor sekali
[8 markah]
- Terdapat satu tapak perumahan yang dalam proses pembinaan – jentera-jentera berat telah mengorek pasir – apabila hujan turun , pasir-pasir dibawa aliran air hujan lalu masuk ke dalam sungai – menyebabkan sungai menjadi keruh dan kemerah-merahan.
[8 markah]

Penutup
- Sudah memberi amaran kepada pengusaha kilang dan kontraktor kawasan pembinaan terbabit – penduduk turut ditegur atas sikap kurang bertanggungjawab mereka – akan mengeluarkan saman sekiranya mereka melanggar peraturan alam sekitar – pemantauan seterusnya akan dilakukan dari semasa ke semasa
[8 markah]









e) Zaini bin Tahir,
No. 23, Taman Jaka,
41200 Klang. [2 Markah]
_________________________________________________[2 Markah]
Yang Berhormat Tan Sri Sulaiman,
Wisma FAS,
42300 KLANG [2 Markah] 17 APRIL 2005.[2 markah]

Yang Berhormat Tan Sri, [2 Markah]

Prestasi Pasukan Bola Sepak Negeri [2 Markah]

Sebagaimana yang Tan Sri sedia maklum, prestasi pasukan bola sepak negeri di bawah pimpinan saya sepanjang tahun ini amat mengecewakan. Saya selaku ketua pasukan memikul tanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan pasukan tersebut. Namun begitu, saya memohon izin Tan Sri untuk menyampaikan pandangan saya tentang pelbagai permasalahan yang menyelubungi pasukan tersebut.

2. Pada pendapat saya, punca utama kemerosotan prestasi kita ialah ketiadaan pemain bertaraf profesional dalam pasukan kita. Hal ini berbeza daripada kesemua pasukan negeri lain yang menggunakan perkhidmatan sekurang-kurangnya dua orang pemain profesional dari negara luar, sedangkan kita pula hanya bergantung pada pemain tempatan.

3. Selain itu, saya berpendapat kegagalan kita berkait rapat dengan sistem latihan yang diamalkan juga. Jurulatih pasukan kita masih lagi berpegang pada kaedah latihan tradisional yang menekankan aspek ketahanan fizikal dan kurang menitikberatkan kemahiran mengawal bola, membaca pergerakan lawan, dan kebolehan menunjukkan prestasi pantas semasa berhadapan dengan lawan.

4. Saya juga ingin menarik perhatian Tan Sri terhadap kegagalan pihak FAS menunaikan janji yang berkaitan dengan ganjaran dan pembayaran bonus sebagaimana yang dimaklumkan kepada pemain pada awal tahun. Kegagalan FAS untuk berpegang pada janji sedikit sebanyak mengendurkan semangat pemain kita. sedikit sebanyak mengendurkan semangat pemain kita.

5. Demikianlah pandangan saya tentang punca-punca kemerosotan mutu pasukan negeri kita dan saranan untuk membaikinya. Besarlah harapan saya agar segala pandangan dan cadangan saya ini mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak FAS negeri.
[Mana-mana satu Isi (Alasan) 4 Markah]
Sekian, terima kasih. [2 Markah]

Yang benar, [2 Markah]
______________[2 Markah]
(ZAINI BIN TAHIR) [2 Markah]
(Ketua Pasukan) [2 Markah]

Bahagian D [Markah maksimum 10 markah]

(i) Meniti Kaca
- Watak sampingan : Pak Sahar
- Penyayang – Amat menyayangi isterinya Mahyun yang berpenyakit nanar. Dia berusaha mengubati penyakit isterinya
- Bertimbang rasa – Tidak jadi meneruskan niatnya untuk berkahwin kerana tidak mahu menggores perasaan Nazar
- Tabah – Walaupun hampir tujuh tahun menanggung penderitaan akibat isterinya yang nanar, Namun dia tabah meneruskan kehidupan

(ii) Anak Din Biola
Watak sampingan : Pak Wan Busu
- Berdikari – Walaupun buta, Namun dia masih bekerja di sebuah kelab malam sebagai pemain biola dalam pasukan pancaragam
- Berhati mulia – Dia sanggup mengajar sesiapa sahaja yang berminat untuk belajar menggesek biola, terutama kanak-kanak buta
- Bersifat pemurah – Dia tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap Budiman yang diajar secara percuma cara-cara menggesek biola.

(iii) Aku Anak Timur
Watak sampingan : Niek van Hoeve
- Fasih berbahasa Indonesia – sejak kecil dia dididik oleh neneknya yang berasal dari Indonesia
- Becita-cita tinggi – dia bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Leiden dalam jurusan sejarah Indonesia
- Berbudi bahasa – dia bertutur dengan lemah lembut kepada ibu bapa Zarina

(iv) Limpahan Darah di Sungai Semur
Watak sampingan : Leftenan Hassan Yasin
- Bertanggungjawab – Beliau telah mengetuai Platun 12 Kompeni D untuk membuat penyiasatan di Sungai Semur selain menghapuskan pengganas Komunis
- Berani menghadapi musuh – walaupun telah dikepung, beliau tetap berjuang habis-habisan demi menyelamatkan anak-anak buahnya
- Bersemangat patriotic – Demi negara tercinta, beliau sanggup menentang komunis habis-habisan walaupun akhirnya dirinya turut terkorban
.
Pelajar boleh memilih makna-mana watak sampingan yang terdapat di dalam novel. Pelajar TIDAK BOLEH menghurai perwatakan watak utama.