Ekuinoks bermakna seluruh permukaan bumi menerima waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam masing-masing. Pada masa ini matahari tengah hari berada tepat di garisan khatulistiwa. Fenomena ini hanya berlaku pada 21 Mac (ekuinoks musim bunga) dan 23 September (ekuinoks musim luruh).
Maksud Solstis
Solstis bermakna penerimaan waktu siang dan malam yang tidak sama panjang di permukaan bumi. Fenomena ini berlaku pada 21 Jun (solstis musim panas) dan 22 Disember (solstis musim sejuk). Semasa solstis musim panas, matahari tengah hari berada tegak di atas garisan sartan di hemisfera utara. Keadaan ini menyebabkan hemisfera utara mengalami waktu siang yang lebih panjang iaitu 16 jam berbanding waktu malam yang lebih singkat iaitu selama 8 jam. Sebaliknya hemisfera selatan mengalami waktu malam yang lebih panjang iaitu selama 16 jam berbanding waktu siang yang singkat iaitu selama 8 jam. Semasa solstis musim sejuk pula, matahari tengah hari berada tegak di atas garisan jadi di hemisfera selatan. Keadaan ini menyebabkan hemisfera selatan mengalami waktu siang yang lebih panjang iaitu selama 16 jam berbanding waktu malam yang lebih singkat iaitu selama 8 jam. Sebaliknya, hemisfera utara mengalami waktu siang yang lebih pendek iaitu selama 8 jam berbanding waktu malam yang lebih panjang iaitu selama 16 jam.
Maklumat ini memang berguna...
ReplyDeleteMaklumat ini memang berguna...
ReplyDeleteThank you
ReplyDeleteGood
ReplyDeleteMaklumat ini memang berguna
ReplyDeleteOk
ReplyDeleteOdading mang oleh
ReplyDeleteThank you😊
ReplyDeleteTerima kasih membantu
ReplyDeleteterima kasih banyak banyak
ReplyDeleteTerima kadih atas perkongsian yang sangat bermanfaat
ReplyDeleteterima kasih, tahun 2021 ilmu ini masih lagi bermanfaat..Alhamdulillah mudah difahami penerangannya!
ReplyDeleteSama2
Delete