Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh Penting

  • Mac, 21 - Hari Hutan Sedunia
  • Mac, 22 - Hari Air Sedunia
  • Mac, 23 - Hari Meteorologi Sedunia
  • April, 22 - Hari Bumi
  • Jun, 05 - Hari Alam Sekitar Sedunia
  • Okt., 08 - Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semula Jadi
  • Okt., 22-27 : Minggu Alam Sekitar Malaysia

http://img1.blogblog.com/img/icon18_wrench_allbkg.png

Monday, October 1, 2007

INDEKS ALPHA

Maklumat Kawasan
A
A*Abadan – di selatan Iran – kawasan perlombongan petroleum – pusat menapis petroleum terbesar di dunia
*Abu Dhabi – di Emiriah Arab Bersatu – kawasan perlombongan petroleum *Acheh – industri membuat baja urea
*Afghanistan – di Asia Barat Daya – eksport utamanya ialah permaidani, bulu binatang dan hasil-hasil kulit – mengalami pertumbuhan penduduk yang abnormal kerana peperangan – dihubungkan dengan Pakistan melalui Genting Khyber – penternakan pindah dijalankan oleh kaum Kuchen
*Air Baloi – di Johor – kawasan penanaman nanas
*Air Keroh – di Melaka – dilalui oleh Lebuhraya Utara Selatan
*Akyab – Lihat Sittwe
*Al-Basrah – di Iraq – pusat menapis dan perlombongan petroleum
*Alor Setar – di Kedah – ibu negeri – mempunyai penduduk padat berbanding kawasan sekitar kerana ia berfungsi sebagai pusat pengumpulan hasil pertanian dan wujudnya migrasi dari luar bandar
*Amerika Syarikat – di Amerika Utara – rakan dagang yang penting bagi Malaysia – mengimport jongkong timah dari Malaysia
*Ampa – di Brunei – kawasan perlombongan petroleum dan gas asli
*Andra Pradesh – di India – beriklim monsun tropika – kelewatan angin lembap Monsun Barat Daya telah menyebabkan berlakunya kemarau yang teruk dengan suhu yang tinggi
*Angkasapuri – di Kuala Lumpur, Malaysia – terdapat stesyen satelit bumi
*Annam – Lihat Pantai Annam
*Anshan – di China – kawasan pengeluaran besi keluli yang utama di China dan kawasan pengeluaran arang batu
*Arab Saudi – di Asia Barat Daya – beriklim gurun panas – negara pengeluar petroleum terbesar di dunia – menggunakan sistem pengairan karez (iaitu dengan memperolehi air dari air bawah tanah yang disimpan di kolam dan empangan) dan kaedah pengairan titisan untuk menjimatkan penggunaan air – sistem pertaniannya dibantu oleh sistem pertanian rumah kaca – penternakan pindah dijalankan oleh orang Badwi
*Arun – di Sumatera, Indonesia – terdapat kilang mencair gas asli
*Arakan Yoma – Lihat Arakan Yoma
*Assam – di India – kawasan penanaman teh
*Australia – di Hemisfera Selatan, Benua Australia – di bahagian utara beriklim savana – mengamalkan sistem pengairan dengan telaga artes – negara berpenduduk kurang iaitu negara yang mempunyai sumber yang yang melebihi keperluan penduduknya
*Ayer Hitam – di Johor – terdapat industri membuat tembikar yang menggunakan kaolin sebagai bahan mentah
*Ayutthaya – di utara Bangkok, Thailand – kawasan perindustrian


Konsep, Akronim, Singkatan Dalam Geografi
A
*A. (sktp) – Alur

*Abaka (tum) – Sj. tanaman gentian yang digunakan untuk membuat tali dan guni. Ia menyerupai pokok pisang. Sesuai ditanam di kawasan bersaliran baik dan subur seperti di tanih lava bes di Filipina (95%) dan di Malaysia (4%)

*Addax Antelope (hwn) – Sj. Rusa yang yang merupakan hidupan liar di kawasan beriklim gurun

*AFTA (akr) – ASEAN Free Trade Area (Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN)

*Agro Pelancongan (ksp) – Pelancongan yang berasaskan pertanian

*Air Larian (ksp.) – Air daripada kerpasan (seperti hujan, salji cair, embun dan lain-lain bentuk) yang mengalir di permukaan bumi.

*Air Terjun (bmb) – Aliran sungai yang jatuh secara tiba-tiba di bahagian hulu sungai. Ia terbentuk akibat hakisan terhadap dasar sungai yang terdiri daripada lapisan keras lembut batuan berselang seli secara mendatar

*Akasia, Pokok (tum) – Spesis pokok hutan yang ditanam dalam program penenaman semula hutan kerana pokok ini tumbuh dengan cepat

*Akuifer, Lapisan (bmb) – Satu lapisan berair di permukaan gurun.

*Akuakultur (ksp.) – Kegiatan penternakan ikan dalam sangkar seperti di kolam, tasik, bekas lombong, sawah padi sungai dan paya.

*Alam Semesta (ksp) – Semua objek dan fenomena yang terdapat di antara permukaan bumi dan ruang angkasa.

*Alat Pelindung Stevenson – Lihat Pelindung Stevenson

*Aluvium, Tanih – Sj. tanih yang terdiri daripada kelodak, pasir, lumpur dan tanah liat yang dimendapkan oleh sungai di bahagian hilirnya. Tanih ini sangat subur terutamanya untuk tanaman padi dan jut.

*Angin Dunia, (ksp) – Angin yang bertiup di permukaan bumi dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah.

*Antisiklon (ksp) – Pusat tekanan udara tinggi yang membentuk pusaran angin keluar menuju ke pusat tekanan udara rendah

*Arah (ksp) – Hala sesuatu tempat dari suatu tempat yang lain

*APEC (akr) – Asian Pasific Economic Council (Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik)

*Arus Lautan (ksp) – Pergerakan air laut dari satu kawasan ke kawasan yang lain

*Arus Perolakan (ksp) – Arus pergerakan magma dalam bumi akibat tekanan dan suhu yang tinggi di bawah perut bumi

*ASEAN (akr) – Association of South-East Asian Nations (Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara). Ia terdiri daripada sembilan buah negara di Asia Tenggara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Brunei, Laos, Vietnam dan Myanmar

*Ash, Pokok (tum) – Sj. Tumbuhan semula jadi yang merupakan pokok kayu keras yang terdapat di dalam Hutan Daun Luruh Sederhana yang tumbuh di kawasan beriklim sejuk sederhana pantai timur seperti di Timur Laut China, Tanah Pamah Manchuria, sebahagian besar utara Jepun dan Korea serta di sebahagian daripada Dataran Siberia Tengah

*Atmosfera (ksp) – Lapisan udara di sekeliling permukaan bumi yang menganjur kira-kira 950 kilometer ke atas dari permukaan bumi
B Badger - Bushmen
*Badger (hwn) – Sj. hidupan liar seakan-akan memerang dengan bulu keras berwarna hitam di seluruh badannya kecuali sedikit berwarna putih di bahagian muka dan ekornya. Haiwan ini dapat dilihat di kawasan Hutan Daun Luruh Sederhana yang tumbuh di kawasan beriklim sejuk sederhana pantai timur seperti di Timur Laut China, Tanah Pamah Manchuria, sebahagian besar utara Jepun dan Korea serta di sebahagian daripada Dataran Siberia Tengah

*Badwi, Kaum – Orang asli yang tinggal di Gurun Sahara

*Bancian (ksp) – Pengiraan berasaskan sampel

*Bandar (ksp) – Petempatan yang mempunyai penduduk lebih 10000 orang

*Bandar Lestari (ksp) – Bandar yang dibangunkan tanpa mengabaikan kualiti alam sekitar

*Bandar Raya (ksp) – Petempatan yang mempunyai penduduk melebihi 100000 orang

*Bandar Satelit (ksp) – Bandar yang dibina berhampiran dengan bandar besar untuk mengurangkan kesesakan dan kepadatan di bandar utama. Contohnya Petaling Jaya menjadi bandar satelit bagi Kuala Lumpur

*Basuhan Balik (ksp) – Ombak yang turun semula ke laut selepas mendampar pantai. Ombak ini menyebabkan berlakunya pemendapan di luar pantai

*Batai, Pokok (tum) – Spesis pokok hutan yang ditanam dalam program penenaman semula hutan kerana pokok ini tumbuh dengan cepat
*Batu Enapan (ksp) – Batuan yang terbentuk daripada paduan mineral-mineral dan bahan-bahan terluluhawa
*Batu Igneus (ksp) – Batuan yang terbentuk hasil daripada pemejalan magma
*Batu Metamorfosis (ksp) – Batuan yang sifat dan rupanya akibat pelbagai proses sama ada secara fizikal, kimia atau melalui perubahan suhu
*Batu rejahan (ksp) – Batu igneus yang padat dan bertekstur kasar terbentuk hasil daripada penyejukan magma
*Batu Kelikir (ksp) – Batuan keras yang bersegi dengan diameter kurang daripada 10 sentimeter
*Batu Pasir (ksp) – Batuan yang bertekstur berbiji kerana terdiri daripada pasir-pasir yang terikat oleh perekat seperti silika. Batuan ini tidak kuat dan mudah pecah.
*Batu Tunggul (bmb) – Batuan yang muncul di permukaan laut. Terbentuk hasil daripada hakisan ombak terhadap gerbang laut yang runtuh
*Bayu Darat (ksp) – Angin yang bertiup dari daratan ke lautan pada waktu malam hari. Tiupan angin ini berlaku kerana daratan yang bersifat pepejal menjadi lebih cepat sejuk pada waktu malam hari berbanding lautan yang bersifat cecair. Keadaan daratan yang lebih sejuk berbanding lautan menyebabkan udara di lautan menjadi lebih ringan dan terus naik ke atas. Udara berkurangan di lautan menyebabkan berlakunya tekanan udara rendah sebaliknya di daratan yang lebih sejuk mengalami tekanan udara tinggi. Udara bergerak dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah iaitu dari daratan ke lautan. Pergerakan udara dari daratan ke lautan ini dikenali sebagai bayu darat
*Bayu Laut (ksp) – Angin yang bertiup dari lautan ke daratan pada waktu siang hari. Tiupan angin ini berlaku kerana daratan yang bersifat pepejal menjadi lebih cepat panas pada waktu siang hari berbanding lautan yang bersifat cecair. Keadaan daratan yang lebih panas berbanding lautan menyebabkan udara di daratan menjadi lebih ringan dan terus naik ke atas. Udara berkurangan di daratan menyebabkan berlakunya tekanan udara rendah sebaliknya di lautan yang lebih sejuk mengalami tekanan udara tinggi. Udara bergerak dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah iaitu dari lautan ke daratan. Pergerakan udara dari lautan ke daratan ini dikenali sebagai bayu laut
*Berangan (tum) – Tumbuhan semulajadi di kawasan bermusim
*BHC (akr) – Benene Hexachlorid – sejenis racun
*Bic, Pokok (tum) – Sj. Tumbuhan semula jadi yang merupakan pokok kayu keras yang terdapat di dalam Hutan Daun Luruh Sederhana yang tumbuh di kawasan beriklim sejuk sederhana pantai timur seperti di Timur Laut China, Tanah Pamah Manchuria, sebahagian besar utara Jepun dan Korea serta di sebahagian daripada Dataran Siberia Tengah
*BIMP-EAGA (akr) – Brunei, Indonesia, Malaysia and Philipine East ASEAN Growth Area (Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina)
*Bindubu (Puak) – Orang asli yang tinggal di Gurun Besar Australia. Mereka berpindah randah untuk mencari dan mengumpul bahan makanan. Mereka memburu menggunakan boomerang dan lembing
*Biosfera (ksp) – Hidupan-hidupan yang terdapat di permukaan bumi seperti manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan organisma-organisma lain
*Birch (tum) – Lihat Bic
*Boomerang, Senjata (al) – sj. alat yang digunakan oleh puak Bindubu di Gurun Besar Australia untuk memburu binatang. Senjata ini berbentuk ‘V’ yang akan berputar bila dilontar dan akan kembali semula jika tidak mengena sasaran
*B.P. (sktp) – Balai Polis
*BSKL (akr) – Bursa Saham Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Stock Exchange)
*Bt. (sktp) – Bukit *Bushmen, Puak – Satu puak orang asli tempatan yang tinggal di Gurun Kalahari. Kegiatan mereka ialah memburu binatang dengan menggunakan panah, lembing, jerat dan perangkap. Mereka tinggal dalam timbunan rumput yang diikat pada kayu
Untuk Memperolehi Naskhah Anda Yang Lengkap Sila Hubungi Kami di talian : 0179675190