Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh Penting

  • Mac, 21 - Hari Hutan Sedunia
  • Mac, 22 - Hari Air Sedunia
  • Mac, 23 - Hari Meteorologi Sedunia
  • April, 22 - Hari Bumi
  • Jun, 05 - Hari Alam Sekitar Sedunia
  • Okt., 08 - Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semula Jadi
  • Okt., 22-27 : Minggu Alam Sekitar Malaysia

http://img1.blogblog.com/img/icon18_wrench_allbkg.png

Tuesday, May 14, 2013

Soalan Kajian Luar untuk Calon Geografi STPM 2013
Jawab Satu Soalan sahaja
Soalan 1
Calon dikehendaki melakukan kajian luar di sebuah kawasan yang bercerun. Berdasarkan kajian tersebut, tuliskan satu penulisan yang lengkap yang merangkumi perkara berikut;
(
a) Bentuk-bentuk cerun yang terdapat di kawasan kajian. (
b) Proses kegagalan cerun yang berlaku. (
c) Faktor yang menyebabkan berlakunya kegagalan cerun. (
d) Kesan kegagalan cerun terhadap persekitaran fizikal dan manusia. (
e) Langkah yang sesuai untuk menstabilkan cerun di kawasan yang dikaji.                                                                                                                                                             [50]

Soalan 2
Calon dikehendaki melakukan kajian luar di sebuah daerah/bandar/mukim yang sesuai. Berdasarkan kajian luar tersebut, tuliskan satu penulisan yang lengkap yang merangkumi perkara berikut;
(
a
) Taburan penduduk yang tinggal di kawasan yang anda kaji. (
b) Ciri demografi di kawasan berkenaan. (
c) Kaitan antara taburan dan ciri demografi dengan kegiatan ekonomi setempat. (
d) Impak negatif aktiviti ekonomi penduduk terhadap alam sekitar fizikal setempat. (
e) Langkah yang sesuai untuk mengurangkan impak negatif aktiviti ekonomi penduduk terhadap alam  sekitar fizikal setempat.                                                                                                                                                             [50]
Tanggungjawab Calon PBS Geografi STPM 2013


1 Memahami sukatan pelajaran Geografi dan tugasan untuk melaksanakan kerja kursus (kajian luar)

2 Melaksanakan kerja kursus (kajian luar) dalam tempoh yang ditetapkan

3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan selepas kerja kursus (kajian luar) dijalankan

4 Menghasilkan penulisan kerja kursus (kajian luar) secara individu

5 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu;

(a) memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja,

(b) mengenal pasti lokasi yang sesuai, dan

(c) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan

6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kajian luar   7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan data/maklumat

8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan kerja kursus (kajian luar)

9 Menggunakan muka hadapan kerja kursus (kajian luar) yang telah ditetapkan oleh pihak MPM pada muka hadapan kerja kursus (kajian luar) calon

10 Menghantar hasil kerja kursus (kajian luar) kepada guru Geografi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus (kajian luar) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kajian luar) Geografi dan tidak mengambil kertas 942/4

11 Mengakui kerja kursus (kajian luar) Geografi yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru Geografi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi membincangkan proses penghasilan kerja kursus (kajian luar) Geografi

13 Membentangkan hasil kerja kursus (kajian luar) pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah

14 Memastikan kerja kursus (kajian luar) yang dihasilkan ialah hasil usaha calon sendiri dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan mencatatkan sumber maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan kerja kursus (kajian luar)

15 Menyediakan satu folder PBS untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus (kajian luar) Geografi   Jadual Pelaksanaan PBS 10 Mei - 9 Jun 2013 -  Menerima soalan tugasan  Memahami skop tugasan kajian luar   10 Jun - 14 Jun (Persiapan Sebelum ke lapangan)  Mendapatkan sumber kewangan  Mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga
 Membincangkan jadual kerja bersama-sama ahli kumpulan
 Mengagihkan kerja dan membentuk struktur organisasi kumpulan
 Menyediakan kerangka tugasan
 Menyediakan peralatan dan instrumen seperti borang soal selidik
 Mencari sumber rujukan seperti sumber primer dan sekunder   17 Jun - 28 Jun 2013 (Perlaksanaan kajian di lapangan)  Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual, dan kaji selidik  Memperoleh data dan maklumat dari sumber sekunder   1 Julai - 31 Julai 2013 (Penulisan Kajian setelah kembali dari lapangan)  Menyusun dapatan (data dan maklumat) mengikut keutamaan dan struktur tugasan  Memproses, mentafsir, manganalisis, dan merumus data dan maklumat
 Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk peta, jadual, graf, carta, dan lain-lain yang bersesuaian
 Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubungkait dengan teori yang dipelajari
 Menulis penulisan kajian luar yang lengkap mengikut format yang ditetapkan
 Menyemak dan membuat penambahbaikan penulisan kajian luar   1 Ogos - 20 September 2013 - Pembentangan Berkumpulan Hasil Kajian Luar  Menghantar penulisan kajian luar masing-masing kepada guru  Membentangkan hasil kajian luar secara berkumpulan     Sekembali dari lapangan, calon melaksanakan tugasan berikut:

1 Menyusun dapatan (data dan maklumat) yang diperoleh mengikut keutamaan atau mengikut item yang telah dipecahkan dari soalan yang telah dipilih

2 Memproses maklumat – mentafsir, menganalisis, dan membuat hubung kait antara dapatan yang diperoleh

3 Mempersembahkan maklumat dan data dalam bentuk jadual, graf, carta, dan rajah bagi mana-mana item yang relevan dan sesuai

4 Membincangkan dapatan/hasil kajian – menghubungkaitkan dapatan yang diperoleh dengan teori yang telah dipelajari di dalam bilik darjah

5 Menyiapkan penulisan kajian mengikut format yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia

6 Membuat kesimpulan daripada hasil kajian dalam pembentangan

7 Membentangkan hasil kajian masing-masing. Tempoh pembentangan dan soal jawab hendaklah tidak melebihi 20 minit bagi setiap kumpulan

8 Penggunaan TMK dalam pembentangan adalah digalakkan     Kaedah kajian

1 Maklumat diperoleh dari dua jenis sumber, iaitu sumber primer dan sumber sekunder
2 Bagi mendapatkan maklumat primer, kaedah berikut digunakan: kaedah mencerap, memerhati, mengukur, melakar, merakam, merekod, menemu bual, pemerhatian ikut serta, dan mengkaji selidik
3 Bagi mendapatkan maklumat sekunder, kaedah berikut digunakan: kaedah mengumpul, merekod, menyalin, kajian di perpustakaan, mengumpul laporan agensi kerajaan dan swasta serta muat turun sumber Internet


Format Penulisan

1 Calon digalakkan menggunakan TMK untuk memperoleh maklumat tambahan
2 Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan penulisan kajian luar mengikut format berikut:
2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja
2.2 Tulisan: Times New Roman saiz 12 poin ditaip pada sebelah muka surat sahaja
2.3 Langkau (spacing): 1.5
2.4 Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk secara konsisten.

Contoh:
2.0 Objektif kajian

2.1 Menghuraikan jenis kegiatan ekonomi di kawasan yang dikaji

5 Panjang penulisan: tidak melebihi 25 muka surat termasuk jadual, rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran

 Penulisan hasil kajian luar hendaklah menggunakan laras bahasa kajian ilmiah. Contohnya,

 "Berdasarkan pemerhatian di kawasan kajian..."

 "Sungai X didapati telah tercemar disebabkan penggunaan racun serangga..."

4 Penulisan hasil kajian mestilah disokong dengan pembuktian foto, data, hasil temu bual, dan penyataan lokaliti

5 Susunan laporan kajian luar adalah seperti berikut:

5.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)
5.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
5.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
5.4 Borang Markah Kerja Kursus Calon Sekolah (BMKKC) (Lampiran 4)
5.5 Borang Penilaian Pembentangan Kumpulan Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi (Lampiran 5)
5.6 Penulisan kerja kursus (kajian luar) Geografi
6 Penulisan kerja kursus (kajian luar) yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid.

Struktur Penulisan
Kajian luar dilakukan secara berkumpulan tetapi penulisannya mesti disediakan secara individu. Oleh itu, satu penulisan kajian luar yang lengkap perlu dibuat setelah kembali dari lapangan. Penulisan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

9.1 Isi kandungan

9.2 Penghargaan

9.3 Pengenalan – Huraian isu semasa yang berkaitan dengan tajuk tugasan

9.4 Objektif kajian – Penyataan semua objektif mengikut tugasan soalan

9.5 Lokasi kawasan kajian – Huraian ringkas tentang keluasan, kedudukan, letakan serta ciri alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang ada di kawasan kajian

9.6 Kaedah kajian – Huraian tentang cara kajian dilakukan seperti pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian untuk memperoleh data primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian perpustakaan, muat turun bahan dari sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta

Manual PBS Geografi STPM 2013