Pilih SATU (1) soalan bagi setiap bahagian.
BAHAGIAN A
1
(a) Apakah yang
dimaksudkan dengan kerpasan? [5]
-
Jagat air yang turun ke permukaan bumi
-
Dalam pelbagai bentuk
-
Pepejal, cecair dan gas
-
Hujan, hujan batu, salji dan embun
-
Turun dalam intensiti yang berbeza
(b) Huraikan teori-teori pembentukan kerpasan. [12]
Teori
Bergeron-Findeison
· Atmosfera
dibahagikan kepada dua kawasan iaitu kawasan terbentuknya hujan iaitu di
kawasan yang bersuhu -5oC hingga -25oC.
· Terdapat
hablur-hablur ais seni di kwasan ini hasil proses pemejalwapan.
· Proses
sejatan seterusnya membekalkan wap air ke atmosfera.
· Wap
air yang memasuki kawasan ini akan mengalami proses pemeluwapan.
· Proses
pemeluwapan akan membekalkan lembapan.
· Lembapan
akan dimendapkan di permukaan hablur ais
· Lapisan
air nipis yang dimendapkan akan menambah saiz hablur ais.
· Hablur
ais yang diselaputi oleh lembapan juga senang menggregat apabila berlanggar dan
bercantum di antara satu sama lain.
· Apabila
hablur ais mencapai garis pusat melebihi 7mm, tarikan graviti akan menarik
hablur ais turun ke permukaan bumi.
· Hablur
ais yang turun akan mengalami proses pencairan kerana berlakunya proses
pemanasan secara adiabatik lalu turun sebagai hujan.
Teori Perlanggaran
(c) Dengan
bantuan gambar rajah, jelaskan mekanisma pembentukan hujan perolakan. [10]
(d) Jelaskan bagaimana manusia dapat mempengaruhi kuantiti dan kualiti
kerpasan. [6]
Penghasilan hujan tiruan – Meningkatkan kuantiti hujan
Penyahutanan – mengurangkan kuantiti hujan
Pembebasan bahan pencemaran – Meningkatkan hujan kerana bahan
pencemaran bertindak sebagai nukleus kondensasi
Pembangunan – mengurangkan litupan bumi – menjejaskan kitaran
semula jadi mengurangkan transpirasi – mengurangkan hujan
Perindustrian – membebaskan bahan pencemaran seperti gas karbon
dioksida dan sulfur dioksida – menyebabkan hujan asid
Pengangkutan – membebaskan bahan pencemaran seperti gas karbon
dioksida dan sulfur dioksida – menyebabkan hujan asid
2
(a) Apakah yang
dimaksudkan dengan edaran umum atmosfera secara global? [5]
Pergerakan udara mendatar
secara besar-besaran meliputi seluruh dunia yang dipengaruhi
oleh daya koriolis.
(b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi arah tiupan angin global [6]
Daya
koriolis – Terbias ke kanan di Hemisfera Utara dan terbias ke kiri di
Hemisfera Selatan
Faktor
taburan haba bumi – Udara yang sejuk di kutub lebih berat lalu turun ke
permukaan bumi dan mewujudkan kawasan tekanan tinggi. Udara di khatulistiwa
yang panas menjadi ringan lalu naik ke atas dan mewujudkan kawasan tekanan
rendah. Udara bergerak dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah.
Faktor
pemanasan dan penyejukan udara – Udara dari kutub yang bergerak ke
khatulistiwa di permukaan bumi semakin dipanaskan. Aapabila tiba di garis
lintang 661/2oU/S, udara menjadi semakin
ringan lalu naik ke atas. Udara yang naik ini akan berpecah ke kutub dan bergerak
ke khatulistiwa tetapi akibat penyejukan secara adiabatik, ia menurun di
kawasan 30oU/S. Udara di khatulistiwa yang naik akan disejukkan.
Udara ini akan menurun di kawasan 30oU/S. Ini mewujudkan pusat
tekanan tinggi hampir tropika. Di permukaan bumi, angin dari pusat tekanan
tinggi hampir tropika ini akan bergerak secara mendatar ke khatulistiwa dan ke
kawasan tekanan rendah sederhana.
(c) Huraikan mekanisma pembentukan angin monsun barat daya dan angin
monsun timur laut. [12]
Sila rujuk nota yang telah diberikan
(d) Jelaskan kesan sistem angin monsun terhadap kehidupan manusia. [10]
Kesan Positif
Kegiatan
Pam Angin – Negara Filipina yang mempunyai 7100 buah pulau dan angin monsun
yang kencang hampir sepanjang tahun. Ini membolehkannya menggunakan kuasa angin
monsun untuk menjana kuasa elektrik dan untuk menggerakkan pam air mekanika
bagi mengepam air bawah tanah untuk kegunaan harian, pengairan sawah padi dan
kebun sayur tanpa pembakaran bahan api fosil dan mesra alam.
Hujan
lebat yang dibawa oleh angin monsun – membekalkan air yang mencukupi untuk
penanaman padi sawah yang meluas di Asia Tenggara.
Pelayaran
– Pada masa dahulu, kapal layar digunakan dalam aktiviti perdagangan.
Pedagang dari China dating ke Malaya dengan bantuan angin monsun Timur Laut dan
mereka akan menunggu angin Monsun Barat Daya untuk kembali ke negara China.
Kesan Negatif
Menjejaskan kegiatan pertanian –
kelewatan angin monsun barat daya menyebabkan India kekurangan air untuk pertanian. Hasil pertanian terjejas. Sumber
pendapatan utama penduduk India adalah kegiatan pertanian. Kegiatan pertanian
terjejas akan menyebabkan kekurangan sumber pendapatan, kebuluran dan kematian.
Banjir – Kadang
kala angin monsun membawa hujan yang terlalu lebat. Ini akan menyebabkan
berlaku banjir. Banjir akan membawa kemusnahan harta benda, kemusnahan hasil
pertanian dan nyawa manusia terkorban khasnya di Lembangan Ganges di India dan
Bangladesh. Pada masa perantaraan angin monsun, angin taufan menjadi lebih kuat
dan membawa kemusnahan di kawasan pantai timur Filipina dan China.
Menjejaskan
kegiatan perikanan – Angin Monsun Timur laut yan g bertiup kencang di
pantai Timur Semenanjung Malaysia menyebabkan lautan bergelora. Ini menyebabkan
kegiatan perikanan di Kelantan dan Terengganu terjejas. Kekurangan bekalan ikan
menyebabkan harga ikan naik mendadak dan member kesan kepada kos sara hidup
penduduk berpendapatan rendah.
BAHAGIAN B
3
(a) Berikan definisi fenomena mikroiklim bandar [5]
Keadaan cuaca dan iklim mikro yang terbentuk dan dialami di sesuatu
kawasan yang terbatas keluasannya
iaitu kawasan bandar sahaja hasil aktiviti manusia seperti suhu yang lebih tinggi, hujan yang lebih lebat dan lebih kerap, kelembapan udara yang lebih rendah dan tiupan angin yang lebih perlahan
berbanding kawasan pinggir atau luar bandar
(b) Mengapa
wujudnya perbezaan suhu antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar? [12]
Bahan binaan struktur fizikal yang terdiri
daripada batu, konkrit, simen, bitumen dan aspalt – menggalakkan pengaliran dan simpanan
haba pendam yang efektif terutama pada waktu malam
Pelepasan gas rumah hijau seperti karbon
dioksida, karbon monoksida, metana dan sulfur dioksida daripada pembakaran
bahan api fosil oleh kenderaan dan jentera kilang – membenarkan pengaliran
masuk bahang matahari pada waktu siang tetapi menghalang pengeluaran gelombang
panjang bumi pada waktu malam
Pembebasan CFCs yang tinggi daripada alat
penyaman udara dan digunakan dengan meluas dalam sektor industri – CFCs akan
menipiskan lapisan ozon lalu membenarkan lebihan tenaga matahari dan sinar
ultra lembayung masuk ke kawasan bandar selain CFCs juga bertindak sebagai gas
rumah hijau
Kekurangan litupan tumbuh-tumbuhan hijau
– menyebabkan gas karbon dioksida kurang diserap
Pembebasan bahan pencemaran – bertindak
memerangkap pembebasan haba bumi
Kurangnya badan air kerana telah
ditebusguna sebagai kawasan pembinaan – mengurangkan pembebasan wap air yang
dapat menyerap sinaran matahari
Haba yang dibebaskan secara langsung dari
enjin kenderaan, jentera kilang dan haba metabolism badan manusia –
meningkatkan pengeluaran haba di bandar
(c) Huraikan
kemungkinan-kemungkinan fizikal yang terjadi di bandar akibat kejadian pulau
haba bandar.
[6]
Tekanan udara bandar menjadi rendah
kerana mengikut hukum Boyle suhu berkadar songsang dengan tekanan
Kelembapan udara sangat rendah berikutan
suhu yang tinggi akan meningkatkan kadar sejatan terlalu cepat
Hujan di bandar lebih lebat dan lebih
kerap kerana suhu yang tinggi akan meningkatkan kadar sejatan
(d) Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil
untuk mengurangkan kesan buruk akibat kejadian pulau haba bandar.
[10]
- Mewujudkan lebih banyak kawasan hijau
di bandar – di samping mencantikkan kawasan bandar, pembinaan kawasan hijau
juga dapat membekalkan lebih banyak wap air melalui proses sejatpeluhan.
Pokok-pokok juga bertindak menapis bahan pencemaran selain menyerap lebih
banyak gas karbon dioksida sebagai satu daripada gas rumah hijau
- Membina bandar satelit
- Manambah pancutan air di tepi bangunan, di simpang
jalan atau di taman-taman rekreasi
- Kempen kongsi kenderaan untuk
mengurangkan jumlah kenderaan di jalanraya
- Membina kawasan kilang berjauhan dari
kawasan perumahan
- Menanam lebih banyak pokok di kwasan
bandar seperti di tepi bangunan dan di taman-taman rekreasi
- Langkah perundangan dengan mewajibkan
kilang-kilang membina cerobong asap yang lebih tinggi dan mewajibkan penggunaan
penapis asap di ceronong asap.
- Kempen penggunaan bahan api mesra alam
seperti penggunaan petrol tanpa plumbum.
-
4
(a) Berikan huraian ringkas tentang El-Nino. [5]
- Fenomena cuaca luar biasa
- Akibat pemanasan air laut di lautan Pasifik
- Mengubah pola tiupan angin dengan melemahkan
tiupan angin timuran dan menggantikan dengan angin baratan yang lebih kuat
- sehingga mnegubah arus lautan yang panas ke
bahagian timur Lautan Pasifik
- Memberi kesan kepada fenomena cuaca hampir
seluruh dunia
- menyebabkan kemarau di bahagian barat lautan
Pasifik seperti di Asia Tenggara dan Australia tetapi menyebabkan hujan yang
lebat di bahagian Timur Lautan Pasifik seperti di perairan Pantai Barat Amerika
Selatan
-
Berlaku setiap 3 hingga 5 tahun sekali
(b) Nyatakan keadaan-keadaan
lautan dan atmosfera di Lautan Pasifik semasa pembentukan fenomena El-Nino. [12]
Di Pantai Barat Amerika Selatan
- Permukaan
laut lebih panas daripada biasa
- Proses sejatan air laut berlaku dengan pesat
-Aras laut 5cm lebih tinggi dari biasa
- Hujan turun dengan lebat
-Menerima angin baratan dari lautan Pasifik
- Menerima arus laut yang panas dari Lautan
Pasifik
- Plankton dan Ikan berkurangan kerana
kekurangan nutrien dari dasar laut
Di Perairan Negara-Negara Asia Tenggara,
Australia dan New Zealand
- Berlaku proses pembuakan air laut
- Air laut lebih sejuk
- Lautan
kaya dengan nutrien dari dasar laut
- Aras laut 5cm lebih rendah daripada biasa
- Permukaan laut yang sejuk mengurangkan proses
sejatan
- Proses sejatan yang kurang menyebabkan udara
lebih kering
- Berlaku kemarau kerana ketiadaan hujan
(c) Jelaskan kesan fenomena El-Nino terhadap kehidupan manusia [10]
Di Pantai Barat Amerika Selatan
Kesan
kepada sektor perikanan – tangkapan nelayan rendah kerana kekurangan jumlah
ikan. Arus panas yang melanda pantai Ecuador akan berpecah kepada dua arah,
iaitu satu ke British Columbia dan satu lagi ke Chile. Oleh itu kebanyakan ikan
di tepi pantai Peru dan Ecuador turut mengikut arus panas ini. Contohnya
kegiatan perikanan di Ecuador mengalami kekurangan ikan sardin yang telah
berenang ke Chile. Banyak anjing laut mati kerana kekurangan makanan iaitu
ikan. Aras laut semakin meningkat di sebelah timur Christmas Island, sementara
aras laut di sebelah barat Christmas Island semakin menurun. Oleh itu batu
karang dan terumbu laut yang mengelilingi pulau di sebelah barat terdedah lalu
dimusnahkan. Ini mengurangkan kawasan pembiakan perikanan lalu menjejaskan
kegiatan perikanan.
Kesan
kepada sektor pelancongan – Kenaikan aras laut membawa kemusnahan kawasan
terumbu karang dan hakisan tepi pantai merosakkan pantai. Ini menjejaskan
kegiatan pelancongan. Kebakaran hutan mengakibatkan jerebu dan menjejaskan
kegiatan pelancongan.
Kesan
kepada penduduk – Kejadian banjir menyebabkan kemusnahan harta benda dan
kehilangan nyawa. Ramai di kalangan penduduk mendapat pelbagai penyakit akibat
banjir. Pada tahun 1983, El-Nino berlaku di Bolivia, Peru dan Ecuador. Ini
menyebabkan 2500mm hujan menurun dalam tempoh masa 6 bulan. Air hujan
berlebihan menggalakkan pembentukan tasik dan rumput tumbuh dengan cepat di
kawasan pinggir pantai. Kawasan yang bertakung air dan berumput menggalakkan
pembiakan nyamuk yang boleh membawa penyakit malaria.
Di Negara-Negara Asia
Tenggara, Australia dan New Zealand
Kesan Kepada sektor pertanian – Kekurangan bekalan air akibat kemarau yang berpanjangan menyebabkan pembesaran tanaman terbantut, hasil tanaman merosot malah boleh
menyebabkan kemusnahan sesetengah
tanaman seperti tanaman padi. Kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu akan mengurangkan proses fotosintesis lalu mengurangkan hasil pengeluaran pertanian.
Kesan Kepada sektor pembalakan – Semasa El Nino kawasan Asia
Tenggara mengalami musim kemarau dan mengakibatkan kebakaran hutan serta
kepupusan pokok yang bernilai dari segi komersil. Ini menjejaskan ekonomi
negara khasnya dari segi pembalakan.
Kesan kepada penduduk – El-Nino 1997 menyebabkan musim kemarau yang
serius di Malaysia, Indonesia dan Brazil. Keadaan kering menyebabkan kebakaran
hutan. Ini menyebabkan kejadian jerebu yang menjejaskan kesihatan manusia.
(d) Huraikan bagaimana fenomena El-Nino boleh mempengaruhi keadaan
jerebu di negara-negara Asia Tenggara. [6]
Kemarau semasa El-Nino menyebabkan kebakaran hutan secara
semula jadi
-
Pembakaran hutan membekalkan banyak partikel-partikel
terampai seperti habuk, jelaga, asap dan wasap yang boleh menyebabkan fenomena
jerebu
-
Contohnya pembakaran hutan secara semula jadi akibat
kemarau yang berpanjangan kesan fenomena
El-Nino di Sumatera telah mengakibatkan fenomena jerebuu melanda sebahagian
besar Negara-negara di Asia Tenggara pada tahun 1998.
El-Nino
menyebabkan udara kering
-
Udara yang kering akan menggalakkan permukaan tanah
berdebu
-
Udara yang kering juga menyebabkan habuk dan debu tanah
yang ditiup angin akan akan terampai dalam jangka masa yang lebih lama di
atmosfera. Ini menyebabkan kejadian jerebu berpanjangan
El-Nino
menyebabkan kejadian kemarau dalam jangka masa yang panjang
-
Kekurangan hujan semasa El-Nino menyebabkan habuk, debu
dan jelaga akan terampai dalam jangka masa yang lebih lama. Biasanya masalah
jerebu akan berkurangan apabila hujan bertindak memendapkan partikel-partikel
terampai ke permukaan bumi. Ini menyebabkan masalah jerebu sukar dipulihkan
secara semula jadi.