Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh Penting

  • Mac, 21 - Hari Hutan Sedunia
  • Mac, 22 - Hari Air Sedunia
  • Mac, 23 - Hari Meteorologi Sedunia
  • April, 22 - Hari Bumi
  • Jun, 05 - Hari Alam Sekitar Sedunia
  • Okt., 08 - Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semula Jadi
  • Okt., 22-27 : Minggu Alam Sekitar Malaysia

http://img1.blogblog.com/img/icon18_wrench_allbkg.png

Wednesday, July 3, 2013

Ujian Akhir : Tingkatan 6 Rendah 2013

Arahan : Jawab dua soalan sahaja.


1. (a) Bezakan antara sistem tertutup dan sistem terbuka yang terdapat dalam

alam sekitar fizikal. [ 5 markah ]

(b) Berdasarkan contoh-contoh yang tertentu, tunjukkan bagaimana saling

kaitan berlaku antara sistem-sistem geomorfologi, atmosfera, hidrologi

dan ekologi [ 10 markah ]

(c) Bagaimana aktiviti-aktiviti manusia mempengaruhi perubahan ke atas sistem

bumi. [ 10 markah]


2 Peta 1 menunjukkan relief sebuah lembangan saliran.

(a) (i) Hitung bearing titik A dari titik B.                           [3 markah]

     (ii) Cari panjang Sungai Kanaga dari titik X hingga Y. [2 markah]

(b) Dengan menggunakan skala tegak 1:5000, lukiskan keratan rentas dari

A ke B. Lengkapkan lukisan anda dengan tajuk dan petunjuk yang sesuai. [10 markah]

(c) Jelaskan impak alam sekitar fizikal akibat pembinaan empangan yang

merentasi sungai di titik MN. [10 markah]


3. (a) Terangkan dengan ringkas jenis-jenis ombak. [8 markah]

    (b) Jelaskan proses-proses tindakan hakisan ombak. [9 markah]

    (c) Huraikan pengaruh bentuk-bentuk muka bumi pinggir pantai dalam

kehidupan manusia. [8 markah]

ATAU

(a) Huraikan secara ringkas tentang teori plat tektonik. [5 markah]

(b) Jelaskan fenomena-fenomena yang terjadi akibat pergerakan dalam plat

tektonik. [10 markah]

(c) Berdasarkan salah satu fenomena di atas, terangkan pengaruhnya terhadap

kehidupan manusia. [10 markah]


4. Peta 2 menunjukkan titik ukur tinggi dalam meter di Lembangan Sungai Durga.

(a) Berdasarkan peta 2, lukiskan profil panjang Sungai Durga dari titik M hingga N.

Guna 1:5000 sebagai skala tegak. Lengkapkan lukisan anda dengan tajuk dan

petunjuk yang sesuai. [10 markah]

(b) Nyatakan proses-proses geomorfologi yang giat berlaku mengikut peringkat-

peringkat sungai. [8 markah]

(c) Terangkan pengaruh ciri-ciri fizikal muka bumi di atas peta terhadap kehidupan

manusia. [7 markah]

ATAU

(a) Huraikan secara ringkas perbezaan luluhawa mekanikal dan luluhawa

kimia [ 5 markah]

(b) Terangkan faktor-faktor mempengaruhi kadar dan jenis luluhawa. [ 10 markah ]

(c) Terangkan bagaimana kegiatan manusia boleh mempercepatkan kadar

luluhawa mekanikal [ 10 markah ]





Soalan Latihan Bah A 6 Rendah

1. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem ? [5 markah]


Sistem bermaksud satu himpunan pembolehubah atau komponen yang berada di dalam satu sempadan arbitari. Terdapat hubungkait yang sangat kompleks di antara komponen-komponen ini. Semua sistem berusaha mencapai satu titik keseimbangan. Jika terdapat gangguan-gangguan yang kecil, sistem akan mencari titik keseimbangan yang terbaru. Tetapi jika berlaku gangguan yang besar, ia boleh memusnahkan seluruh sistem mengikut masa.

2. “Bumi boleh di anggap sebagai satu sistem terbuka”. Jelaskan. [5 markah]

Bumi dianggap sebagai satu sistem terbuka kerana sistem-sistem dalam bumi membenarkan kemasukkan tenaga haba dan jisim (iaitu air) menghidupkan seluruh pembolehubah dalam subsistem seperti geomorfologi, ekologi, atmosfera dan hidrologi. Tenaga dan air melakukan pelbagai proses lalu menggerakkan sistem bumi. Akhirnya setelah melakukan pelbagai proses dalam sistem bumi, tenaga haba dan jisim akan keluar dari sistem. Ini dapat ditunjukkan seperti rajah di bawah:-

                                           Rajah 1 : Sistem Bumi sebagai Sistem Terbuka


3. Mengapakah berlaku variasi terhadap penerimaan bahangan matahari di permukaan bumi. [12 markah]

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan variasi terhadap penerimaan bahangan matahari di permukaan bumi. Putaran bumi dari arah barat ke timur menyebabkan fenomena siang malam. Setiap putaran mengambil masa 24 jam. Bahagian bumi yang menghadap pancaran matahari akan mengalami waktu siang, manakala bahagian bumi yang membelakangi pancaran matahari akan mengalami waktu malam. Kawasan bumi yang mengalami waktu siang akan menerima taburan bahangan matahari yang banyak berbanding kawasan bumi yang mengalami waktu malam. Ini dapat ditunjukkan seperti rajah 2 di bawah:-

                                                                Rajah 2 : Putaran Bumi
Edaran bumi mengelilingi matahari mengambil masa satu tahun untuk melengkapkan satu orbit pergerakan ini. Ini menyebabkan fenomena musiman seperti musim sejuk, bunga, panas dan luruh. Pada 22 Disember pancaran matahari berada tegak di atas Garisan Jadi di hemisfera selatan. Kedudukan ini dikenali sebagai solstis musim sejuk. Hemisfera selatan akan mengalami musim panas, manakala hemisfera utara akan mengalami musim sejuk. Pada ketika ini, kawasan yang mengalami musim sejuk akan menerima sedikit bahangan matahari.

                                            Rajah 3 : Edaran bumi mengelilingi matahari
Putaran bumi pada paksi yang condong iaitu 231/20 menyebabkan kejadian siang dan malam yang tidak sekata. Contohnya pada kedudukan solstis musim panas, matahari berada tegak pada Garisan Sartan di hemisfera utara. Pada ketika ini, hemisfera utara tercondong ke arah pancaran matahari. Kawasan di hemisfera utara akan mengalami waktu siang yang panjang dan waktu malam yang pendek. Ini bermakna hemisfera utara akan menerima bahangan matahari yang banyak. Pada ketika ini, hemisfera selatan pula akan tercondong menjauhi pancaran matahari dan mengalami waktu siang yang pendek serta waktu malam yang panjang. Ini bererti kawasan ini akan menerima bahangan matahari yang sedikit.

                                                     Rajah 4 : Kecondongan paksi bumi

Ketebalan lapisan atmosfera yang berbeza-beza turut mempengaruhi penerimaan bahangan matahari di permukaan bumi. Di kawasan tropika, lapisan atmosfera agak nipis manakala kawasan ke arah garis lintang tinggi, lapisan atmosferanya lebih tebal. Bahangan matahari yang sampai ke lapisan atmosferanya lebih tebal. Bahangan matahari yang sampai ke lapisan atmosfera akan mengalami pelbagai proses kehilangan banyak bahangan matahari ke angkasa dan hanya sedikit sampai ke permukaan bumi. Justeru itu, kawasan tropika lebih banyak menerima bahangan matahari berbanding kawasan bukan tropika.

                                                             Rajah 5 : Ketebalan atmosfera
Ketinggian matahari juga mempengaruhi bahangan matahari. Pancaran matahari sampai pada sudut yang tegak di kawasan tropika dan tertumpu pada kawasan yang kecil. Manakala di kawasan garis lintang tinggi, pancaran matahari sampai pada sudut yang serong dan tersebar pada kawasan yang luas. Maka di kawasan tropika, bahangan matahari banyak dan sebaliknya di kawasan lain bahangan matahari adalah sedikit.

                                                 Rajah 6 : Ketinggian pancaran matahari

Monday, July 1, 2013

Skema : Latihan Tingkatan 6 Rendah 1

1.            Jelaskan 4 cara tenaga haba suria dipindahkan dari atmosfera ke permukaan bumi.
o        Bahangan (Sinaran)
o        Pantulan
o        Serakan
o        Sentuhan (konduksi)

2.             Apakah yang dimaksudkan dengan sistem suria
                Salah satu sistem dalam Galaksi Bima sakti yang terdiri daripada sembilan buah planet, beribu-ribu bintang, bulan, meteorit dan tahi bintang yang beredar mengelilingi matahari.

3.             Bukti bumi berbentuk sfera
o        Gambar foto dari dari angkasa
o        Imej satelit
o        Pelayaran kapal laut yang mengelilingi dunia. Pelayar akan kembali ke pelabuhan asal tempat pelayar memulakan pelayaran apabila tamat satu pusingan pelayaran
o        Melihat kaki langit yang melengkung
o        Kejadian gerhana – bayang bumi

4.             Apakah maksud solstis musim sejuk
                Maksud solstis musim sejuk ialah satu tempoh masa matahari berada di hemisfera selatan iaitu matahari tengahari berada tegak di garisan jadi pada 22 Disember setiap tahun. Pada masa ini, hemisfera utara mengalami musim sejuk dan hemisfera selatan mengalami musim panas. Semakin ke utara sesuatu kawasan, waktu malam adalah semakin panjang dan semakin ke selatan sesuatu kawasan, waktu siang semakin panjang.

5.             Huraikan kepentingan tenaga suria kepada sistem geomorfologi. [10]
·         Proses luluhawa
·         Angin
·         Pencairan Glasier
·         Kerpasan
·         Pemendapan
       
6.             Terangkan pengaruh tenaga suria terhadap kegiatan pertanian di tropika lembap. [10]
·         Pelbagai jenis tanaman tropika dapat ditanam
·         Pelbagai aktiviti penanaman dapat dijalankan sepanjang tahun
·         Kegiatan menjemur hasil pertanian untuk meningkatkan mutu
·         Pembentukan tanah laterit untuk penanaman getah, kelapa sawit, koko dan lain-lain.
·         Pertumbuhan tanaman berlaku sepanjang tahun
·         Proses sejatan dan kerpasan sepanjang tahun membantu pengairan tanaman.

7.             Huraikan mengapa taburan bahangan suria berbeza-beza antara satu tempat dengan tempat yang lain. [10]
·         Putaran bumi menyebabkan kejadian siang dan malam
·         Peredaran bumi menyebabkan kejadian empat musim
·         Paksi bumi yang condong menyebabkan siang dan malam tidak sama panjang.
·         Ketebalan atmosfera
·         Garis lintang yang menyebabkan sudut pancaran matahari yang berbeza
·         Relief/kecerunan yang berbeza yang menyebabkan kadar penumpuan cahaya matahari yang berbeza.

8.             Huraikan peranan tenaga suria kepada sistem hidrologi.
·         Proses sejatan
·         Proses sejatpeluhan
·         Proses Pemeluwapan
·         Proses alir lintang
·         Pembentukan kerpasan
·         Pencairan salji
               
9. Senaraikan contoh-contoh, ciri-ciri dan proses pembentukan batuan dari setiap kumpulan yang berikut :
Kumpulan
Batu Igneus
Batu Enapan
Batu Metamorfik
Contoh Batuan
1.       Batu Granit
2.       Batu Gabro
3.       Batu Riolit
4.       Batu Andesit
5.       Batu Basalt
6.       Batu Pumis
1.       Batu Kapur
2.       Arang Batu
3.       Batu Gypsum
4.       Batu Syal
5.       Batu Konglomerat
6.       Batu Pasir
1.       Batu Marmar
2.       Kuartzit
3.       Batu Syis
4.       Batu Gneis
5.       Intan
6.       Delima
Ciri-ciri
1.       Berbentuk hablur
2.       Fizikalnya keras
3.    Tidak mengandungi fosil
1.       Berlapis-lapis
2.       Lebih lembut
3.       Mengandungi unsur fosil
1.       Permukaan licin, berkilat.
2.       Sangat keras
3.       Bernilai tinggi
Proses Pembentukan
1.       Penyejukan dan pembekuan magma
2.       Terdiri daripada igneus rejahan jika membeku di dalam lapisan kerak bumi dan igneus terobosan jika membeku di luar permukaan bumi
1.       Berpunca daripada proses penggondolan
2.       Pemendapan proses penggondolan
3.       Pembentukan gambut, perekatan dan penyimenan
1.       Proses sentuhan magma
2.       Pemanasan pada sushu yang sangat tinggi, peleburan semula serta mengalami tekanan yang sangat tinggi dan pembekuan semula
3.       Mengalami perubahan struktur dan perubahan kimia daripada batuan asal