Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh Penting

  • Mac, 21 - Hari Hutan Sedunia
  • Mac, 22 - Hari Air Sedunia
  • Mac, 23 - Hari Meteorologi Sedunia
  • April, 22 - Hari Bumi
  • Jun, 05 - Hari Alam Sekitar Sedunia
  • Okt., 08 - Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semula Jadi
  • Okt., 22-27 : Minggu Alam Sekitar Malaysia

http://img1.blogblog.com/img/icon18_wrench_allbkg.png

Thursday, November 16, 2017

Geografi STPM Penggal 3 Bahagian A 2017

1. a) Apakah yang dimaksudkan ekosistem buatan? [3]
- Sebuah persekitaran yang terdiri daripada interaksi antara unsur biotik dan unsur abiotik yang dikawal oleh manusia.
     b) Bagaimanakah sesebuah ekosistem semula jadi boleh bertukar kepada ekosistem buatan? [3]
- sebuah tasik semula jadi yang dijadikan sebuah taman tema air. Punca atau sumber air akan diubah dari sungai atau dari air hujan kepada sumber air paip.
- Sebuah tasik atau paya semula jadi dijadikan kolam akuakultur. Hidupan akuatik kawasan tasik yang asal seperti toman atau haruan akan dituba dan digantikan dengan spesies ikan ternakan seperti keli, ikan patin dan sebagainya.
- Kawasan hutan primer ditebang untuk dijadikan kawasan ladang pertanian seperti ladang getah atau kelapa sawit. Spesies pokok asal seperti Meranti, balau, keruing, kedondon dan sebagainya digantikan dengan pokok getah atau kelapa sawit.
- Kawasan hutan ditebang untuk pembinaan atau perluasan sebuah kawasan bandar.
     c) Huraikan dua kepentingan ekosistem hutan kepada aktiviti manusia. [4]
- Pembalakan. Pelbagai spesies tumbuhan semula jadi seperti Meranti, keruing, balau dan pokok Seraya ditebang untuk dijadikan kayu balak.
- Perburuan. Hutan hujan tropika yang kaya dengan spesies hidupan liar seperti rusa, kijang, pelanduk, kambing gurun, ayam hutan dan landak diburu untuk makanan. Sesetengah spesies pula diburu untuk dijadikan barang perhiasan seperti harimau, gajah dan badak sumbu.
- Bekalan ubatan tradisional.
- Pelancongan. Ekopelancongan kawasan hutan simpan seperti di Taman Negara.
2. a) Huraikan interaksi antara sistem hidrosfera dengan sistem litosfera di kawasan pinggir pantai. [2]
- pinggir pantai yang berpasir menggalakkan infiltrasi air hujan.
- Hujan yang lebat yang menyebabkan banjir akan menggalakkan proses hakisan dan meningkatkan kadar pemendapan di kawasan paya bakau.
    b) Jelaskan dua kesan peningkatan kadar hakisan pinggir pantai terhadap kepelbagaian biologi. [4]
(i) Peningkatan hakisan pinggir pantai boleh menumbangkan pokok ru atau pokok bakau. Ini akan menjejaskan habitat flora dan fauna. Telur-telur hidupan akuatik yang melekat pada akar pokok bakau akan dihanyutkan oleh ombak.
(ii) Pokok bakau yang ditumbangkan oleh hakisan pantai akan menjejaskan rantaian makanan kepada pelbagai spesies fauna yang bergantung hidup dengan mencari makanan di kawasan ekosistem paya bakau.
    c) Cadangkan dua langkah pemuliharaan kawasan pantai yang mengalami hakisan. [4]
        (i) Langkah pemupukan pantai. Kawasan pantai yang mengalami hakisan ditambak semula dengan pasir sungai atau pasir pantai dari kawasan lain untuk meninggikan semula kawasan pantai tersebut.
        (ii) Penanaman semula pokok bakau atau pokok ru di kawasan pinggir pantai agar akar pokok bakau atau pokok ru dapat memerangkap semula bahan hakisan dan menggalakkan pemendapan.
        (iii) Kempen dan pendidikan. Untuk menimbulkan kesedaran pentingnya mengurangkan hakisan pinggir pantai kepada masyarakat. Contohnya melalui kempen menanam semula pokok bakau.

Geografi Bahagian A Penggal 1 2018 no 1

1(a) Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan bentuk gunung berapi berbeza. [6]
i) Jenis lava. Lava bes merupakan lava yang lebih cair dan lambat membeku menyebabkan ia dapat mengalir jauh sebelum membeku. Ini menyebabkan gunung berapi yang terbentuk adalah lebih rendah dan lebih landai. Manakala lava asid yang lebih likat dan cepat membeku akan membentuk kon gunung berapi yang lebih tinggi dan bercerun curam.
ii) Struktur retakan. Letusan gunung berapi di kawasan kerak bumi yang mempunyai beberapa siri retakan akan membentuk dataran tinggi.
iii) Jenis letusan. Kekuatan dan kekerapan letusan
Letusan yang senyap dan berterusan akan mewujudkan gunung berapi yang sekata.  Bagi letusan yang kuat, lohong gunung berapi akan musnah dan mewujudkan kawah yang besar.
iv) Struktur lohong dan rekahan sisi. Sekiranya terdapat lohong yang banyak termasuk rekahan sisi gunung berapi maka magma akan keluar melalui pelbagai arah.  Akibatnya kon komposit akan terbentuk.
v) Kuantiti bahan yang dikeluarkan. Saiz sesebuah gunung berapi amat bergantung kepada kuantiti bahan yang dikeluarkan. Sekiranya kuantiti lava dan bahan piroklastik yang dikeluarkan banyak maka gunung berapi yang terbentuk lebih besar dan landai. manakala sekira kuantiti bahan yang dikeluarkan sedikit maka bentuk gunung berapi yang terbentuk lebih kecil dan curam.
vi) Tindakan agen gondolan seperti hakisan dan luluhawa. Hakisan yang berterusan ke atas cerun-cerun gunung berapi akan meruntuhkan cerun-cerun tersebut. Magma yang keras akan terdedah di puncak gunung berapi sebagai palam gunung berapi.

(b) Huraikan bagaimana aktiviti gunung berapi boleh menjejaskan kesihatan penduduk sekitar. [3]
Aktiviti letusan gunung berapi akan memuntahkan debu halus yang terampai di atmosfera dengan sangat banyak. Habuk dan debu gunung berapi yang disedut masuk melalui pernafasan manusia akan melekat pada paru-paru. Habuk dan debu seni ini akan mengganggu tugas paru-paru menyerap oksigen. Dalam kes yang lebih teruk, paru-paru mungkin akan terluka sehingga menyebabkan penyakit paru-paru berair.
(c) Mengapakah kawasan gunung berapi masih menjadi tumpuan penduduk? [6]
i) Tanah yang subur untuk dijadikan kawasan pertanian menggalakkan tumpuan penduduk untuk terutamanya di kawasan gunung berapi lava bes untuk penanaman padi. Contohnya kawasan cerun gunung berapi di Pulau Jawa, Indonesia, Pulau Luzon di Filipina dan di Pulau Honshu di Jepun.
ii) Pembentukan tasik kawah atau kaldera menjadi kawasan yang menarik untuk dimajukan sebagai kawasan pelancongan. Keadaan ini menyebabkan kawasan gunung berapi telah menjadi tumpuan penduduk kerana pelbagai kegiatan ekonomi sampingan seperti menjual hasil kraftangan, penyediaan chalet dan perniagaan runcit dan restoran dapat dimajukan.
iii) Tasik kawah atau kaldera juga kaya dengan pelbagai spesies ikan air tawar seperti ikan toman, haruan, sebarau dan lain-lain telah menarik penduduk bertumpu di sini untuk bekerja sebagai ikan air tawar.