Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh Penting

  • Mac, 21 - Hari Hutan Sedunia
  • Mac, 22 - Hari Air Sedunia
  • Mac, 23 - Hari Meteorologi Sedunia
  • April, 22 - Hari Bumi
  • Jun, 05 - Hari Alam Sekitar Sedunia
  • Okt., 08 - Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semula Jadi
  • Okt., 22-27 : Minggu Alam Sekitar Malaysia

http://img1.blogblog.com/img/icon18_wrench_allbkg.png

Tuesday, May 14, 2013

Soalan Kajian Luar untuk Calon Geografi STPM 2013
Jawab Satu Soalan sahaja
Soalan 1
Calon dikehendaki melakukan kajian luar di sebuah kawasan yang bercerun. Berdasarkan kajian tersebut, tuliskan satu penulisan yang lengkap yang merangkumi perkara berikut;
(
a) Bentuk-bentuk cerun yang terdapat di kawasan kajian. (
b) Proses kegagalan cerun yang berlaku. (
c) Faktor yang menyebabkan berlakunya kegagalan cerun. (
d) Kesan kegagalan cerun terhadap persekitaran fizikal dan manusia. (
e) Langkah yang sesuai untuk menstabilkan cerun di kawasan yang dikaji.                                                                                                                                                             [50]

Soalan 2
Calon dikehendaki melakukan kajian luar di sebuah daerah/bandar/mukim yang sesuai. Berdasarkan kajian luar tersebut, tuliskan satu penulisan yang lengkap yang merangkumi perkara berikut;
(
a
) Taburan penduduk yang tinggal di kawasan yang anda kaji. (
b) Ciri demografi di kawasan berkenaan. (
c) Kaitan antara taburan dan ciri demografi dengan kegiatan ekonomi setempat. (
d) Impak negatif aktiviti ekonomi penduduk terhadap alam sekitar fizikal setempat. (
e) Langkah yang sesuai untuk mengurangkan impak negatif aktiviti ekonomi penduduk terhadap alam  sekitar fizikal setempat.                                                                                                                                                             [50]
Tanggungjawab Calon PBS Geografi STPM 2013


1 Memahami sukatan pelajaran Geografi dan tugasan untuk melaksanakan kerja kursus (kajian luar)

2 Melaksanakan kerja kursus (kajian luar) dalam tempoh yang ditetapkan

3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan selepas kerja kursus (kajian luar) dijalankan

4 Menghasilkan penulisan kerja kursus (kajian luar) secara individu

5 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu;

(a) memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja,

(b) mengenal pasti lokasi yang sesuai, dan

(c) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan

6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kajian luar   7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan data/maklumat

8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan kerja kursus (kajian luar)

9 Menggunakan muka hadapan kerja kursus (kajian luar) yang telah ditetapkan oleh pihak MPM pada muka hadapan kerja kursus (kajian luar) calon

10 Menghantar hasil kerja kursus (kajian luar) kepada guru Geografi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus (kajian luar) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kajian luar) Geografi dan tidak mengambil kertas 942/4

11 Mengakui kerja kursus (kajian luar) Geografi yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru Geografi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi membincangkan proses penghasilan kerja kursus (kajian luar) Geografi

13 Membentangkan hasil kerja kursus (kajian luar) pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah

14 Memastikan kerja kursus (kajian luar) yang dihasilkan ialah hasil usaha calon sendiri dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan mencatatkan sumber maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan kerja kursus (kajian luar)

15 Menyediakan satu folder PBS untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus (kajian luar) Geografi   Jadual Pelaksanaan PBS 10 Mei - 9 Jun 2013 -  Menerima soalan tugasan  Memahami skop tugasan kajian luar   10 Jun - 14 Jun (Persiapan Sebelum ke lapangan)  Mendapatkan sumber kewangan  Mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga
 Membincangkan jadual kerja bersama-sama ahli kumpulan
 Mengagihkan kerja dan membentuk struktur organisasi kumpulan
 Menyediakan kerangka tugasan
 Menyediakan peralatan dan instrumen seperti borang soal selidik
 Mencari sumber rujukan seperti sumber primer dan sekunder   17 Jun - 28 Jun 2013 (Perlaksanaan kajian di lapangan)  Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual, dan kaji selidik  Memperoleh data dan maklumat dari sumber sekunder   1 Julai - 31 Julai 2013 (Penulisan Kajian setelah kembali dari lapangan)  Menyusun dapatan (data dan maklumat) mengikut keutamaan dan struktur tugasan  Memproses, mentafsir, manganalisis, dan merumus data dan maklumat
 Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk peta, jadual, graf, carta, dan lain-lain yang bersesuaian
 Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubungkait dengan teori yang dipelajari
 Menulis penulisan kajian luar yang lengkap mengikut format yang ditetapkan
 Menyemak dan membuat penambahbaikan penulisan kajian luar   1 Ogos - 20 September 2013 - Pembentangan Berkumpulan Hasil Kajian Luar  Menghantar penulisan kajian luar masing-masing kepada guru  Membentangkan hasil kajian luar secara berkumpulan     Sekembali dari lapangan, calon melaksanakan tugasan berikut:

1 Menyusun dapatan (data dan maklumat) yang diperoleh mengikut keutamaan atau mengikut item yang telah dipecahkan dari soalan yang telah dipilih

2 Memproses maklumat – mentafsir, menganalisis, dan membuat hubung kait antara dapatan yang diperoleh

3 Mempersembahkan maklumat dan data dalam bentuk jadual, graf, carta, dan rajah bagi mana-mana item yang relevan dan sesuai

4 Membincangkan dapatan/hasil kajian – menghubungkaitkan dapatan yang diperoleh dengan teori yang telah dipelajari di dalam bilik darjah

5 Menyiapkan penulisan kajian mengikut format yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia

6 Membuat kesimpulan daripada hasil kajian dalam pembentangan

7 Membentangkan hasil kajian masing-masing. Tempoh pembentangan dan soal jawab hendaklah tidak melebihi 20 minit bagi setiap kumpulan

8 Penggunaan TMK dalam pembentangan adalah digalakkan     Kaedah kajian

1 Maklumat diperoleh dari dua jenis sumber, iaitu sumber primer dan sumber sekunder
2 Bagi mendapatkan maklumat primer, kaedah berikut digunakan: kaedah mencerap, memerhati, mengukur, melakar, merakam, merekod, menemu bual, pemerhatian ikut serta, dan mengkaji selidik
3 Bagi mendapatkan maklumat sekunder, kaedah berikut digunakan: kaedah mengumpul, merekod, menyalin, kajian di perpustakaan, mengumpul laporan agensi kerajaan dan swasta serta muat turun sumber Internet


Format Penulisan

1 Calon digalakkan menggunakan TMK untuk memperoleh maklumat tambahan
2 Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan penulisan kajian luar mengikut format berikut:
2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja
2.2 Tulisan: Times New Roman saiz 12 poin ditaip pada sebelah muka surat sahaja
2.3 Langkau (spacing): 1.5
2.4 Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk secara konsisten.

Contoh:
2.0 Objektif kajian

2.1 Menghuraikan jenis kegiatan ekonomi di kawasan yang dikaji

5 Panjang penulisan: tidak melebihi 25 muka surat termasuk jadual, rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran

 Penulisan hasil kajian luar hendaklah menggunakan laras bahasa kajian ilmiah. Contohnya,

 "Berdasarkan pemerhatian di kawasan kajian..."

 "Sungai X didapati telah tercemar disebabkan penggunaan racun serangga..."

4 Penulisan hasil kajian mestilah disokong dengan pembuktian foto, data, hasil temu bual, dan penyataan lokaliti

5 Susunan laporan kajian luar adalah seperti berikut:

5.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)
5.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
5.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
5.4 Borang Markah Kerja Kursus Calon Sekolah (BMKKC) (Lampiran 4)
5.5 Borang Penilaian Pembentangan Kumpulan Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi (Lampiran 5)
5.6 Penulisan kerja kursus (kajian luar) Geografi
6 Penulisan kerja kursus (kajian luar) yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid.

Struktur Penulisan
Kajian luar dilakukan secara berkumpulan tetapi penulisannya mesti disediakan secara individu. Oleh itu, satu penulisan kajian luar yang lengkap perlu dibuat setelah kembali dari lapangan. Penulisan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

9.1 Isi kandungan

9.2 Penghargaan

9.3 Pengenalan – Huraian isu semasa yang berkaitan dengan tajuk tugasan

9.4 Objektif kajian – Penyataan semua objektif mengikut tugasan soalan

9.5 Lokasi kawasan kajian – Huraian ringkas tentang keluasan, kedudukan, letakan serta ciri alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang ada di kawasan kajian

9.6 Kaedah kajian – Huraian tentang cara kajian dilakukan seperti pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian untuk memperoleh data primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian perpustakaan, muat turun bahan dari sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta

Manual PBS Geografi STPM 2013

Monday, May 14, 2012

Soalan dan Skema Geog 1 PKBS I 2012


Pilih SATU (1) soalan bagi setiap bahagian.

BAHAGIAN A
1        (a)   Apakah yang dimaksudkan dengan kerpasan?                                                         [5]
-       Jagat air yang turun ke permukaan bumi
-       Dalam pelbagai bentuk
-       Pepejal, cecair dan gas
-       Hujan, hujan batu, salji dan embun
-       Turun dalam intensiti yang berbeza

(b)   Huraikan teori-teori pembentukan kerpasan.                                                            [12]
       Teori Bergeron-Findeison
·      Atmosfera dibahagikan kepada dua kawasan iaitu kawasan terbentuknya hujan iaitu di kawasan yang bersuhu -5oC hingga -25oC.
·      Terdapat hablur-hablur ais seni di kwasan ini hasil proses pemejalwapan.
·      Proses sejatan seterusnya membekalkan wap air ke atmosfera.
·      Wap air yang memasuki kawasan ini akan mengalami proses pemeluwapan.
·      Proses pemeluwapan akan membekalkan lembapan.
·      Lembapan akan dimendapkan di permukaan hablur ais
·      Lapisan air nipis yang dimendapkan akan menambah saiz hablur ais.
·      Hablur ais yang diselaputi oleh lembapan juga senang menggregat apabila berlanggar dan bercantum di antara satu sama lain.
·      Apabila hablur ais mencapai garis pusat melebihi 7mm, tarikan graviti akan menarik hablur ais turun ke permukaan bumi.
·      Hablur ais yang turun akan mengalami proses pencairan kerana berlakunya proses pemanasan secara adiabatik lalu turun sebagai hujan.

Teori Perlanggaran

(c)   Dengan bantuan gambar rajah, jelaskan mekanisma pembentukan hujan perolakan.      [10]













(d)   Jelaskan bagaimana manusia dapat mempengaruhi kuantiti dan kualiti kerpasan.   [6]
Penghasilan hujan tiruan – Meningkatkan kuantiti hujan
Penyahutanan – mengurangkan kuantiti hujan
Pembebasan bahan pencemaran – Meningkatkan hujan kerana bahan pencemaran bertindak sebagai nukleus kondensasi
Pembangunan – mengurangkan litupan bumi – menjejaskan kitaran semula jadi mengurangkan transpirasi – mengurangkan hujan
Perindustrian – membebaskan bahan pencemaran seperti gas karbon dioksida dan sulfur dioksida – menyebabkan hujan asid
Pengangkutan – membebaskan bahan pencemaran seperti gas karbon dioksida dan sulfur dioksida – menyebabkan hujan asid

2        (a)   Apakah yang dimaksudkan dengan edaran umum atmosfera secara global?           [5]
Pergerakan udara mendatar secara besar-besaran meliputi seluruh dunia yang dipengaruhi oleh daya koriolis.
(b)   Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi arah tiupan angin global                      [6]
       Daya koriolis – Terbias ke kanan di Hemisfera Utara dan terbias ke kiri di Hemisfera Selatan
       Faktor taburan haba bumi – Udara yang sejuk di kutub lebih berat lalu turun ke permukaan bumi dan mewujudkan kawasan tekanan tinggi. Udara di khatulistiwa yang panas menjadi ringan lalu naik ke atas dan mewujudkan kawasan tekanan rendah. Udara bergerak dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah.
       Faktor pemanasan dan penyejukan udara – Udara dari kutub yang bergerak ke khatulistiwa di permukaan bumi semakin dipanaskan. Aapabila tiba di garis lintang 661/2oU/S, udara menjadi semakin ringan lalu naik ke atas. Udara yang naik ini akan berpecah ke kutub dan bergerak ke khatulistiwa tetapi akibat penyejukan secara adiabatik, ia menurun di kawasan 30oU/S. Udara di khatulistiwa yang naik akan disejukkan. Udara ini akan menurun di kawasan 30oU/S. Ini mewujudkan pusat tekanan tinggi hampir tropika. Di permukaan bumi, angin dari pusat tekanan tinggi hampir tropika ini akan bergerak secara mendatar ke khatulistiwa dan ke kawasan tekanan rendah sederhana.
      
(c)   Huraikan mekanisma pembentukan angin monsun barat daya dan angin monsun timur laut.    [12]
      Sila rujuk nota yang telah diberikan       

(d)   Jelaskan kesan sistem angin monsun terhadap kehidupan manusia.                         [10]
       Kesan Positif
       Kegiatan Pam Angin – Negara Filipina yang mempunyai 7100 buah pulau dan angin monsun yang kencang hampir sepanjang tahun. Ini membolehkannya menggunakan kuasa angin monsun untuk menjana kuasa elektrik dan untuk menggerakkan pam air mekanika bagi mengepam air bawah tanah untuk kegunaan harian, pengairan sawah padi dan kebun sayur tanpa pembakaran bahan api fosil dan mesra alam.
       Hujan lebat yang dibawa oleh angin monsun – membekalkan air yang mencukupi untuk penanaman padi sawah yang meluas di Asia Tenggara.
       Pelayaran – Pada masa dahulu, kapal layar digunakan dalam aktiviti perdagangan. Pedagang dari China dating ke Malaya dengan bantuan angin monsun Timur Laut dan mereka akan menunggu angin Monsun Barat Daya untuk kembali ke negara China.
      
       Kesan Negatif
       Menjejaskan kegiatan pertanian – kelewatan angin monsun barat daya menyebabkan India kekurangan air untuk  pertanian. Hasil pertanian terjejas. Sumber pendapatan utama penduduk India adalah kegiatan pertanian. Kegiatan pertanian terjejas akan menyebabkan kekurangan sumber pendapatan, kebuluran dan kematian.
       Banjir – Kadang kala angin monsun membawa hujan yang terlalu lebat. Ini akan menyebabkan berlaku banjir. Banjir akan membawa kemusnahan harta benda, kemusnahan hasil pertanian dan nyawa manusia terkorban khasnya di Lembangan Ganges di India dan Bangladesh. Pada masa perantaraan angin monsun, angin taufan menjadi lebih kuat dan membawa kemusnahan di kawasan pantai timur Filipina dan China.
      
       Menjejaskan kegiatan perikanan – Angin Monsun Timur laut yan g bertiup kencang di pantai Timur Semenanjung Malaysia menyebabkan lautan bergelora. Ini menyebabkan kegiatan perikanan di Kelantan dan Terengganu terjejas. Kekurangan bekalan ikan menyebabkan harga ikan naik mendadak dan member kesan kepada kos sara hidup penduduk berpendapatan rendah.

BAHAGIAN B
3        (a)   Berikan definisi fenomena mikroiklim bandar                                                    [5]
Keadaan cuaca dan iklim mikro yang terbentuk dan dialami di sesuatu kawasan yang terbatas keluasannya iaitu kawasan bandar sahaja hasil aktiviti manusia seperti suhu yang lebih tinggi, hujan yang lebih lebat dan lebih kerap, kelembapan udara yang lebih rendah dan tiupan angin yang lebih perlahan berbanding kawasan pinggir atau luar bandar

(b)   Mengapa wujudnya perbezaan suhu antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar?    [12]
       Bahan binaan struktur fizikal yang terdiri daripada batu, konkrit, simen, bitumen dan  aspalt – menggalakkan pengaliran dan simpanan haba pendam yang efektif terutama pada waktu malam
       Pelepasan gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida, metana dan sulfur dioksida daripada pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan dan jentera kilang – membenarkan pengaliran masuk bahang matahari pada waktu siang tetapi menghalang pengeluaran gelombang panjang bumi pada waktu malam
       Pembebasan CFCs yang tinggi daripada alat penyaman udara dan digunakan dengan meluas dalam sektor industri – CFCs akan menipiskan lapisan ozon lalu membenarkan lebihan tenaga matahari dan sinar ultra lembayung masuk ke kawasan bandar selain CFCs juga bertindak sebagai gas rumah hijau
       Kekurangan litupan tumbuh-tumbuhan hijau – menyebabkan gas karbon dioksida kurang diserap
       Pembebasan bahan pencemaran – bertindak memerangkap pembebasan haba bumi
       Kurangnya badan air kerana telah ditebusguna sebagai kawasan pembinaan – mengurangkan pembebasan wap air yang dapat menyerap sinaran matahari                                                       
       Haba yang dibebaskan secara langsung dari enjin kenderaan, jentera kilang dan haba metabolism badan manusia – meningkatkan pengeluaran haba di bandar

(c)   Huraikan kemungkinan-kemungkinan fizikal yang terjadi di bandar akibat kejadian pulau haba bandar.
                                                                                                                    [6]
       Tekanan udara bandar menjadi rendah kerana mengikut hukum Boyle suhu berkadar songsang dengan tekanan
       Kelembapan udara sangat rendah berikutan suhu yang tinggi akan meningkatkan kadar sejatan terlalu cepat
       Hujan di bandar lebih lebat dan lebih kerap kerana suhu yang tinggi akan meningkatkan kadar sejatan

(d)   Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan buruk akibat kejadian pulau haba bandar.
                                                                                                             [10]
       - Mewujudkan lebih banyak kawasan hijau di bandar – di samping mencantikkan kawasan bandar, pembinaan kawasan hijau juga dapat membekalkan lebih banyak wap air melalui proses sejatpeluhan. Pokok-pokok juga bertindak menapis bahan pencemaran selain menyerap lebih banyak gas karbon dioksida sebagai satu daripada gas rumah hijau
       - Membina bandar satelit
     - Manambah  pancutan air di tepi bangunan, di simpang jalan atau di taman-taman rekreasi
     - Kempen kongsi kenderaan untuk mengurangkan jumlah kenderaan di jalanraya
     - Membina kawasan kilang berjauhan dari kawasan perumahan
     - Menanam lebih banyak pokok di kwasan bandar seperti di tepi bangunan dan di taman-taman rekreasi
     - Langkah perundangan dengan mewajibkan kilang-kilang membina cerobong asap yang lebih tinggi dan mewajibkan penggunaan penapis asap di ceronong asap.
     - Kempen penggunaan bahan api mesra alam seperti penggunaan petrol tanpa plumbum.
     -

4        (a) Berikan huraian ringkas tentang El-Nino.                                                                  [5]
-    Fenomena cuaca luar biasa
-    Akibat pemanasan air laut di lautan Pasifik
-    Mengubah pola tiupan angin dengan melemahkan tiupan angin timuran dan menggantikan dengan angin baratan yang lebih kuat
-    sehingga mnegubah arus lautan yang panas ke bahagian timur Lautan Pasifik
-    Memberi kesan kepada fenomena cuaca hampir seluruh dunia
-    menyebabkan kemarau di bahagian barat lautan Pasifik seperti di Asia Tenggara dan Australia tetapi menyebabkan hujan yang lebat di bahagian Timur Lautan Pasifik seperti di perairan Pantai Barat Amerika Selatan
-    Berlaku setiap 3 hingga 5 tahun sekali

(b)   Nyatakan  keadaan-keadaan lautan dan atmosfera di Lautan Pasifik semasa pembentukan fenomena El-Nino.                                                                                                                         [12]

Di Pantai Barat Amerika Selatan
- Permukaan  laut lebih panas daripada biasa
- Proses sejatan air laut berlaku dengan pesat
-Aras laut 5cm lebih tinggi dari biasa
- Hujan turun dengan lebat
-Menerima angin baratan dari lautan Pasifik
- Menerima arus laut yang panas dari Lautan Pasifik
- Plankton dan Ikan berkurangan kerana kekurangan nutrien dari dasar laut

Di Perairan Negara-Negara Asia Tenggara, Australia dan New Zealand
- Berlaku proses pembuakan air laut
- Air laut lebih sejuk
-  Lautan kaya dengan nutrien dari dasar laut
- Aras laut 5cm lebih rendah daripada biasa
- Permukaan laut yang sejuk mengurangkan proses sejatan
- Proses sejatan yang kurang menyebabkan udara lebih kering
- Berlaku kemarau kerana ketiadaan hujan

(c)   Jelaskan kesan fenomena El-Nino terhadap kehidupan manusia                             [10]

       Di Pantai Barat Amerika Selatan
       Kesan kepada sektor perikanan – tangkapan nelayan rendah kerana kekurangan jumlah ikan. Arus panas yang melanda pantai Ecuador akan berpecah kepada dua arah, iaitu satu ke British Columbia dan satu lagi ke Chile. Oleh itu kebanyakan ikan di tepi pantai Peru dan Ecuador turut mengikut arus panas ini. Contohnya kegiatan perikanan di Ecuador mengalami kekurangan ikan sardin yang telah berenang ke Chile. Banyak anjing laut mati kerana kekurangan makanan iaitu ikan. Aras laut semakin meningkat di sebelah timur Christmas Island, sementara aras laut di sebelah barat Christmas Island semakin menurun. Oleh itu batu karang dan terumbu laut yang mengelilingi pulau di sebelah barat terdedah lalu dimusnahkan. Ini mengurangkan kawasan pembiakan perikanan lalu menjejaskan kegiatan perikanan.

       Kesan kepada sektor pelancongan – Kenaikan aras laut membawa kemusnahan kawasan terumbu karang dan hakisan tepi pantai merosakkan pantai. Ini menjejaskan kegiatan pelancongan. Kebakaran hutan mengakibatkan jerebu dan menjejaskan kegiatan pelancongan.

       Kesan kepada penduduk – Kejadian banjir menyebabkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa. Ramai di kalangan penduduk mendapat pelbagai penyakit akibat banjir. Pada tahun 1983, El-Nino berlaku di Bolivia, Peru dan Ecuador. Ini menyebabkan 2500mm hujan menurun dalam tempoh masa 6 bulan. Air hujan berlebihan menggalakkan pembentukan tasik dan rumput tumbuh dengan cepat di kawasan pinggir pantai. Kawasan yang bertakung air dan berumput menggalakkan pembiakan nyamuk yang boleh membawa penyakit malaria.

Di Negara-Negara Asia Tenggara, Australia dan New Zealand
Kesan Kepada sektor pertanian – Kekurangan bekalan air akibat kemarau yang berpanjangan menyebabkan pembesaran tanaman terbantut, hasil tanaman merosot malah boleh menyebabkan kemusnahan sesetengah tanaman seperti tanaman padi. Kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu akan mengurangkan proses fotosintesis lalu mengurangkan hasil pengeluaran pertanian.

Kesan Kepada sektor pembalakan – Semasa El Nino kawasan Asia Tenggara mengalami musim kemarau dan mengakibatkan kebakaran hutan serta kepupusan pokok yang bernilai dari segi komersil. Ini menjejaskan ekonomi negara khasnya dari segi pembalakan.

Kesan kepada penduduk – El-Nino 1997 menyebabkan musim kemarau yang serius di Malaysia, Indonesia dan Brazil. Keadaan kering menyebabkan kebakaran hutan. Ini menyebabkan kejadian jerebu yang menjejaskan kesihatan manusia.


(d)   Huraikan bagaimana fenomena El-Nino boleh mempengaruhi keadaan jerebu di negara-negara Asia Tenggara.                                                                                                                  [6]

       Kemarau semasa El-Nino menyebabkan kebakaran hutan secara semula jadi
-                Pembakaran hutan membekalkan banyak partikel-partikel terampai seperti habuk, jelaga, asap dan wasap yang boleh menyebabkan fenomena jerebu
-                Contohnya pembakaran hutan secara semula jadi akibat kemarau yang berpanjangan  kesan fenomena El-Nino di Sumatera telah mengakibatkan fenomena jerebuu melanda sebahagian besar Negara-negara di Asia Tenggara pada tahun 1998.
El-Nino menyebabkan udara kering
-          Udara yang kering akan menggalakkan permukaan tanah berdebu
-                Udara yang kering juga menyebabkan habuk dan debu tanah yang ditiup angin akan akan terampai dalam jangka masa yang lebih lama di atmosfera. Ini menyebabkan kejadian jerebu berpanjangan
El-Nino menyebabkan kejadian kemarau dalam jangka masa yang panjang
-                Kekurangan hujan semasa El-Nino menyebabkan habuk, debu dan jelaga akan terampai dalam jangka masa yang lebih lama. Biasanya masalah jerebu akan berkurangan apabila hujan bertindak memendapkan partikel-partikel terampai ke permukaan bumi. Ini menyebabkan masalah jerebu sukar dipulihkan secara semula jadi. 

Sunday, May 8, 2011

Kuliah Tema 5 Geografi 1 6 Atas

TEMA 5 : SISTEM EKOLOGI
5.1 EKOLOGI DAN EKOSISTEM (Kuliah Kali: )
Konsep Ekologi
Ekologi merupakan satu kajian tentang hubungan antara ________________________ dengan alam sekitar. Terjadinya _________________di antara satu komuniti masing-masing dengan _____________________________.
Contohnya : Mengkaji tentang hubungan manusia (komuniti hidup) dengan alam seperti tanah untuk ____________, air untuk ______________, udara untuk _____________ dan sebagainya.
Konsep Ekosistem
Ekosistem merupakan satu sistem yang melibatkan _____________ antara satu komuniti yang bernyawa iaitu manusia, haiwan dan tumbuhan dengan __________________nya yang tidak bernyawa.
Komponen ekosistem
Ekosistem mempunyai dua komponen yang utama iaitu:
1. Komponen _________________
2. Komponen _________________
KOMPONEN BIOTIK
Merangkumi benda-benda hidup yang terdapat di dalam sesebuah ekosistem iaitu merangkumi
- ________________________________
- ________________________________
- ________________________________
- ________________________________
Komponen Biotik Terbahagi Kepada Tiga Kumpulan Utama:
Pengeluar
Pengeluar dikenali sebagai tumbuh-tumbuhan. Ia mampu menghasilkan __________________nya sendiri dengan bergantung kepada __________________________nya yang tidak bernyawa seperti _________________, _____________________, _______ dan lain-lain melalui proses _______________________.
Pengguna
Pengeluar merangkumi ____________________ selain daripada tumbuh-tumbuhan iaitu ______________ dan ______________. Pengguna boleh dipecahkan kepada 3 kumpulan iaitu:
Pengguna Primer (Herbivor)
Pengguna Primer merupakan pengguna yang berada di tahap paling ___________/____________ biasanya merangkumi binatang yang hanya memakan ____________ iaitu _________________. Contoh pengguna primer ialah _____________ dan _______________.
Pengguna Sekunder (Karnivor)
Pengguna Sekunder merupakan haiwan yang berada pada tahap __________ iaitu selepas pengguna primer. Ia biasanya akan mendapat makanan dengan ________________ pengguna peringkat _____________. Contoh: _____________ sebagai sebagai pengguna sekunder akan memakan ________________ iaitu pengguna primer sebagai _________________nya.
Pengguna Tertier
Pengguna tertier merupakan pengguna peringkat ____________ dan yang paling __________. Pengguna tertier akan menjadikan pengguna _______________ sebagai _____________nya. Contoh: __________________ akan memakan ____________ sebagai makanannya
Pengguna juga boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan iaitu:
1. Pengguna ___________- merupakan binatang yang hanya memakan tumbuhan sahaja sebagai makanannya. Contoh: ulat, belalang, kambing, lembu, dan lain-lain.
2. Pengguna ____________- merupakan haiwan yang memakan daging sebagai makanannya. Contoh: harimau, burung helang dan ular.
3. Pengguna ____________- merupakan haiwan yang memakan tumbuhan dan daging. Contoh: manusia.
Pengurai
Pengurai merupakan agen saprofit iaitu terdiri daripada ___________, ___________ dan _____________. Ia berperanan untuk ________________ bahan-bahan _____________ seperti bangkai haiwan, manusia dan tumbuh-tumbuhan yang mana ia akan membebaskan ________________ bukan organik seperti ______________, ____________ dan lain-lain. Nutrien-nutrien ini akan digunakan kembali oleh tumbuhan bagi proses ____________nya.
KOMPONEN ABIOTIK
Komponen abiotik terdiri daripada benda-benda yang membentuk _____________________ di sekeliling kehidupan seperti:
_______________________, _____________, ___________ dan ______________ dalam tanah. Kesemua unsur ini akan digunakan oleh kumpulan biotik dalam pelbagai _________ dan pelbagai ___________________. Contohnya : Hidupan air memerlukan air untuk hidup dan udara dalam air diperlukan untuk bernafas.

JENIS EKOSISTEM (Kuliah Kali: )
i) Peringkat Mikro
· _____________
· _____________
· _____________
· _____________
· _____________
ii) Peringkat makro
· _____________
· _____________
5.2 ALIRAN TENAGA DALAM RANTAIAN MAKANAN DAN SIRATAN MAKANAN Konsep Rantaian Makanan
Rantaian makanan merujuk kepada pemindahan ______________, elemen-elemen ______________, dan beberapa jenis ______________ daripada satu organisma kepada organisma yang lain di sepanjang satu hala. Contoh:
Tumbuhan--------- belalang----------- ayam------------burung helang
(pengeluar ) (pengguna Pertama) (pengguna Kedua) (pengguna ketiga)

Konsep Siratan Makanan
Siratan makanan merujuk kepada pemindahan ______________, elemen-elemen ______________ dalam satu jaringan yang ______________ yang terdiri daripada beberapa ______________ yang saling ______________ dan ______________.
Matahari Sebagai Punca Tenaga
Matahari merupakan punca utama tenaga dalam rantaian makanan dan siratan makanan. Ini kerana tumbuhan (______________) mendapat ______________ daripada cahaya matahari untuk melakukan proses ______________ bagi membolehkan proses ______________ dilakukan. Tanpa tenaga dari matahari tumbuhan tidak dapat menjalankan aktiviti pembesaran walaupun mendapat bekalan iaitu ________, _________ dan ________ di dalam tanah.
Di dalam ekosistem ia wujud secara saling ____________. Sekiranya salah satu daripada komponen di dalam ekosistem terjejas ia akan mempengaruhi komponen yang lain. Sekiranya tumbuhan tidak mendapat cahaya matahari ia tidak dapat melakukan pembesaran dan akan _______. Apabila tumbuhan mati ia akan mempengaruhi pengguna yang memakan tumbuhan kerana ketiadaan makanan akan menyebabkan pengguna _________ akan mati apabila pengguna pertama telah pupus, maka ia akan mengancam pengguna _________ yang bergantung hidup kepadanya dan begitulah seterusnya.
Contoh: Tumbuhan atau pengeluar (Rumput) - mati kerana tidak boleh melakukan proses fotosintesis. Pengguna Primer (Belalang) - juga akan pupus kerana kekurangan makanan. Pengguna Sekunder (Ayam) - juga menghadapi masalah makanan kerana makanan pengguna primer pupus. Pengguna Terrier (Helang) - juga akan pupus kerana kekurangan makanan.
Jelasnya matahari adalah sumber _________ di dalam _________ dan ________ makanan kerana ia membantu kepada perkembangan pertumbuhan.


Aliran Tenaga Dalam Rantaian Makanan (Ekosistem, Hutan Hujan Tropika)
Matahari merupakan punca tenaga bagi semua kehidupan.
Pengeluar (tumbuhan) akan menggunakan cahaya matahari unuk melakukan proses ____________ bagi menghasilkan ____________ dan __________ bagi membantu proses __________ dan _________. Ini menunjukkan tenaga haba dan cahaya dipindahkan dari cahaya matahari kepada tumbuhan. ____% tenaga itu hilang melalui proses _____________, ____________ dan lain-lain. ___% _________ dalam _____ badan (daun, akar, batang dan lain-lain).
Tumbuhan dimakan oleh Pengguna Primer (ulat/belalang) bagi menambahkan ______ supaya ulat/belalang dapat bergerak, _________ dan _________ dengan sempurna. Tenaga __________

Monday, May 2, 2011

Skema Geografi 1 STPM 2008

1(a) Apakah yang dimaksudkan dengan El-Nino ?

Peningkatan suhu secara luar biasa permukaan air laut di lautan pasifik yang mengubah sistem cuaca

(b) Huraikan ciri kearau yang berpunca daripada fenomena El-Nino.

sejatan melebihi kerpasan dalam jangka masa yang lama atau panjang

· panas berpanjangan/sejatan tinggi

· hujan kurang

· kelembapan bandingan kurang/udara kering

· simpanan air tanih negatif

· suhu tinggi

· tekanan udara rendah

· litupan awan kurang

(c) Jelaskan bagaimana kejadian kemarau memberikan kesan kepada ekosistem daratan.

· mengganggu/mengurangkan sumber air/kitaran air

· menjejaskan/gangguan rantaian makanan

· gangguan antara komponen abiotik dan biotik

· terputusnya kebergantungan antara komponen spesies

· kepupusan spesies/gangguan terhadap flora dan fauna/gangguan habitat

· kebakaran hutan

· pencemaran udara/jerebu/debu

· tanih menjadi tandus/kering kontang

2(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan jisim? (3)

pergerakan bahan/jisim di atas permukaan tanah bercerun akibat tarikan graviti

(b) Nyatakan empat jenis pergerakan jisim cepat. (4)

· alir lumpur

· alir tanih

· runtuhan puin/batu/tanah runtuh

· gelongsoran puin/batu/gelangsaran tanah/geluncuran

(c) Jelaskan faktor yang mempengaruhi pergerakan jisim cepat.

  • Kecerunan
  • Jenis bahan/batuan
  • Kerpasan/hujan/salji
  • Litupan tumbuhan
  • Tindakan manusia/kua
  • Gegaran/gempa bumi

d)Jelaskan kesan pergerakan jisim cepat terhadap alam sekitar manusia.

· Aktiviti manusia/pertanian/perindustian/perlombongan

· Kehilangan nyawa

· Kemusnahan harta benda/tempat tinggal

· Trauma/sebaran penyakit

· Kemusnahan infranstruktur/bekalan air/elektrik

· Pengangkutan/terganggu

· Perhubungan/komunikasi terganggu

3a(iii)Huraikan proses pembentukan tiga bentuk muka bumi yang telah anda pilih dalam (ii) di atas

· Anak tanjung-ombak dan arus pesisir yang datang menyerong ke arah pantai-halangan bentuk bumi dan aliran muara sungai menyebabkan tenaga arus pesisir terhalang-bahan mendap dimendapkan

· Beting pasir-tindakan ombak dan arus tempur di kawasan pantai yang bersudut curam-balikan ombak ke arah laut kehilangan tenaga-bahan mendak dimendapkan di hadapan pantai di zon ombak pecah selari dengan garisan pantai

· Pantai-bahan mendak seperti pasir dan batu kerikil dibawa kearah pantai oleh ombak pembina dan arus

· Tombolo-pemendapan bahan mendap di bahagian belakang halangan contohnyapulau yang disebabkan kehilangan tenaga akibat biasan ombak. Pemendapan ini akan menyambungkan pulau dengan daratan

· Pulau-struktur kekal-kenaikan/penurunan aras laut, hakisan ombak/tindakan arus, pemendapan dan melibatkanbatuan keras/lembut

3a(iv)Jelaskan kesan pemendapan terhadap aktiviti manusia di pinggir pantai.

· Pelancongan/rekreasi-anak tanjung/pantai/tombolo

· Perlombongan pasir-beting pasir/pantai

· Petempatan-permatang/delta

· Perikanan/mencari kepah/akuakultur-tombolo/muara cetek

· IKS-pantai/permatang

· Perhubungan/pengangkutan-permatang/tombolo/delta

· Pertanian/delta

3(i)Apakah yang dimaksudkan dengan kepadatan saliran?

· Kepadatan saliran ialah hasil bahagi jumlah panjang sungai-sungai dalam lembangan saliran dengan keluasan lembangan saliran dalam unit ukuran yang sama(cth km/km persegi)

(ii)Berdasarkan Jadual 1 di atas, huraikan faktor yang mempengaruhikepadatan saliran di sesuatu lembangan saliran.

· Jenis batuan – ketahanan dan kadar ketelapan batuan menentukan kadar hakisandan seterusnya kepadatan hakisan. Batu pasir (kawasan B) dan batu kapur (kawasan A) menghasilkan kepadatan saliran yang rendah. Tanah liat dan granit batuan yang tidak telap air dan tidak poros dijangkakan mempunyai kepadatan saliran yang tinggi.

· Jumlah hujan- kawasan yang menerima hujaan yang tinggi akan menghasilkan kepadatan saliran yang tinggi, manakala kawasan yang jumlah hujannya rendah menghasilkan kepadatan saliran yang rendah cth (kawasan E)

  • Litupan tumbuhan- menentukan aliran air permukaan. Tumbuhan yang padat menggalakkan susupan air bawah tanah, seterusnya mengurangkankepadatan saliran. Manakala tumbuhan yang jarang membolehkan hakisandan larian air permukaan yang meningkatkan lagi kepadatan saliran. Cth (kawasan A) dan (kawasan D)

(iii)Jelaskan bagaimana kepadatan saliran dipengaruhi oleh aktiviti manusia.

  • Pembalakan- hutan musnah-kadar kepadatan tinggi
  • Pertanian – kerja-kerja perparitan dan pengairan meningkatkan jumlah alur – kawasan kaki bukit- getah dan kelapa sawit – kadar kepadatan tinggi
  • Perbandaran dan pembinaan – menutup dan menimbus alur – kadar kepadatan rendah
  • Perlombongan – banyak alur-alur terbentuk – kadar kepadatan tinggi

4(a) Takrifan mikro iklim bandar.

Mikroiklim bandar ditakrifkan sebagai iklim satu kawasan kecil yang tersendiri dan ciri cuacanya banyak dipengaruhi oleh sifat permukaan bandar

(b) Huraikan faktor pembentukan pulau sejuk bandar.

  • Perlu ada banyak kawasan tumbuh-tumbuhan atau kawasan hijau
  • Kawasan badan air yang banyak
  • Udara yang tidak tercemar
  • Kurang atau tidak ada aktivit manusia yang boleh meningkatkan pembebasan haba ke atmosfera
  • Kadar kelembapan udara yang tinggi
  • Sentiasa berlaku pergerakan udara/udara sentiasa bergerak
  • Kurang kawasan tepu bina

(c) Jelaskan bagaimana mikroiklim bandar dapat mempengaruhi keselesaan hidup manusia.

  • Suhu/haba

* Suhu lamapu tinggi/suhu terlalu rendah menyebabkan tidak selesa

* Suhu normal keadaan selesa

  • Kelembapan/sejatan

* Kelembapan lampau tinggi/kelembapan terlalu rendah menyebabkan tidak selesa

* Kelembapan normal keadaan selesa

  • Angin

* Edaran angin yang sempurna- keadaan selesa

* Edaran angin tenang-tidak selesa

  • Pencemaran

* Pencemaran tinggi – keadaan tidak selesa

* Pencemaran rendah – selesa

5(a)Berdasarkan kajian luar yang anda telah lakukan di sekitar kawasan sekolah.

* Kelembapan bandingan adalah nisbah kandungan wap air sebenar di dalam udara dengan kemampuan sebenar udara menampung wap

* Menggunakan alat yang sesuai untuk menyukat suhu kering dan suhu basah

* Menggunakan bacaan suhu kering dan suhu basah dan perbezaan nilai kedua-dua suhu dirujuk kepada jadual

(b)Nyatakan fungsi alat pelindung Stevenson.

* Menempatkan alat pengukuran parameter cuaca

* Melindungi alat bagi mengikur parameter cuaca daripada gangguan persekitaran

* Mendapatkan ukuran parameter cuaca kira-kira satu meter daripada permukaan bumi

* Melindungi alat daripada pendedahan secara langsung kepada parameter cuaca

(c)Nyatakan faktor yang mempengaruhikadar kelembapan bandingan di kawasan kajian.

* Bahagian suria

* Tiupan angin

* Suhu sekitaran

* Keadaan cuaca semasa

* Guna tanah persekitaran seperti badan air, tumbuhan, konkrit dan sebagainya

* Ketinggian dari aras laut

(d)Jelaskan mengapa kadar kelembapan bandingan di kawasan kajian berubah dengan ketara mengikut jam berbanding dengan kadar kelembapan bandingan di kawasaan hutan

* Kawasan kajian lebih terbuka

* Kadar sejatan tinggi berbanding hutan

* Kawasan sekolah merupakan kawasan tiupan angin/udara bergerak pantas

* Kadar pemanasan secara langsung tinggi

* Kadar penyimpanan haba pendam yang tinggi di kawasan kajian

* Kawasan kajian banyak aktiviti manusia

6(a)Apa yang dimaksudkan dengan akuifer?

* Merupakan bentuk formasi geologi / lapisan takungan di bawah tanah tak telap air yang mengandungi simpanan air dalam kuantiti yang banyak

(b)Jelaskan proses edaran air tanih

* Bermula dengan air larian permukaan hasil daripada kerpasan

* Peranan intersepsi tumbuh-tumbuhan

* Sebahagian larian air permukaan diserap ke dalam tanih / keporosan / jenis batuan

* Dengan adanya kecerunan pada lapisan tanah telap air

* Aliran air bawah tanih akan berlaku

* Air yang telah diserap akan menjadi simpanan air tanih

* Air yang tidak terperangkap akan mengalir di bawah tanah keluar sebagai mata air, mengalir ke badan air dan akhirnya ke laut

(c)Jelaskan kepentingan air bawah tanah kepada manusia.

* Kegunaan domestik

* Sebagai simpanan air untuk masa depan

* Sebagai pengawal ataman tanah

* Sebagai pengawal kemasukkan air masin dari laut (salt water intrusion)

* Sebagai input air untuk sungai (di kawasan lembap)

* Sumber air industri untuk pertanian

* Akuakultur

7(a)Apakah yang dimaksudkan dengan kitaran nutrien

* Bahan kimia atau unsur kimia dalam biosfera/sebuah ekosistem berlaku secara berterusan melalui tiga fasa dalam edaran yang lengkap

(b)Jelaskan kitaran nitrogen dalam satu ekosistem di kawasan pertanian.

Fasa atmosfera

* Nitrogen wujud di atmosfera sebagai gas nadir – yang tidak boleh digunakan secara langsung oleh kebanyakan organisma

* Nitrogen di atmosfera datang dari kilat

* Pembakaran hutan (pertanian pindah) nitrogen kepada gas nitrogen

Fasa biosfera (manusia/tumbuhan/haiwan)

* Tumbuhan mendapatkan nitrogen melalui akar dalam bentuk ammonia atau nitrat dan ditukar kepada molekul organik (asid amino, protein, dan lain-lain)

* Tumbuhan kekacang melalui aktiviti bakteria pengikt nitrogen

* Bahan kumuhan haiwan/manusia mengandungi ammonia

Fasa dalam tanih

* Organisma reput secara aerobik dan anaerobik. Pemecahan protein dan sel mati dalam sisa organisma kepada bentuk ammonia dan nitrat

* Terdapat bakteria (nitrosomonas) tukar ammonia kepada nitrat manakala bakteria (nitrobactor) tukar nitrit kepada nitrat

* Nitrogen di tanih yang diperlukan oleh ekosistem datang daripada bakteria dan alga pengikat nitrogen

* Baja nitrat yang digunakan di kawasan pertanian diserap oleh tumbuhan

8(a)Apakah yang dimaksudkan dengan penyahhutanan?

* bermaksud pemusnahan/penebangan hutan secara besar-besaran/meluas/skala besar khususnya oleh aktiviti manusia

(b)Huraikan impak penyahhutanan terhadap kitaran hidrologi

* kurang kerpasan

* larian air permukaan meningkat

* peningkatan kadar sejatan

* kurang proses perpeluhan

* kurang proses pintasan

* kadar resapan kurang

* kurang larian air bawah tanah

* pembentukan awan kurang

(c)Jelaskan langkah pemeliharaan dan pumuliharaan di kawasan hutan tropika lembap.

Pemeliharaan

* pewartaan kawasan hutan simpan

* penguatkuasaan undang-undang

* pendidikan

* kempen kesedaran

* pembalakan terpilih

Pemuliharaan

* penanaman semula

* silvikultur

* ladang hutan