Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh Penting

  • Mac, 21 - Hari Hutan Sedunia
  • Mac, 22 - Hari Air Sedunia
  • Mac, 23 - Hari Meteorologi Sedunia
  • April, 22 - Hari Bumi
  • Jun, 05 - Hari Alam Sekitar Sedunia
  • Okt., 08 - Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semula Jadi
  • Okt., 22-27 : Minggu Alam Sekitar Malaysia

http://img1.blogblog.com/img/icon18_wrench_allbkg.png

Monday, July 30, 2007

Tingkatan 6Rendah : Geografi 1 : Proses Geomorfologi di Lembangan Saliran : Aliran Air dan Jenis Hakisan Permukaan

PROSES GEOMORFOLGI DI LEMBANGAN SALIRAN

ALIRAN AIR DAN JENIS HAKISAN PERMUKAAN

Aliran air merupakan porses geomeofologi yang penting di kawasan Tropika Lembab terutama dalam mempengaruhi perkembangan landskap muka bumi. Air mengalir menjadi ejen hakisan di permukaan bumi secara menyeluruh. Hujan yang turun akan mengalami intersepsi oleh litupan bumi. Kadar intersepsi yang tinggi berlaku di kawasan tumbuhan yang padat dan mempunyai silara yang banyak dan sebaliknya akan kurang di kawasan yang kurang tumbuhannya.Intersepsi yang tinggi akan mengurangkan air larian permukaan bumi dan kadar infiltrasi akan tinggi dan seterusnya mengurangkan kadar hakisan. Jumlah air yang meresap masuk ke dalam tanah tidak dapat mempengaruhi air larian yang deras. Jika jumlah hujan yang banyak dan lapisan tumbuhan yang kurang akan menyebabkan lapisan tanah mudah mencapai ketepuan dan ini mengurangkan kadar air yang menyusup masuk dalam tanah. Jumlah air yang banyak di permukaan bumi membolehkan air larian yang deras terbentuk dan bertindak sebagai ejen penghakisan / pengukir muka bumi. Hakisan di permukaan bumi terdiri daripada hakisan meluas dan hakisan percikan.

Hakisan meluas
Mengikut ahli geomorfologi kira-kira 35 – 40 % daripada jumlah air hujan akan mengalir sebagai air larian perkumaan. Air lairan permukaan akan menghasilkan hakisan meluas atau hakisan helaian. Air larian permukaan berupaya menghakis lapisan tanah di permukaan bumi lalu mengangkut butiran yang halus membentuk alur-alur kecil yang dikenali sebagai galir (rills). Dalam jangka masa yang lama alur-alur kecil ini akan berkembang menjadi semakin dalam dan membesar dan seterusnya di kenali sebagai galur (gullies).
Keberkesanan hakisan di permukaan bumi ini bergantung kepada intensiti hujan, kecerunan muka bumi, ketebalan tanah, jenis batuan dan kepadatan tumbuh-tumbuhan. Kadangkala alur boleh wujud sementara atau kekal. Biasanya apabila alur-alur menjadi dalam dan sampai ke peringkat air bawah tanah ia akan membentuk sistem saliran yang kekal iaitu sungai. Kawasan yang tebal dengan litupan tumbuh-tumbuhan, air yang meresap ke bawah tanah akan mengalir keluar sebagai mata air di kaki-kaki bukit atau lereng-lereng pergunungan.
Air yang berpunca daripada mata air berupaya menghakis dan mengangkut keluar butiran tanah di sekeliling mata air. Pengaliran air keluar dari mata air dapat membentuk sebuah lekukan yang cetek. Hujung tebing lekukan ini akan mengundur ke belakang cerun. Kewujudan aliran-aliran air jenis ini biasanya kekal dan boleh membentuk rangkaian anak sungai.

Haksan Percikan
Merupakan tindakan hakisan yang berkesan di kawasan yang terdedah serta lapisan permukaan tanah yang kering. Di kawasan yang terhad litupan tumbuh-tumbuhan, atau litupan buminya, titisan air hujan akan terus jatuh ke atas permukaan tanah. Hentaman daripada titisan air hujan berupaya menghempaskan butiran dan jatuh semula ke permukaan. Proses ini menghasilkan hakisan percikan.

Kegiatan Sungai
Di sesuatu lembangan saliran, seperti kawasan Tropika Lembab, air larian memainkan peranan penting sebagai ejen pengukiran landskap.Proses-proses geomorfologi seperti hakisan, pengangkutan dan pemendapan bersama luluhawa dan pergerakan jisim amat bertanggung jawab ke atas kewujudan pelbagai bentuk muka bumi.
Air larian permukaan dan air mengalir di alur dan sungai sangat berkesan terhadap pandang darat fizikal. Sesuatu alur atau sungai sentiasa berada dalam keadaan dinamik. Perkembangan dan pembentukan pandang darat fizikal sesuatu sungai dipengaruhi oleh proses geomorfologi seperti hakisan,pengangkutan dan pemendapan. Hakisan sungai boleh dijeniskan dalam beberapa cara hakisan. Cara-cara hakisan sungai ini ialah tindakan hidraul, lelasan, lagaan dan larutan.

Cara-cara Hakisan Sungai
1. Tindakan Hidraul
Proses ini melibatkan penyerbuan dan hempasan air yang mengalir ke atas struktur batuan yang lemah seperti sekitar rekahan, retakan dan lubang pada bahagian tebing dan dasar sungai. Oleh itu keberkesanan cara hakisan ini amat dipengaruhi oleh halaju air yang mengalir dalam alur. Mekanisme proses ini mengakibatkan pencungkilan keluar butiran batuan daripada struktur yang semakin lemah. Aliran air yang deras akan menghasilkan kuasa yang kuat untuk melakukan tindakan hakisan secara hidraul. Proses ini sangat giat berlaku apabila air mengalir deras dalam bentuk turbulen dan proses eddi terutama sekali di bahagian air terjun, jeram dan lubang periuk.
2. Proses Lelasan / Kikisan
Proses ini pula melibatkan kegiatan geselan antara bahan muatan sungai dengan bahagian tebing dan dasar sungai. Muatan sungai yang bertanggung jawab terhadap tindakan ini terdiri daripada ketulan batu kelikir dan butiran pepejal yang kasar seperti pasir. Lelasan biasanya dapat melicinkan ketulan batuan yang berbucu tajam kepada yang lebih bulat dan licin permukaannya seperti batu kerikil. Bekalan muatan yang banyak ini mungkin bergantung kepada proses luluhawa dan pergerakan jisim di sepanjang lurah sesuatu sungai. Tindakan lelasan boleh mendalam dan melebarkan alur atau lurah sungai.

3. Proses Lagaan
Proses lagaan merujuk kepada pergeselan dan perlanggaran batuan atau muatan sungai itu sendiri ketika pergerakannya dalam air mengalir. Apabila terjadi perlanggaran sesama sendiri ketulan batuan yang besar boleh mengalami penghausan sehingga menjadi semakin kecil.

4. Proses Larutan
Tindakan Larutan ialah proses di mana air sungai bertindak balas secara kimia terhadap unsur-unsur batuan. Proses ini sangat berkesan ke atas lurah-lurah sungai yang terdapat batuan lemah seperti batu kapur, dolomit atau batuan yang mudah larut yang mempunyai unsur kalsium, natrium, sulfat atau klorida.

Jenis-jenis Hakisan Lurah Sungai
Terdiri daripada hakisan menegak, hakisan melebar dan hakisan unduran / ke belakang.

1. Hakisan Menegak.
Berlaku apabila sungai bertindak menghakis pada bahagian dasarnya hingga menjadi semakin dalam. Di kawasan sungai yang mempunyai aliran yang deras dan isi padu air yang kecil, hakisan mendalam atau menegak adalah berkesan dan berupaya membentuk lurah bentuk ‘ V’. Walaupun isi padu airnya tidak begitu banyak tetapi di peringkat hulu sungai aliran air adalah deras kerana kecerunan muka buminya. Banyak beban yang kasar dibawa bersama untuk melakukan hakisan pada dasar sungai.

2. Hakisan Melebar
Hakisan melebar pula berlaku pada bahagian sungai yang mempunyai dasar yang tidak begitu curam tetapi mempunyai isi padu air yang semakin banyak. Pertambahan air ini disebabkan percantuman beberapa cawangan-cawangan sungai. Walaupun halaju air tidak begitu deras berbanding dengan sungai peringkat hulu, tetapi jumlah airnya yang banyak mempunyai keupayaan membawa banyak beban dan cukup untuk menghakis bukan sahaja dasar lurah tetapi juga pada kedua-dua bahagian tebing lurah. Oleh itu tindakan melebarkan lurah berlaku dengan berkesan untuk membentuk lurah bentuk ‘ U’.

3. Hakisan Unduran / Ke belakang Hakisan ini adalah jenis hakisan yang berupaya menjadikan lurah sungai mengundur ke arah belakang atau ke hulu. Hakisan ini dapat diperhatikan mengikut masa geologi. Kesemua sistem saliran berpunca di kawasan tanah tinggi iaitu di peringkat hulu. Pada peringkat ini dasar alur atau sungai terletak lebih tinggi berbanding dengan dasar-dasar peringkat pertengahan dan hilir. Mengikut masa proses-proses penggondolan akan meratakan dasar alur dan sungai ke arah belakang dan ke arah yang lebih rendah.

Saturday, July 21, 2007

Tingkatan 6R : Geografi 1 : Siri Nota : Luluhawa


LULUHAWA
Pengertian luluhawa:
Luluhawa ialah proses penyepaian , pereputan dan pemecahan batuan kepada kumin-kumin yang lebih keil di laopisan kerak bumi. Mengikut Polynox, luluhawa merupakan satu kumpulan proses yang melibatkan tindakbalas di antara mineral dalam batuan dengan unsur-unsur iklim seperti suhu( bahangan haba ), air hujan, fros, angin, tekanan udara dan sebagainya. Tumbuh-tumbuhan dan haiwan juga turut memainkan peranan terhadap keberkesanan proses-proses luluhawa. Proses luluhawa ini berlaku secara insitu iaitu ia melibatkan tidak melibatkan pemindahan atau pengangkutan terhadap hasilan yang terluluhawa.
Sebenarnya proses luluhawa boleh dianggap sebagai satu proses persediaan batuan yang kecil untuk agen-agen geomorfologi seperti air mengalir, tiupan angin, pergerakan glasier dan ombak untuk melakukan proses hakisan, pengangkutan dan pemendapan. Begitu juga pergerakan jisim lebih mudah berlaku hasil daripada proses luluhawa yang lampau. Oleh itu antara proses-proses luluhawa dan proses-proses geomorfologi yang lain adalah saling bergantungan.
Keberkesanan agen-agen geomorfologi ini dipengaruhi oleh kadar luluhawa. Sebaliknya keupayaan proses luluhawa juga dipengaruhi oleh agen-agen geomorfologi tersebut. Ahli gemorfologi telah mengklasifikasikan proses-proses luluhawa kepada jenis luluhawa fizikal atau mekanika dan luhawa kimia dan biotik.

LULUHAWA FIZIKAL / MEKANIKA
Iaitu satu proses pemecahan batuan besar kepada serpihan-serpihan kecil atau kumin-kumin kecil secara insitu dengan bantuan unsur-unsur iklim seperti suhu, hujan, fros dan sebagainya. Proses-proses luluhawa zikal hanya melibatkan pemecahan yang mengubah sifat bentuk fizikal batuan sahaja tanpa mengubah sebarang isi kandungan kimia batuan.
Proses-proses luluhawa fizikal / mekanika

1. Proses Pengembangan dan pengecutan - julat suhu harian yang besar
Lazimnya berlaku di kawasan gurun panas mengalami iklim panas dan kering kerana ketiadaan awan dan liputan bumi. Cahaya matahari yang panas terik sampai ke permukaan bumi pada waktu siang hari dan menyebabkan suhu mencapai sehingga melebihi 35 darjah C dengan mudah. Kadang kala suhu boleh mencapai lebih daripada 45 darjah C.
Keadaan pemanasan yang demikian berupaya menyebabkan batuan mengalami pengembangan. Sebaliknya pada waktu malam suhu cepat jatuh sehingga lebih daripada 10 darjah C. Kehilangan haba yang cepat dan perbezaan suhu yang besar ini menyebabkan batuan mengalami pengecutan.
Proses kembang kecut yang berlaku berulang kali ini dapat menyebabkan batuan mengalami ketegangan. Proses ini berlaku hanya pada lapisan luar batuan kerana batuan bukan merupakan pengalir haba yang baik. Keadan yang berlanjutan ini menyebabkan batuan mengalami rekahan dan retakan. Rekahan dan retakan bertambah besar kerana sering dipengaruhi oleh embun dan hujan yang berkala. Akhirnya batuan akan mengalami pemecahan dan jenis atau bentuk pemecahan bergantung kepada ciri-ciri semulajadi batuan itu sendiri. Antaranya seperti pengelupasan, pecehan bongkah dan relaian bijian..
1.1.Pengelupasan.
Iaitu pemecahan berlaku pada lapisan demi lapisan batuan. Ia bermula daripada lapisan luar dan diikuti oleh lapisan kedua atau dalamnya. Lapisan yang terdedah lebih mudah mengalami pemanasan oleh haba daripada cahaya matahari akan mengalami proses pengembangan pada waktu siang berbanding dengan lapisan dalamnya.
Sebaliknya pada waktu malam lapisan luar cepat sejuk dan seterusnya mengecut. Lapisan dalam pula mulai panas dan turut mengembang. Oleh itu wujud kadar ketegangan dan tekanan antara lapisan luar dengan lapisan dalam.
Akhirnya bahagian luar batuan akan teroisah daripada jisim batuan yang besar laslu jatuh ke bawah mengikut lapisan demi lapisan. Contoh kejadian ini berlaku di di North Dome dan Basket Dome di Taman Negara Yosemite, California, Amerikia Syarikat.
1..2. Pemecahan bongkah ( serpihan bersegi )
Batuan yang mempunyai rekahan-rekahan pada satah yang nyata apabila mengalami proses kembang kecut yang berulang kali akan menyebabkan rekahan membesar. Mengikut faktor masa rekahan akan bertambah besar dan dapat memecahkan batuan menjdi bongkah-bongkah kecil. Ini terjadi pada batu kapuor dan batu kuartza yang berhablur di mana rekahan-rekahannya dalam keadaan yang selari. Sekirannya batuan mempunyai struktur yang tidak sekata seperti batuan homogen ( sejenis ) ia akan terurai dalam bentuk serpihan yang bersudut tajam dan bersegi-segi.
1.3. Relaian bijian( penyepaian granular )
Iaitu pemecahan batuan dalam bentuk bijian demi bijian berlaku pada jenis batuan heterogen di mana sesuatu batuan induk mempunyai pelbagaian jenis mineral yang berlainan. Batuan granit misalnya mempunyai kandungan mineral yang berbagai seperti kuarza, felspar dan mika. Kesemua mineral ini mempunyai kadar kembang kecut yang berlainan.
Umumnya mineral yang berwarna gelap berupaya mengembang lebih cepat dan banyak berbanding dengan mineral berwarna cerah. Kadar pengembangan dan pengecutan yang berbeza di antara mineral akan mewujudkan ketegangan sehingga butiran-butiran kecil terurai dari jisim batuan asal.

2. Penghabluran Garam
Proses ini giat di kawasan Gurun panas.Kadar sejatan yang tinggi menyebabkan air di bawah tanah tertarik ke permukaan oleh proses kapillari ( tarikan rerambut) lalu tersejat di permukaan. Ketika sejatan berlaku, butir-butir galian yang telah bergerak bersama-sama air bawah tanah ke atas akan tertinggal di lapisan berhampiran dengan permukaan batuan. Perlonggokan butir-butir galian ini akan menghasilkan hablur-hablur garam halus. Hablur garam yang tersekat di dalam rekahan / retakan batuan akan membesar lalu memberi tekanan terhadap struktur batuan. Jika proses ini berlaku terhadap batu pasir, penghabluran garam dalam rongga batu pasir menyebabkan butir-butir pasir akan terurai dari batu pasir. Proses penghabluran garam terhadap tebing tinggi di kawasan gurun boleh menghasilkan bentuk bumi seperti nic, gua cetek dan lubang batu pasir.

3. Tindakan Fros ( Beku cair air )
Berlaku dengan berkesan di kawasan-kawasan tanah tinggi pergunungan yang bersalji dan kawasan beriklim sederhana sejuk. Batuan di lereng-lereng atau puncak pergunungan yang mempunyai rekahan, retakan atau sendi-sendi akan menakung air hujan semasa musim panas.
Pada musim sejuk apabila suhu jatuh ke takat beku iaitu 0 darjah C, air yang bertakung akan membeku. Proses pembekuan air ini akan menambahkan isipadu air pada kadar asalnya sebanyak 10%. Pembekuan ais ini menghasilkan tekanan sejumlah 2100 lb setiap inci persegi terhadap dinding-dinding rekahan, retakan atau sendi-sendi batuan. Oleh itu sejuk beku dan pencairan ais yang berulangkali mengkiut musim akan menyebabkan garis-garis kelemahan pada dinding-dinding rekahan tadi menjadi semakin besar dan akhirnya hancur lalu runtuh dalam bentuk bongkah atau serpihan bersegi-segi. Longgkokan serpihan batu jatuh di kaki bukit atau gunung membentuk kun talus / kipas talus. Kesan tindakan fros banyak kedapatan di Banjaran Andes, Amerika Selatan, Banjaran Rockies, Amerika Utara dan Banjaran Himalaya di Asia.

4. Proses Pembasahan dan Pengeringan.
Proses ini amat penting di kawasan yang mengalami iklim yang mempunyai musim-musim kemarau dan hujan yang yang nyata. Contohnya beriklim Monsun Tropika kering atau Savana. Kerpasan yang berlebihan pada musim lembab akan menyebabkan batuan mengembang. Sebaliknya batuan yang sama akan mengalami proses pengeringan lalu mengucup kerana suhu yang tinggi pada musim kemarau. Proses ini yang berulang kali mewujudkan ketegangan terhadap struktur batuan yang akan menyebabkan lapisan luar batuan merekah dan seterusnya tercerai dari jisim induknya. Contohnya, batu syil yang mengandungi banyak tanah liat akan pecah menjadi serpihan.

5. Perlepasan Tekanan / Proses penyusutan beban )
Batuan yang terdapat dalam tanah di bawah permukaan bumi akan mengalami proses ini apabila didedahkan. Aktiviti manusia seperti tarahan bukit untuk tujuan pembangunan terpaksa memindahkan beratus-ratus ribu tan metrik tanah di permukaannya.
Proses ini akan melepaskan atau mengurangkan tekanan beban terhadap batuan di bawahnya yang telah wujud beratus-ratus ribu tahun dan tiba-tiba dibebaskan. Perubahan yang mendadak ini akan menyebabkan batuan mengalami tegengan lalu mengembang sehingga pecah dalam bentuk batuan kepingan. Proses ini berlaku di mana-mana permukaan bumi yang mempunyai aktiviti manusia yang berkesan.
Kawasan gurun panas, hakisan angin yang berkesan boleh mendedahkan batuan bawahnya ke permukaan dan menyebabkan batuan ini mengalami proses pemecahan melalui perlepasan beban. Di kawasan yang mengalami gelinciran, pendedahan batuan di bawahnya hasil pergerakan tanah atau batuan di kerak bumi secara menegak juga menyebabkan batuan mengalami pelepasan tekanan dan memecah.


LULUHAWA KIMIA

Luluhawa kimia ialah satu proses pereputan atau penguraian atau penghancuran batuan besar kepada kumin-kumin halus secara insitu dengan bantuan unsur-unsur iklim seperti suhu,hujan dan sebagainya. Proses-proses luluhawa kimia melibatkan pereputan batuan yang bukan sahaja mengubah rupa bentuk fizikal batuan bahkan melibatkan perubahan isi kandungan kimia batuan.

Proses-proses Luluhawa Kimia

1. Larutan.
Proses ini berlaku ke atas mineral-mineral atau batuan yang mudah larut seperti garam batu, batu kapur dan dolomit. Apabila air hujan yang turun menyentuh batu garam ia akan mudah dilarutkan. Air hujan berasid karbonit lemah yang terjadi daripada air hujan yang bercampur dengan gas karbon dioksida akan melarutkan permukaan batuan seperti batu kapur dan dolomit. Pelarutan adalah peringkat pertama dalam luluhawa kimia. Proses ini menyebabkan galian terlarut dan wujud dalam bentuk ion-ion supaya tindak balas kimia selanjutnya dapat berlaku dengan berkesan. Kadar pelarutan bergantung kepada isipadu air hujan yang diterima dan komposisi batuan dan mobiliti unsur-unsur berkenaan. Contohnya kumpulan bahan kimia seperti kalsium, natrium, kalium dan magnesium adalh mudah dilarutkan jika dibandingkan dengan silika. Manakala silika adalah lebih mobil daripada oksida besi dan aluminium.
Proses pelarutan menyingkirkan galian-galian yang mudah larut dan meninggalkan sisa-sisa pepejal seperti besi dan aluminium di dalam tanah dan ia menggalakkan pembentukan tanah laterit yang kaya dengan besi dan aluminium oksida. Proses pelarutan ini juga menghasilkan lubang-lubang di dalam tanah atau batuan. Contohnya seperti honey-comb yang terdapat pada batuan Cheung-Chong, Hong Kong dan di Taman Negara Bako di Sarawak.

2. Pengkarbonan
Pengaruh air hujan yang turun apabila bercampur dengan gas karbon dioksida dalam udara akan menghasilkan asid karbonik yang lemah ( H2 O + CO2 + H2 CO2) Asid Karbonik ini mudah bertindak balas dengan batu kapur secara kimia lalu mewujudkan kalsium bikarbonat ( CaCO3 + H2 CO3 = Ca( HCO3)2 atau kapur mati. Bahan yang terhasil ini adalah dalam bentuk cairan.
Proses pengkarbonan bersama-sama dengan proses larutan sangat berkesan di kawasan batu kapur. Kedua-dua proses luluhawa kimia ini dapat menghasilkan pelbagai bentuk pandang darat karst. Rekahan-rejahan diperbesarkan menjadi grike, sistem gua dengan bentuk stalaktit dan stalagmit terjadi di kawasan batu kapur, di cerun curam. Pengkarbonan menghasilkan kelaran yang dalam.

3. Pengoksidaan
Proses ini merujuk kepada segala perubahan akibat tindak balas kimia melalui tindakan oksigen dari udara atau air dengan mineral-mineral dalam batuan terutama unsur-unsur besi. Besi yang teroksida menjadi besi oksida. Besi oksida merupakan besi berkarat dan ia berlaku dengan perubahan warna dari kebiruan kepada merah, perang atau kekuningan. Proses pengoksidaan ini dapat melemahkan struktur batuan sehingga penguraian batuan berlaku.
Batuan yang mengandungi besi mudah mengalami pengoksidaan. Batuan seperti besi sulfida(pirit), Magnetit ( ferus oksida ), mika dan hornblend(feromagnresium silikat) adalah antara yang mudah mengamali pengoksidaan. Contoh pengoksidaan olivin menghasilkan magnesium hidroksida, ferous oksida dan asid silikit.

4. Hidrolisis ( Urair)
Hidrolisis adalah proses tindka balas air dengan batuan. Proses ini berlaku apabila batuan menyerap air dan mengalami tindak balas kimia. Tindak balas kimia ini sangat kompleks tetapi boleh melemahkan batuan untuk menghasilkan regolit tanah. Tindak balas kimia berlaku apabila ion hidrogen ( H+) dan ion (OH-) dari air bertindak dengan ion positif dan negetif batuan.
Batuan granit mengandungi mineral kuarza, mika dan felspar. Felspar dan mika akan direputkan oleh proses hidrolis dan bertukar menjadi tanah liat putih atau kaolin yang lembut. Apabila bahagian tanah liat ini terhakis ia akan mendedahkan bahagian dalam yang diluluhawakan sehingga seluruh struktur batuan granit terluluh dan terurai. Mineral kuarza dalam batuan granit yang sukar direputkan akan tertinggal sebagai batu tongkol atau butiran pasir.

5. Hidratan
Merupakan satu proses penambahan molekul air kepada sebatian galian. Pertambahan air menghasilkan tegangan dalam dtruktur batuan dan akhirnya menyebabkan batuan terurai. Contohnya, kalsium sulfat yang bertindak dengan air berupaya menyerapnya lalu membentuk suatu bahan yang baru seperti gypsum. Contoh yang lain seperti hematit campur air menghasilkan limonit.

LULUHAWA BIOTIK

Luluhawa jenis ini hanya merujuk kepada pemecahan batuan melalui tindakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Tindaskan luluhawa biotik boleh berlaku secara mekanika atau juga secara kimia.

Tindakan tumbesaran akar
Proses ini berlaku di mana-mana bahagian dunia yang terdapat banyak pokok seperti kawasan hutan. Akar-akar pokok yang menjalar di dalam tanah boleh juga masuk di celah-celah rekahan atau retakan batuan. Hujung akar dalam proses pembesaran sentiasa mengeluarkan asid organik yang boleh melemahkan struktur batuan. Selanjutnya pembesaran akar-akar pokok ini akan menghasilkan tekanan yang kuat dalam rekahan dan retakan batuan lalu dapat membesar dan melebarkan rekahan / retakan secara menyelutuh. Mengikut jangka masa tertentu seluruh batuan boleh pecah dan terurai. Tindakan akar ini juga dapat membentuk air atau cecair tanah lain seperti karbonik atau asid organik masuk melalui struktur batuan yang sudah longgar. Akhirnya air / cecair boleh bertindak balas secara kimia terhadap batuan di dalam tanah dan seterusnya mereput.
Tumbuh-tumbuhan yang menggugurkan daun, ranting, dahan dan batangnya yang mati menghasilkan bahan organik dan akan diuruaikan membentuk asid humik. Tindak balas asid humik ke atas batuan menyebabkan luluhawa kimia berlaku dengan kadar yang cepat. Tumbuh-tumbuhan juga boleh melindungi permukaan tanah dan batuan daripada pancaran matahari yang terik dan ini mengekalkan kelembapan tanah. Litupan bumi yang tebal juga menggalakkan proses infiltrasi air ke dalam tanah. Keadaan ini menggalakkan luluhawa kimia kerana luluhawa kimia / luluhawa dalaman yang memerlukan air untuk bertindak balas dengan batuan di dalam tanah.

2. Tindakan Bakteria
Di dalam tanah memang terdapat pelbagai jenis bakteria. Pembiakan bakteria ini sangat dipengaruhi oleh suhu tanah yang tinggi. Bakteria ini bergantung kepada tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang sedang reput. Kesan tindakan bakteria ini menghasilkan asid organik atau asid humik. Asid ini apabila bercampur dengan air hujan boleh meresap ke dalam tanah dan berupaya bertindak balas secara kimia terhadap batuan induk sebagai luluhawa dalaman. Tindakan ini boleh mengurai dan mereputkan batuan.

Tindakan Haiwan
Hidupan seperti binatang iaitu arnab, burung, tikus dan cacing tanah boleh menggali lubang serta melemahkan struktur batuan. Pelbagai cecair aktif seperti air hujan, asid karbonik dan asid organik kini dapat mengalir dengan mudah melalui lubang-lubang ini dan mula bertindak balas secara kimia terhadap batuan induk. Buangan haiwan seperti air kencing, najis boleh juga menggalakkan proses-proses luluhawa kimia terhadap batuan.

Saturday, July 14, 2007

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN
TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI.

Faktor-faktor yang dapat mempengaruhi adalah terdiri daripada iklim dan cuaca iaitu cahaya matahari, suhu hujan dan angin, batuan dan tanah tanih , bentuk muka bumi dan aktiviti manusia. Faktor-faktor ini dapat mempengaruhi tumbuh-tumbuhan semula jadi dari segi sifat taburan, jenis, kepadatan, ketinggian pokok, dan sebagainya.
Iklim dan cuaca.
Pada umumnya taburan tumbuh-tumbuhan berbeza di kawsan iklim yang berlainan. Jenis tumbuhan di kawasan tropika seperti di Malaysia adalah berbeza dengan jenis tumbuhan yang terdapat di kawasan gurun panas dan juga di kawasan kutub. Di antara unsur-unsur iklim dan cuaca yang paling jelas berkesan dalam mempengaruhi taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi ialah cahaya matahari , suhu , hujan dan angin.
Pengaruh cahaya matahari dapat dijelaskan berasaskan intensiti bahangan iaitu banyak sedikitnya tumpuan (cahaya matahari) dan lamanya masa cahaya matahari memancar di sesuatu kawasan. Cahaya matahari sangat diperlukan oleh pokok –pokok ubtuk membuat makanan atau klorofil melalui proses fotosintesis . Banyak sedikitnya cahaya matahari juga dapat menentukan pertumbuhan samada pokok besar dan tinggi atau kecil dan rendah seperti semak samun. Kawasan Tropika seperti Khatulistiwa, keadaan hutannya adalah tebal, padat, banyak spesis, tinggi atau besar dan dapat melindungi permukaan bumi , menyebabkan tumbuh pokok yang memanjat dan melilit untuk mendapatkan cahaya matahari dengan menumpang pokok-pkok yang lebih tinggi. Kadar kelembapan permukaannya juga tinggi kerana cahaya matahari tidak dapat menembusi ke permukaan bumi. Oleh itu keadaan hutannya berlapis-lapis dalam tiga peringkat.
Pengaruh kedua iklim dan cuaca ialah suhu. Tumbuhan tidak boleh hidup dalam keadaan suhu yang terlampau panas dan terlampau sejuk. Ini bermakna kawasan gurun panas dan kawasan kutub menghadkan pertumbuhan pokok dan menjadikan pokok-pokok yang tumbuh adalah jarang serta tidak padat. Keadaan suhu yang berbeza akan menghasilkan suhu yang berbeza.
Terdapat 4 kumpulan tumbuh-tumbuhan di kawasan suhu yang berlainan;-
(a) Kumpulan megaterma – tumbuh di kawasan min suhu bulanan tidak kurang dari 18 darjah C.
Contohnya hutan hujan tropika (Hutan Khatulistiwa )dan hutan Monsun Tropika.
(b) Kumpulan mesosterma – tumbuhan yang memerlukan min suhu bulanan antara 6.1 – 18 darjah C
dan tidak melebihi 22 darjah C. Contohnya hutan Mediterranean.
(c) Kumpulan Mikroterma – tumbuhan yang memerlukan suhu antara 10 – 22 darjah C ,
seperti hutan daun luruh sederhana.
(d) Kumpulan bekistoterma – memerlukan suhu kurang daripada 10 darjah C, seperti tumbuhan tundra.
Hujan pula merupakan unsur paling penting dalam mempengaruhi taburan dan jenis tumbuh-tumbuhan kerana pengaruh hujan dapat menyeimbangkan bekalan air untuk pertumbuhan pokok, proses fotosintesis dan osmosis. Pengaruh hujan dalam menentukkan corak taburan tumbuh-tumbuhan bergantung juga kepada jumlah hujan yang diterima di kawasan itu dan jangka masa hujan tersebut , samada musiman dan sepanjang tahun.
Dalam mempengaruhi jenis dan taburan tumbuh-tumbuhan, aspek jumlah hujan dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat berikut;-
(a) Kawasan yang menerima hujan lebat melebihi 2,000 mm setahun lazimnya mempunyai hutan yang tebal, padat, banyak spesis, berpokok tinggi, seperti malar hijau dan tumbuhan hutan paya.
(b) Kawasan hujan 1,000 – 2,000 mm setahun, hutannya lebih jarang dan kurang padat, termasuklah Hutan Monsun Tropika.
(c) Kawasan hujan kurang sedikit dari 1,000 mm setahun boleh ditumbuhi oleh rumput dan pokok-pokok
Kecil dan jarang.
(d) Kawasan yang menerima hujan kurang daripada 250 mm setahun dan tidak menentu pula di umbuhi
Oleh tumbuhan gurun iaitu pokok yang tahan kemarau sperti pokok berduri (kaktus) dan palma.
(e) Kawasan yang berfros dan bersalji kebanyakkannya ditumbuhi oleh tumbuhan tundra.
Kehidupan tumbuh-tumbuhan semula jadi bukan sahaja bergantung kepada jumlah hujan, tetapi juga
Kepada pengaruh musim-musim tertentu. Kawasan yang beriklim savana dan mediterranean, hujan turun mengikut peredaran musim menyebabkan penyesuaian tumbuh-tumbuhan semula jadi kepada iklim tersebut.
Jumlah hujan juga dapat mempengaruhi kelembapan tanah-tanih (kerpasan efektif) untuk tumbuh-tumbuhan. Kawasan- kawasan tanah yang lembab dan kering ditumbuhi oleh jenis tumbuh-tumbuhan yang berbeza. Ini bergantung kepada penyesuaian tumbuh-tumbuhan tersebut dengan kelembapan tanah di sesuatu kawasan. Sesetengah tumbuh-tumbuhan hidup dalam air : ia dipanggil hidrofit. Tumbuh-tumbuhan yang boleh hidup di kawasan air pada musim-musim tertentu di panggil helofit dan tumbuh-tumbuhan yang hidup dalam keadaan kering dipanggil xerofit.

-2-
Pengaruh angin juga memainkan peranan penting dalam menentukan taburan jenis tumbuh-tumbuhan. Ini dapat dilihat berdasarkan kesan angin ke atas kawasan tumbuh-tumbuhan. Misalnya angin kencang dapat meyebabkan bentuk pokok seperti merosakkan pokok iaitu terhadap daun , ranting, dahan dan batangnya. Di tepi laut angin boleh membawa banyak garam dan ini boleh menghalang pertumbuhan pokok. Oleh itu pokok-pokok yang berdaun halus seperti jarum dan berbatang lurus, tidak banyak ranting dan dahan, boleh tumbuh membesar di kawasan yang tiupan anginnya selalu kencang.
Batuan dan tanah-tanih
Pada umumnya sifat tanah –tanih yang berbeza menghasilkan tumbuhan yang berlainan. Keadaan ini disebabkan tanah-tanih menentukkan kadar simpanan air, zat galian dan keupayaan akar-akan dapat mencengkamnya. Kawasan yang tanahnya menyimpanbanyak zat makanan (nutrien) dan subur dapat menampung tumbuh-tumbuhan yang padat. Kawasan tanah laterit misalnya , dengan tanahnya yang subur, hujan yang lebat dan suhu yang tinggi sesuai untuk pertumbuhan hutan malar hijau / hutan hujan tropika , jenis tanah cernozem /tanah steppe yang beriklim kebenuaan ditumbuhi oleh pokok-pokok berkelompok dan pokok jarang serta rumput. Kawasan tanah berkapur pula akan mengalami proses larut resap yang kuat di mana keadaannya bersifat kontang, tanah yang tidak subur ditumbuhi oleh belukar, rumput dan lalang iaitu tumbuhan yang rendah sahaja.
Di setengah kawasan , keadaan tanah adalah tebal manakala di tempat lain adalah nipis dosebabkan oleh pengaruh hakisan. Ada pula tanah yang mengandungi banyak zat galian (nutrien) dan ada pula mengandungi sedikit zat. Ini akan membezakan sifat pertumbuhan pokok dimana kawasan yang tebal tanahnya dengan nilai kesuburannya yang tinggi akan mempengaruhi pertumbuhan pokok yang tebal dan padat, dan tinggi , sebaliknya jika tanah nipis dan kurang subur. Tektur dan struktur tanah juga dapat menentukan kadar serapan air atau keporosan tanah-tanih . Misalnya tanah liat yang dapat menyimpan air banyak menolong perkembangan tumbuh-tumbuhan jenis hidrofit. Di Semenanjung Malaysia misalnya, bahagian muara sungai dan dataran pantai yang terdiri daripada tanah lanar, tanah liat dan lumpur ditumbuhi oleh hutan paya air masin. Pokoknya terdiri daripada bakau , nipah , rumput rampai dan nibung. Kawasan tanah berpasir yang masindan poros, hutan pantai seperti ru, jambu laut, ketapang laut, gelam dan rumput kasar amat sesuai tumbuh.
Bentuk muka bumi
Pengaruh bentuk muka bumi seperti tanah tinggi ,bukit bukau, kecerunan dan sebagainya menentukan pergerakan air, air larian dan pendedahan kepada cahaya matahari dan angin serta proses-proses hakisan, pergerakan jisim dan luluhawa. Ini secara tidak langsung mempengaruhi jenis dan dan kepadatan tumbuh-tumbuhan di kawasan tertentu.
Ketinggian muka bumi sesusatu kawasan menentukan perbezaan iklim serta pengaruh unsur seperti pancaran cahaya matahari,suhu dan hujan. Perbezaan ciri-ciri iklim ini akan mempengaruhi perbezaan tumbuh-tumbuhan. Misalnya kawasan tanah tinggi dan cerun curam ditumbuhi oleh pokok-pokok renek, kecil dan berduri,daun bergulung dan daun tebal iaitu sebagai tumbuhan gunung.
Pengaruh ketinggian terhadap tumbuh-tumbuhan dapat di kawasan pergunungan beriklim tropika lembap di mana berbagai jenis tumbuh-tumbuhan dengan sifat yang berbeza di dapati pada ketinggian yang berlainan. Banjaran andes yang terletak dalam zon iklim khatulistiwa mempunyai 5 zon ketinggian yang memperlihatkan jenis taburan tumbuh- tumbuhan yang berbeza.
a) Zon tierra caliente –(0-1000 m) : suhunya 24 -27 darjah C dan tumbuhan hutan hujan tropika.
b) Zon tierra templada(1000-2000 m) ; suhunya 18 – 23 darjah C, tumbuhan terdiri dari hutan daun luruh
Jenis mediterranean dan jenis savana.
c) Zon tierra fira (2000 – 3000 m) ; suhunya 13 – 18 darjah C, terdiri daripada tumbuhan asal seperti
Semak samun.
d) Zon tierra hekada ( 3700 – 5000 m) ; suhunya terdiri daripada rumput.
e) Zon tanah tinggi/puncak gunung(melebihi 5000 m) ; suhunya hingga ke takat beku dan sebagai
Kawasan padang salji.
Aktiviti Manusia dan hdupan.
Aktiviti manusia boleh meninggalkan kesan terhadap perubahan pola tumbuh-tumbuhan semula jadi. Tindakan manusia ke atas tumbuh-tumbuhan seperti pembukaan tanah untuk pertanian,penternakan, pembinaan jalan raya, petempatan dan pembalakan mempunyai kesan ke atas kemusnahan tumbuh-tumbuhan Kawasan yang ditinggalkan tanpa aktiviti akan ditumbuhi dengan hutan belukar dan oleh itu mengubah taburan tumbuh-tumbuhan.
Kawasan padang rumput mungkin diubah menjadi kawasan padang ragut dan tanaman ternak. Dengan demikian setengah-setengah jenis rumput akan terus nmembiak dan sebahagiannya pula terus dimakan oleh binatang tersebut. Di samping itu , belalang pula merupakan perosak tumbuh-tumbuhan di beberapa kawasan di dunia dimana tumbuhan tersebut menjadi pupus.
Persaingan di antara tumbuh-tumbuhan itu sendiri dimana tumbuhan yang besar yang tumbuh dan terus berkembang dan membiak akan menyingkirkan tumbuhan kecil yang tumbuh sebelum itu.. Dengan ini menentukan jenis spesis dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut.

(Ringkasan)
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI

IKLIM DAN CUACA – tumbuhan berbeza mengikut zon iklim yang berbeza ,seperti perbezaan tumbuhan antara kawasan Tropika
dengan kawasan gurun panas dan kawasan kutub.
Cahaya matahari – intensiti /tumpuan banyak sedikit - perlu oleh pokok untuk fotosistesis.,
- membentuk daun hijau. - Banyak sedikit matahari menentukan besar, kecil
dan padat pokok-pokok yang tumbuh.
- Cahaya matahari boleh mempengaruhi jenis pokok memanjat dan melilit
tumbuh dan banyak atau sedikitnya semak samun
Suhu - tumbuhan tidak boleh hidup dalam keadaan suhu terlalu sejuk dan terlalu panas.
- Pokok dapat tumbuh bila suhu lebih daripada 6 darjah C dan kurang
dari 55 darjah C.
- Kawasan kutub yang sejuk dan kawasan gurun yang panas pokok tumbuh
menjadi jarang dan kecil- terdapat 4 kumpulan tumbuhan mengikut suhu.
Kumpulan megaterma min suhu tidak kurang daripada 18 darjah C – hutan
malar hijau.
- Kumpulan mesoterma min suhu bulanan 6.1 darjah C - 18 darjah C dan
tidak melebihi 22 .2 darjah C- hutan mediterranean.
- Kumpulan mikroterma min suhu 10 – 22.2 darjah C , hutan daun luruh sederhana.
- Kumpulan hekistoterma – min suhu kurang daripada 10 darjah C –tumbuhan kutub.
Hujan - Dapat menyeimbangkan bekalan air kepada tumbuh-tumbuhan (kerpasan efektif)
- jumlah hujan lebat dan jumlah yang sedikit dan jangka masanya– menentukan
corak tumbuh-tumbuhan.
- Aspek jumlah hujan dan taburan tumbuh-tumbuhan seperti berikut:
- melebihi 2000 mm setahun – hutan tebal,padat, pokok besar,tinggi banyak spesis
seperti hutan malar hijau dan paya.
- hujan antara 1000- 2000 mm setahun- hutan jarang dan tidak begitu padat seperti
hutan monsun tropika.
- kurang sedikit dari 1000 mm setahun, hutan savana, padang rumput dan pokok
kecil dan jarang.
- hujan kurang dari 250 mm setahun , tumbuhan jarang, jenis berduri dan tahan
kemarau.( tumbuhan gurun)
- kawasan berfros , tumbuhan tundra.
- musim hujan yang beebeza – seperti tumbhuan savana dan mediterranean , tumbuh
mengikut penyesuaian iklim.
- Hujan mempengaruhi kelembapan tanah dan takungan air. Kawasan kering pokok
jarang, kawasan lembap pokok padat.
- kawasan air bertakung – hidrofit, kawasan bertakung mengikut musim – helofit dan
kawasan kering xerofit (seperti di gurun).
Angin - mempengaruhi kesan kepada tumbuh-tumbuhan.
- Angin kencang merosakkan pokok, dahan,ranting dan daun.
- di tepi laut angin masin menghalang pertumbuhan pokok.
- tumbuhan sesuai pokok berbatang lurus, berdaun halus seperti jarum.
Batuan dan tanih - sifat tanih berbeza tumbuhan akan berbeza.
- tanih berbeza kadar simpanan air, zat galian dan keupayaan akar
mencengkam tanah berbeza.
- tanah tebal dan nipis membezakan jenis dan kepadatan tumbuhan.
- tanah yang kesuburan berbeza – tumbuhan juga berbeza.
- tanah yang berbeza keporosan tumbuhan juga berbeza kerana tekstur
dan strukturnya berlainan.
Bentuk muka bumi – sepeti tanah tinggi, bukit bukau ,kecerunan dan sebagainya.
- menentukan pergerakan air, air larian , pendedahan kepada hakisan dan luluhawa.
- akan mempengaruhi jenis dan kepadatan tumbuhan.
- ketinggian – ujud perbezaan jenis tumbuhan mengikut peringkat tinggi,
kerana ketinggian mempengaruhi suhu, hujan , cahaya matahari dan angin.
- Tanah tinggi dan cerun curam – pokok jarang . pokok bantuk / renek ,
berduri, daun bergulung dan daun tebal iaitu tumbuhan gunung.
- Banjaran Andes – terletak di zon tropika beriklim khatulistiwa, terbahagi
kepada 5 zon.
a) Tierra caliente (0- 1000 m) suhu 24-27 darjah C – hutan tropika.
b) Tierra templada (1000- 2000 m) suhu 18- 23 darjah C – hutan daun luruh
Jenis mediterranean dan jenis savana.
c) Tierra fria (2000 – 3000 m) suhu 13 – 18 darjah C – terdiri dari semak samun.
d) Tierra hekada (3000 – 5000 m) –suhu kurang dari 13 darjah C – rumput.
e) Tanah tinggi – 5000 m ke atas – suhu melampau – padang salji – tiada tumbuhan.
Aktiviti manusia - aktiviti melalui penerokaan tanah untuk pertanian, penternakan, pembinaan ,petempatan pembalakan ,
dan sebagainya – kesan ke atas kemusnahan hutan.
- kawasan yang ditinggalkan – ditumbuhi belukar / semak samun.
- penanaman rumput untuk dijadikan padang ragut.
Hidupan - bencana serangan dari belalang memusnahkan tumbuhan
- persaingan tumbuhan sesama sendiri – pokok yang boleh membesar akan musnahkan pokok yang lebih kecil .


Tingkatan 6A : Geografi 1 :Kitar Nutrien dan Kitar Karbon

a) Apakah dimaksudkan dengan kitar nutrien?
Nutrien ialah segala unsur yang diperlukan untuk proses fotosintesis iaitu terdiri daripada air, zat galian, gas-gas oksigen , karbon dioksida, nitrogen dan hidrogen. Nutrien-nutrien ini akan beredar melalui ekosistem sepertimana tenaga matahari.
Nutrien-nutrien ini diperlukan dengan banyak. Lain-lain nurien termasuklah fosforus, kalsium dan ferum. Nutrien ini merupakan bahan asas untuk membolehkan tumbuhan membuat makanan seperti lemak, karbohidrat dan protin. Nutrien ini pula akan kembali semula kepada tanah apabila organisma ini mati dan terurai. Kitar nutrien ini berlaku melaui atmosfera , hidrosfera litosfera dan akhirnya biosfera. Nutrien yang kembali ke tanah akan digunakan semula dan berterusan selagi tidak adanya gangguan.

b) Jelaskan bagimanakah kitar karbon berlaku?
Aliran karbon dalam pelbagaibentuk adalah penting kerana semua benda hidup mengandungi karbon walaupun dalam bentuk yang berbeza. Kebanyakan karbon boleh diperolehi dalam bentuk simpanan mendapan karbonat di bawah permukaan bumi. Ianya terhasil daripada pokok dan haiwan yang telah reput dan termendap lama di bawah permukaan bumi. Contohnya tumbuhan yang membentuk gambut dan haiwan yang mati membentuk hidrokarbon dalam batuan seperti petroleum dan arang batu serta karbonat seperti kalsium karbonat. Karbon juga banyak terbentuk sebagai gas karbon dioksida terlarut dalam air dan terdapat di udara.
Komponen gas karbon dioksida hanya 2 % daripada komposisi karbon yang dibekalkan melalui proses pernafasan oleh organisma seperti haiwan, pembebasan oleh pembakaran bahan fosil yang dijadikan bahan api terutama dari industri dan kenderaan. Turut terbebas gas karbon dioksida ialah melalui pembakaran sampah sarap , pereputan bahan organik. Secara semulajadi juga letusan gunung berapi akan membebaskan gas-gas karbon dioksidan. Gas-gas ini akan beredar dalam udara di lapisan atmosfera.
Apabila ada gas karbon dioksida yang dikeluarkan dan ada karbon dioksida yang masuk atau diserapkan atau disimpan, maka fenomena ini didikenali sebagai kitar karbon.
Tumbuh-tumbuhan adalah agen utama menseimbangkan kandungan karbon dioksida dan oksigen di udara melalui proses fotosintesis. Tetapi apabila kandungan udara terlalu banyak karbon dioksida , larutan akan menolong tumbuhan menseimbangkan kandungan karbon dioksida iaitu gas-gas kaorbon doksida diserapkan ke dalam air lautan. Orgamisma laut seperti siput, kerang dan sebagainya akan menyimpan karbon dalam bentuk kalium karbonat. Apabila udara telah berkurangan karbon dioksida maka karbon dikosida dari lautan akan dikeluarkan atau diserap semula ke atmosfera.

c) Jelaskan baimanakah kitar oksigen berlaku?
Kitar oksigen adalah edaran gas oksigen dibumi melalui proses-proses fotosintesis, pernafasan , pembakaran dan pereputan. Ini bermakna Kitar oksigen ialah proses pengambilan,penggunaan dan pengembalian oksigen ke atmosfera secara berterusan.
Dalam kitar oksgen , gas oksigen digunakan oleh haiwan dan manusia semasa pernafasan untuk mengoksidakan makanan dan menghasilkan tenaga karbon dioksida. Begitu juga proses pereputan yang dilakukan oleh organisma dalam menguraikan bahan organik seperti sisa-sisa tumbuhan dan bangkai –bangkai haiwan mati seperti yang diuraikan oleh bakteria. Semasa prose ini berlaku oksigen digunakan. Pembakaran juga menggunakan oksigen terutama dalam kehidupan manusia seperti memabakar sampah sarap dari sisa tumbuhan dan bahan organik yang lain.
Oksigen pula akan dikembalikan ke udara oleh tumbuh-tumbuhan dalam proses fotosintesin. Semasa proses fotosintesis timbuhan menggunakan cahaya matahari, dan menggabungkannya dengan karbon dioksida dari atmosfera dan air dan zat-zat galian dari tanah untuk mensintesiskan makana. Oleh itu hasil sampingannya oksigen dibebaskan. Proses ini berlaku berterusan.

d) Bagaimanakah kitar nutrien boleh diganggu oleh manusia?
Menambahkan nutrien - contohnya karbon dikosida akan bertambah melalui:
i) Pembalakan berlebihan tanpa tanam semula
ii) Pembakaran bahan fosil dalam industri
iii)Pembakaran sampah sarap secara terbuka
iv)Petani pindah membakar hutan
Mengambil nutrien – karbon dioksida keluar dari sistem ini melalui:
i)Pemburuan haiwan hutan dan dibawa ke tempat lain
ii)Perlombongan arang batu atau minyak, sumber ini diseksport ke tempat / negara lain.
iii) Kayu balak dieksport ke tempat lain.

Tingkatan 6A : Geografi 1 :Peranan dan Ciri-Ciri Hutan Paya Bakau


Peranan dan Ciri-ciri Hutan Paya Bakau.

Hasil daripada kajian hutan paya bakau merupakan amat bernilai dari segi ekologi kerana berfungsi melindnungi pesisir pantai daripada terhakis oleh kuasa fizikal seperti ombak dan angin yang kencang.Hutan paya bakau juga menstabilkan kawasan pantai dan bertindak sebagai penanpam semula jadi terhadap ribut taufan. Selain itu, bakau turut menjadi tempat perlindungan beberapa speseis flora dan fauna yang mempunyai ciri penyesuaian yang unit.
Terdapat banyak speseis udang marin dan ikan mencari makanan, bertelur dan membesar di kawasan terbabit. Kawasan bakau dan dataran berlumpur adalah tapak penting kepada burung mentap dan berhijrah mencari makanan serta bersarang.
Satu lagi ciri penting hutan bakau ialah persekitaranya yang agak kompleks dengan ekosistem tanah becak produktif. Tahap kemasinan yang tinggi, kandungan oksigen rendah di dalam air dan tanah, keadaan tanah yang tidak stabil dan tidak berupaya menyokong pokok besar adalah beberapa aspek persekitarannya.
Tumbuhan dan haiwan yang mediami kawasan bakau mampu menyesuaikan diri terhadap persekitaran apabila ia membentuk ciri penyesuaian istimewa. Tumbuhan bakau mengatasi kandungan oksigen rendah dengan akar udara khas, dikenali sebagai ‘pneumatofor ’iaitu akar yang tumbuh secara menegak daripada permukaan tanah untuk mendapatkan oksigen
Tanah berkelodak dan perubahan air pasang dan surut tidak sesuai bagi anak pokok bakau. Untuk mengatasi masalah itu, tumbuhan bakau mempunyai kaedah percambahan biji benih unik dikenali sebagai ‘ vivipariti ’.
Tumbuhan viviparus mempunyai biji benih yang boleh membesar dan mengeluarkan akar dan pucuk muda ketika ia masih lagi berada berada pokok induk. Anak benih ini kemudiannya jatuh daripada pokok induk dan tertanam dalam tanah. Ia akan terus membesar atau kekal sehingga dihanyutkan arus ke tempat lebih sesuai untuk membesar.
Seperkara lagi yang menarik mengenai htuan bakau ialah kepelbagaian biologinya, terutama ia menjadi tempat 60 spesies tumbuh-tumbuhan . Empat jenis tumbuhan yang utama ialah pokok api-api ( avicennia), bakau ( rhizohora ) ,Perepat ( sonneratia) dan berus / tumu ( bruguiera). Habitat bakau dapat menampung sejumlah besar haiwan , daripada paling halus( zooplankton), sehingga kepada reptilia besar iaitu buaya muara.
Penghuni hutan bakau yang paling biasa ditemui ialah ketam rebab,ketam lumpur, udang kara, ular bakau, lotong kelabu, memerang licin,
beruk dan kelawar. Banyak speies ikan, krustasia dan udang menakluki kawasan bakau ketika air pasang untuk mencari makanan. Siput, tiram dan teritip pula adalah hidupan yang bergerak perlahan atau tidak bergerak langsung boleh dijumpai pada akan dan pokok bakau.
Haiwan paling menarik ialah burung air besar seperti bangau iaitu bangau putih besar dan bangau kecil , burung pucung keladi dan cericap, burung upeh dan burung botak adalah penghuni hutan bakau yang lazim ditemui. Burung lain yang terdapat seperti helang merah, helang siput,burung bacat bakau, murai bakau, burung sambar biru dan pekaka sungai.
Hutan paya bakau juga kaya dengan nilai komersial dan keuntungan daripada kegiatan perikanan di kawasan terbabit dengan memberi pulangan puluhan juta ringgit setahun. Begitu juga pokok bakau yang menjadi sumber kayu balak. Penduduk di pantai menggunakan bakau untuk membina rumah dan bot iaitu sebagai rasuk,alang, pelancar dan tiang.
Kayu bakau turut digunakan untuk membuat perangkap ikan, dijadikan arang dan kayu api selain sumber bahan api., kraftangan dan barangan rumah serta perabot. Tanin yang diperolehi daripada kulit bakau digunakan untuk mewarnakan jaring, kain layar dan pelekat plastik. Banyak bahagian tumbuhan bakau iaitu tunas, dedaun dan benih dijadikan sumber ubatan.
Daun pokok dari hutan bakau yang bersaiz besar seperti nipah digunakan untuk membuat atap dan rokok daun serta menganyam bakul dan tikar seperti mengkuang laut. Pokok bakau tidak tahan gangguan yang tinggi dan sensitif terhadap penukaran tanah, penebangan hutan,penebusgunaan tanah dan pencemaran air.
Banyak kawasan bakau ditebang untuk memberi laluan kepada akuakultur ikan dan udang, kegiatan agrikultur dan industri, pembandaran, pembalakan berlebihan di hutan simpanan serta pembuangan sisa cair dan pejal adalah antara ancaman serius terhadap hutan bakau.
Hari ini kita sedar hutan bakau di negara kita menghadapi ancaman yang serius melalui kegiatan pembangunan oleh manusia.Ekosistem yang mudah terjejas ini perlu dipelihara sebagai hutan simpan alam semula jadi atau sebagai taman alam. Banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran awan dan menanamkan rasa tanggung jawab dalam diri kita untuk memelihara warisan bakau semula jadi yang menyimpan sebahagaian daripada flora dan fauna dunia yang terancam.





( c ) Merngapa ekosistem paya bakau perlu dikekalkan.

Ekosistem hutan paya terdiri daripada pelbagai jenis hutan seperti paya bakau, payta nipah dan hutan paya gelam. Ekosistem hutan ini amat perlu dikekalkan untuk;

1. Mengekalkan habitat pelbagai spesies hidupan seperti sebagai tempat pembiakan ikan, kerang,udang, memerang dan juga pelbagai jenis burung tempatan dan burung hijrah. Hal ini kerana kawasan hutan ini kaya dengan sumber makanan yang dihimpunkan dari pertembungan enapan sungai dan laut.

2. Menjadi kawasan tadahan dan simpanan air. Hutan paya merupakan kawasan tanah bencah / wetland yang berfungsi menyimpan air, khusunya air hujan. Justeru itu air hujan tidak boleh mengalir limpah dan membajiri sesuatu kawasan saliran dengan cepat kerana disimpan di kawasan hutan berkenaan. Fenomena banjir boleh dikurangkan apabila ekosistem hutan paya dikekalkan.

3. Mengawal hakisan pantai. Hutan paya bakau dan nipah sebenarnya menjadi pelindung semula jadi dan penahan kepada hakisan ombak yang cekap dan berkesan. Contohnya, sistem akar banir pkok bakau mampu memperlahankan kuasa hakisan ombak di samping memerangkap enapan / lanar. Manakala kanopi pokok yang tebal boleh menghalang angin kencang dari arah laut.

4. Pelbagai bekalan sumber kayu, damar, ubat-ubatan, pencelup, makana, dan sebagainya diperolehi daripada kawasan hutan paya. Kayu bakau misalnya amat berguna untuk dalam industri pembinaan seperti membuat jeti, cerucuk panahan hakisan ombak dan juga membuat kayu arang. Hal ini penting untuk memajukan industri pembinaan. Selain itu paya bakau menjadi tempat / sumber ekonomi kepada masyarakat nelayan trdisional di tepi pantai untuk mencari sumber-sumber makanan laut seperti lokan, udang galah, getam, daun atap , daun rokok dan sebagainya.

5. Sumber ekopelancongan dan sumber kajian. Hutan bakau pada masa ini sudah dipopularkan sebagai destinasi pelancongan yang baru seperti di Larut Matang, Perak dan juga di Kuala Selangor yang dijadikan kawasan rekreasi dengan membangunkan pelbagai kemudahan seperti calet dan kemudahan perhubungan. Selain itu, ia turut dijadikan sebagai kawasan penyelidikan / kajian terhadap spesies fauna dan floranya.



Sunday, July 8, 2007

Tingkatan 6R:Geografi1 : Siri Nota : Pengangkutan Sungai

PENGANGKUTAN SUNGAI
Pengenalan
Aliran-aliran permukaan bumi dan sungai-sungai mempunyai satu peranan geologi sebagai agen-agen utama gondolan. Ia bukan sahaja merupakan jalan aliran penting bagi edaran hidrologi tetapi sebagai pengangkut bahan-bahan galian dari daratan ke lautan. Sungai ialah air yang mengalir dari rangkaian-rangkaian alur yang mengumpul dan membawa kerpasan yang rendah di sekitarnya ke laut atau tasik-tasik. Sungai dapat mengalir dan berkembang dengan mudah di kawasan batu lemah, misalnya di sepanjang daratan selari dengan dasar batuan atau di sepanjang sudut selari dengan lapisan-lapisan batuan mendak.
Air mengalir ialah agen hakisan yang terpenting. Apabila hujan turun, sebahagian airnya meresap Ke dalam tanah dan menjadi air bawah tanah. Air ini juga akan masuk ke dalam sungai dan di sini ia akan mengangkut bahan-bahan sedimen atau beban ampaian yang terdapat dalam aluran sungai. Terdapat juga Jenis beban ampaian yang diangkut oleh aluran sungai, iaitu dasar, beban terampai dan beban terlarut.

Jenis-jenis beban dan bagaimana ia dihasilkan
Beban dasar merupakan batu-batuan di dasar sungai yang bergerak lebih perlahan dari halaju aliran Sungai. Pergerakannya adalah secara terputus-putus dan berkelompok. beban terampai pula merupakan partikel-partikel yang lebih halus dari beban dasar. Apabila partikel-partikel ini dicabut dari tempat asalnya, sedikit tenaga diperlukan untuk mengangkutnya dan ia boleh dibawa di sepanjang sungai dengan kadar halaju sungai yang lebih rendah dari halaju halus untuk mencabutnya. Beban terampai juga mengurangkan kehilangan tenaga, maka sungai menjadi lebih efisyen. Kedudukan taburan beban terampai ini bergantung kepada kedalaman di bawah permukaan sungai. Kepekatan tinggi adalah dekat dengan dasar sungai dan mengurang pada aras tebin tinggi. Tetapi yang pentingnya kepekatan yang tertinggi adalah bergantung kepada taburan turbuten.
Manakala beban yang terlarut pula merupakan bahan-bahan kimia seperti ion-ion dan garam-garam. Beban terlarut amat penting dalam proses pembuangan tanah permukaan Sekiranya aliran sungai adalah stabil dan air berasal dari aliran bawah tanah maka kepekatan garam adalah tinggi. Air yang mengandungi asid mempunyai keupayaan melarut sagi sungai yang mengalir melaluikawasan gambut seperti bogs, swaps dan marshes.
Kebolehan sungai untuk mengangkut bahan-bahan sendimen ini dan menghakis lurahnya adalah bergantung besar ke atas halaju sungai itu. Air dalam lurah sungai dipaksa mengalir ke hadapan oleh graviti. Halajunya akan dihalang oleh geseran di antara jisim air dengan dasar tebing lurah dan geseran di antara partikel-partikel air. Jadi, geseran mempengaruhi taburan halaju di dalam sungai dan cenderung urrtuk mengurangkan halaju di dasar dan tebing sungai itu. Halaju maksimum biasanya didapati di bahagian tengah lurah sungai. Sedikit ke bawah dari permukaan air.

Cara-cara Pengangkutan dan ciri-cirinya
Bahan-bahan muatan sungai boleh diangkut oleh aliran air dalam aluran sungai melalui beberapa cara. Cara yang paling utama ialah larutan di mana bahan-bahan yang terlarut akibat luluhawa kimia akan diangkat dalam bentuk larutan. Sesetengah sungai mengangkut lebih banyak bahan larutan daripada muatan-muatan bongkah. Perbezaan jumlah bahan larutan bergantung besar kepada sumbangan bandingan antara larian permukaan dan air bawah tanah kepada isipadu sungai itu. Jika aliran sungai itu stabil, maka kandungan bahan-bahan garam larutan adalah tinggi. Tetapi, apabila larian permukaan merupakan sumbangan yang utama kepada aliran sungai itu. Kandungan garam larutannya adalah rendah. Air yang mengandungi asid amat berkesan dalam melarutkan bahan-bahan kimia daripada batu-batuan. Sungai-sungai seperti ini mengalir melalui paya dan kawasan gambut di mana proses reputan bahan-bahan organan membekalkan asid-asid organan yang banyak.
Beban ampaian sungai juga boleh diangkut melalui cara apungan atau ampaian. Muatan yang diapung dan diseret di sepanjang dasar sungai merupkan sebahagian besar daripada jumlah muatan sungai. Air yang mengalir di lurah-lurah sungai mungkiun bergerak dengan aliran 'laminar' iaitu bergerak secara berlapis, tetapi oleh kerana ciri semula jadinya adalah tidak pekat dan halajunya tinggi secara relatif. Maka air akan menghasilkan aliran turbulen. Aliran turbulen ini amat penting dalam pengangkutan muatan kerana arus-arus aliran putaran dan edy yang bergerak ke atas itu membantu mengangkut bahan-bahan untuk diangkut oleh sungai. Kebanyakan beban ampaian yang terapung ini terdiri daripada kelodak-kelodak dan tanah liat. Jangka masa sesebuah partikel diapungkan adalah bergantung kepada halaju ia jatuh ke dasar sungai dan giatnya turbulen yang mengangkut partikel-partikel itu. Jumlah muatan terapung akan bertambah apabila isipadu bertambah.
Selain dari dua cara di atas, beban-beban ampaian sungai juga boleh diangkut melalui cara lompatan kerana ianya merupakan beban dasar yang terdiri daripada pasir dan batu kelikir. Butiran pasir ini akan diangkut untuk sementara waktu dan bergerak ke bawah cerun apabila iatenggelam semula ke dasar. Pergerakan ini adalah seperti siri lompatan kerana selepas ia diangkut, ia akan tenggelam dan kemudian timbul balik untuk diangkut, begitulah seterusnya hingga sampai ke tepian sungai.
Beban-beban ampaian sungai yang lebih besar seperti batu kelikir dan butiran pasir yang terlalu besar pula akan diangkut oleh aliran sunga Dengan cara golekan atau ditolak di sepanjang dasar lurah sungai. Air yang mengalir dalam halaju sunga yang berbeza akan menolak bahan-bahan ini dengan perlahan-lahan dan bila sampai dalam halaju sungai yang tinggi, bahan ini lebih cepat diseret dengan kecerunan sungai yang curam pula.
Pergerakan seperti ini juga disebut sebagai seretan yang merupakan cara terakhir bagaimana beban ampaian sungai diangkut oleh aliran sungai. Cara-cara bagaimana beban ampaian sungai diangkut oleh aluran air aliran sungai.
Faktor yang mempengaruhi cara pengangkutan beban sungai yang berbeza. Beban-beban yang dibawa oleh sesuatu sungai sangat berbeza di segi jumlah, kuantiti beban dan saiz serpihan bergantung kepada kadar alir dan peringkat sungai itu. Pada masa banjir, apabila halaju 6 meter sesaat atau lebih didapati di sungai-sungai besar, airnya akan keruh dengan beban ampaian sungai. Batu tongkol yang bersaiz besar mungkin bergerak di dasar sungai sekiranya kecerunan sungai itu curam. Ini menunjukkan bahawa beban ampaian sungai akan diangkut dengan cara golekan atau seretan sahaja. Sekiranya sesebuah sungai itu berada di peringkat muda, kuasa mengangkutnya dan halaju aliran sungai adalah lebih laju jika dibandingkan dengan sungai yang berada di peringkat tua atau matang kerana di sini, halaju sungai adalah terlalu rendah dan kerja penimbunan mula berlaku.
Kuasa mengangkut muatan bergantung kepada halaju dan juga isipadu sungai serta saiz muatan itu. Apabila isipadu sungai bertambah, kuasa mengangkutnya akan turut bertambah dengan kadar yang lebih besar daripada kadar isipadu. Ini menunjukkan bahawa tenaga sungai adalah berkadar langsung dengan isipadu, tetapi geseran dengan dasar dan tebing bertambah dengan sedikit sahaja apabila isipadu bertambah. Jadi terdapatlah lebih tenaga untuk kerja mengangkutnya.
Biasa dikatakan bahawa bagi mana-mana suatu sungai yang diandaikan mempunyai halaju dan isipadu yang tetap, akan terdapat suatu had muatan yang boleh diangkut olehnya Apabila had ini dicapai muatannya dikatakan penuh. Jadi, bahan-bahan yang besar dalam muatan sungai akan ditinggalkan atau dimendapkan kerana tidak boleh diangkut kerana kekurangan halaju oleh sungai.
Cara bahan-bahan sedimen ini diangkut tidak saja bergantung kepada halaju dan isipadu sungai tetapi ianya juga bergantung kepada saiz partikel-partikel muatan itu. Jika bahan-bahan sedimen sungai adalah cukup halus, sungai mungkin menjadi sejisim lumpur dan mengangkut dengan cara apungan. Jika bahan-bahan yang terdapat dalam sesebuah sungai dengan yang ditambah dari luar mempunyai saiz-saiz yang berbeza, maka had muatan yang mungkin diangkut itu tidak dapat dipastikan.
Kecerunan sesebuah sungai juga mempengaruhi cara bagaimana beban sungai diangkut dan ciri-ciri lurah pula mempengaruhi halaju sungai kerana sebahagian tenaga sungai akan hilang akibat geseran yang disebabkan oleh kekerasan turbulen. Pada amnya, pertambahan halaju sungai disebabkan oleh pertambahan kecerunan adalah sangat berkesan bagi keria mengangkut muatan dasar jika dibandingkan dengan pertambahan yang disebabkan oleh pertambahan isipadu sesebuah sungai yang mempunyai kecerunan yang curam akan mengangkut bahan-bahan sedimennya dengan lebih cepat. Tambahan pula halajunya adalah deras.
Dapatlah dirumuskan bahawa cara muatan sungai diangkut adalan berbeza dan berubah dari semasa ke semasa serta dari satu peringkat perkembangan ke peringkat perkembangan sungai yang lain. Faktor-faktor yang menentukan bahawa cara pengangkutan bahan sedimen oleh sesebuah aliran sungai itu berbeza adalah berdasarkan kepada isipadu sungai, halaju dan saiz muatan sesebuah sungai. Lain-lain faktor yang juga boleh mempengaruhinya adalah morfologi atau bentuk kecerunan serta lurah sungai, kekerasan dasar sungai, peringkat perkembangan sungai dan ciri-ciri fizikal saliran saliran sesbuah sungai itu. Faktor-faktor ini saling berhubungan dan kait-mengait serta mempengaruhi antara satu sama lain. Dalam jangka masa panjang, semua faktor-faktor ini bergantung kepada iklim dan geologi lembangan sungai itu. Kerana itulah wujudnya cara bahan diangkut yang berbeza oleh sesebuah aliran sungai.

SOALAN LATIHAN
a. Nyatakan jenis beban yang diangkut oleh sungai dan bagaimana ia dihasilkan.
b. Jelaskan cara-cara pengangkutan beban yang berbeza-beza oleh aliran sungai.
c. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi cara pengangkutan yang berbeza.

Tingkatan 6R:Geografi 1 : Apakah yang dimaksudkan dengan luluhawa dalaman? [5m]

Luluhawa dalaman bermakna proses-proses luluhawa terutama proses-proses luluhawa kimia terhadap batuan induk yang terdapat dalam lapisan tanah. Luluhawa jenis ini berlaku secara insitu dengan bantuan unsur-unsur iklim seperti hujan, suhu dan sebagainya. Batuan akan mengalami proses pemecacahan dan pereputan di mana ia berlaku secara fizikal dan berubah dari segi kandungan kimia.