Pilih SATU (1) soalan bagi setiap bahagian.
(c) Dengan bantuan gambar rajah, jelaskan mekanisma pembentukan hujan perolakan. [10]
BAHAGIAN A
1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kerpasan? [5]
- Jagat air yang turun ke permukaan bumi
- Dalam pelbagai bentuk
- Pepejal, cecair dan gas
- Hujan, hujan batu, salji dan embun
- Turun dalam intensiti yang berbeza
(b) Huraikan teori-teori pembentukan kerpasan. [12]
Teori Bergeron-Findeison
· Atmosfera dibahagikan kepada dua kawasan iaitu kawasan terbentuknya hujan iaitu di kawasan yang bersuhu -5oC hingga -25oC.
· Terdapat hablur-hablur ais seni di kwasan ini hasil proses pemejalwapan.
· Proses sejatan seterusnya membekalkan wap air ke atmosfera.
· Wap air yang memasuki kawasan ini akan mengalami proses pemeluwapan.
· Proses pemeluwapan akan membekalkan lembapan.
· Lembapan akan dimendapkan di permukaan hablur ais
· Lapisan air nipis yang dimendapkan akan menambah saiz hablur ais.
· Hablur ais yang diselaputi oleh lembapan juga senang menggregat apabila berlanggar dan bercantum di antara satu sama lain.
· Apabila hablur ais mencapai garis pusat melebihi 7mm, tarikan graviti akan menarik hablur ais turun ke permukaan bumi.
· Hablur ais yang turun akan mengalami proses pencairan kerana berlakunya proses pemanasan secara adiabatik lalu turun sebagai hujan.
Teori Perlanggaran
(d) Jelaskan bagaimana manusia dapat mempengaruhi kuantiti dan kualiti kerpasan. [6]
Penghasilan hujan tiruan – Meningkatkan kuantiti hujan
Penyahutanan – mengurangkan kuantiti hujan
Pembebasan bahan pencemaran – Meningkatkan hujan kerana bahan pencemaran bertindak sebagai nukleus kondensasi
Pembangunan – mengurangkan litupan bumi – menjejaskan kitaran semula jadi mengurangkan transpirasi – mengurangkan hujan
Perindustrian – membebaskan bahan pencemaran seperti gas karbon dioksida dan sulfur dioksida – menyebabkan hujan asid
Pengangkutan – membebaskan bahan pencemaran seperti gas karbon dioksida dan sulfur dioksida – menyebabkan hujan asid
2 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan edaran umum atmosfera secara global? [5]
Pergerakan udara mendatar secara besar-besaran meliputi seluruh dunia yang dipengaruhi oleh daya koriolis.
(b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi arah tiupan angin global [6]
Daya koriolis – Terbias ke kanan di Hemisfera Utara dan terbias ke kiri di Hemisfera Selatan
Faktor taburan haba bumi – Udara yang sejuk di kutub lebih berat lalu turun ke permukaan bumi dan mewujudkan kawasan tekanan tinggi. Udara di khatulistiwa yang panas menjadi ringan lalu naik ke atas dan mewujudkan kawasan tekanan rendah. Udara bergerak dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah.
Faktor pemanasan dan penyejukan udara – Udara dari kutub yang bergerak ke khatulistiwa di permukaan bumi semakin dipanaskan. Aapabila tiba di garis lintang 661/2oU/S, udara menjadi semakin ringan lalu naik ke atas. Udara yang naik ini akan berpecah ke kutub dan bergerak ke khatulistiwa tetapi akibat penyejukan secara adiabatik, ia menurun di kawasan 30oU/S. Udara di khatulistiwa yang naik akan disejukkan. Udara ini akan menurun di kawasan 30oU/S. Ini mewujudkan pusat tekanan tinggi hampir tropika. Di permukaan bumi, angin dari pusat tekanan tinggi hampir tropika ini akan bergerak secara mendatar ke khatulistiwa dan ke kawasan tekanan rendah sederhana.
(c) Huraikan mekanisma pembentukan angin monsun barat daya dan angin monsun timur laut. [12]
(d) Jelaskan kesan sistem angin monsun terhadap kehidupan manusia. [10]
Kesan Positif
Kegiatan Pam Angin – Negara Filipina yang mempunyai 7100 buah pulau dan angin monsun yang kencang hampir sepanjang tahun. Ini membolehkannya menggunakan kuasa angin monsun untuk menjana kuasa elektrik dan untuk menggerakkan pam air mekanika bagi mengepam air bawah tanah untuk kegunaan harian, pengairan sawah padi dan kebun sayur tanpa pembakaran bahan api fosil dan mesra alam.
Hujan lebat yang dibawa oleh angin monsun – membekalkan air yang mencukupi untuk penanaman padi sawah yang meluas di Asia Tenggara.
Pelayaran – Pada masa dahulu, kapal layar digunakan dalam aktiviti perdagangan. Pedagang dari China dating ke Malaya dengan bantuan angin monsun Timur Laut dan mereka akan menunggu angin Monsun Barat Daya untuk kembali ke negara China.
Kesan Negatif
Menjejaskan kegiatan pertanian – kelewatan angin monsun barat daya menyebabkan India kekurangan air untuk pertanian. Hasil pertanian terjejas. Sumber pendapatan utama penduduk India adalah kegiatan pertanian. Kegiatan pertanian terjejas akan menyebabkan kekurangan sumber pendapatan, kebuluran dan kematian.
Banjir – Kadang kala angin monsun membawa hujan yang terlalu lebat. Ini akan menyebabkan berlaku banjir. Banjir akan membawa kemusnahan harta benda, kemusnahan hasil pertanian dan nyawa manusia terkorban khasnya di Lembangan Ganges di India dan Bangladesh. Pada masa perantaraan angin monsun, angin taufan menjadi lebih kuat dan membawa kemusnahan di kawasan pantai timur Filipina dan China.
Menjejaskan kegiatan perikanan – Angin Monsun Timur laut yan g bertiup kencang di pantai Timur Semenanjung Malaysia menyebabkan lautan bergelora. Ini menyebabkan kegiatan perikanan di Kelantan dan Terengganu terjejas. Kekurangan bekalan ikan menyebabkan harga ikan naik mendadak dan member kesan kepada kos sara hidup penduduk berpendapatan rendah.
BAHAGIAN B
3 (a) Berikan definisi fenomena mikroiklim bandar [5]
Keadaan cuaca dan iklim mikro yang terbentuk dan dialami di sesuatu kawasan yang terbatas keluasannya iaitu kawasan bandar sahaja hasil aktiviti manusia seperti suhu yang lebih tinggi, hujan yang lebih lebat dan lebih kerap, kelembapan udara yang lebih rendah dan tiupan angin yang lebih perlahan berbanding kawasan pinggir atau luar bandar
(b) Mengapa wujudnya perbezaan suhu antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar? [12]
Bahan binaan struktur fizikal yang terdiri daripada batu, konkrit, simen, bitumen dan aspalt – menggalakkan pengaliran dan simpanan haba pendam yang efektif terutama pada waktu malam
Pelepasan gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida, metana dan sulfur dioksida daripada pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan dan jentera kilang – membenarkan pengaliran masuk bahang matahari pada waktu siang tetapi menghalang pengeluaran gelombang panjang bumi pada waktu malam
Pembebasan CFCs yang tinggi daripada alat penyaman udara dan digunakan dengan meluas dalam sektor industri – CFCs akan menipiskan lapisan ozon lalu membenarkan lebihan tenaga matahari dan sinar ultra lembayung masuk ke kawasan bandar selain CFCs juga bertindak sebagai gas rumah hijau
Kekurangan litupan tumbuh-tumbuhan hijau – menyebabkan gas karbon dioksida kurang diserap
Pembebasan bahan pencemaran – bertindak memerangkap pembebasan haba bumi
Kurangnya badan air kerana telah ditebusguna sebagai kawasan pembinaan – mengurangkan pembebasan wap air yang dapat menyerap sinaran matahari
Haba yang dibebaskan secara langsung dari enjin kenderaan, jentera kilang dan haba metabolism badan manusia – meningkatkan pengeluaran haba di bandar
(c) Huraikan kemungkinan-kemungkinan fizikal yang terjadi di bandar akibat kejadian pulau haba bandar. [6]
Tekanan udara bandar menjadi rendah kerana mengikut hukum Boyle suhu berkadar songsang dengan tekanan
Kelembapan udara sangat rendah berikutan suhu yang tinggi akan meningkatkan kadar sejatan terlalu cepat
Hujan di bandar lebih lebat dan lebih kerap kerana suhu yang tinggi akan meningkatkan kadar sejatan
(d) Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan buruk akibat kejadian pulau haba bandar. [10]
- Mewujudkan lebih banyak kawasan hijau di bandar – di samping mencantikkan kawasan bandar, pembinaan kawasan hijau juga dapat membekalkan lebih banyak wap air melalui proses sejatpeluhan. Pokok-pokok juga bertindak menapis bahan pencemaran selain menyerap lebih banyak gas karbon dioksida sebagai satu daripada gas rumah hijau
- Membina bandar satelit
- Manambah pancutan air di tepi bangunan, di simpang jalan atau di taman-taman rekreasi
- Kempen kongsi kenderaan untuk mengurangkan jumlah kenderaan di jalanraya
- Membina kawasan kilang berjauhan dari kawasan perumahan
- Menanam lebih banyak pokok di kwasan bandar seperti di tepi bangunan dan di taman-taman rekreasi
- Langkah perundangan dengan mewajibkan kilang-kilang membina cerobong asap yang lebih tinggi dan mewajibkan penggunaan penapis asap di ceronong asap.
- Kempen penggunaan bahan api mesra alam seperti penggunaan petrol tanpa plumbum.
-
4 (a) Berikan huraian ringkas tentang El-Nino. [5]
- Fenomena cuaca luar biasa
- Akibat pemanasan air laut di lautan Pasifik
- Mengubah pola tiupan angin dengan melemahkan tiupan angin timuran dan menggantikan dengan angin baratan yang lebih kuat
- sehingga mnegubah arus lautan yang panas ke bahagian timur Lautan Pasifik
- Memberi kesan kepada fenomena cuaca hampir seluruh dunia
- menyebabkan kemarau di bahagian barat lautan Pasifik seperti di Asia Tenggara dan Australia tetapi menyebabkan hujan yang lebat di bahagian Timur Lautan Pasifik seperti di perairan Pantai Barat Amerika Selatan
- Berlaku setiap 3 hingga 5 tahun sekali
(b) Nyatakan keadaan-keadaan lautan dan atmosfera di Lautan Pasifik semasa pembentukan fenomena El-Nino. [12]
Di Pantai Barat Amerika Selatan
- Permukaan laut lebih panas daripada biasa
- Proses sejatan air laut berlaku dengan pesat
-Aras laut 5cm lebih tinggi dari biasa
- Hujan turun dengan lebat
-Menerima angin baratan dari lautan Pasifik
- Menerima arus laut yang panas dari Lautan Pasifik
- Plankton dan Ikan berkurangan kerana kekurangan nutrien dari dasar laut
Di Perairan Negara-Negara Asia Tenggara, Australia dan New Zealand
- Berlaku proses pembuakan air laut
- Air laut lebih sejuk
- Lautan kaya dengan nutrien dari dasar laut
- Aras laut 5cm lebih rendah daripada biasa
- Permukaan laut yang sejuk mengurangkan proses sejatan
- Proses sejatan yang kurang menyebabkan udara lebih kering
- Berlaku kemarau kerana ketiadaan hujan
(c) Jelaskan kesan fenomena El-Nino terhadap kehidupan manusia [10]
Di Pantai Barat Amerika Selatan
Kesan kepada sektor perikanan – tangkapan nelayan rendah kerana kekurangan jumlah ikan. Arus panas yang melanda pantai Ecuador akan berpecah kepada dua arah, iaitu satu ke British Columbia dan satu lagi ke Chile. Oleh itu kebanyakan ikan di tepi pantai Peru dan Ecuador turut mengikut arus panas ini. Contohnya kegiatan perikanan di Ecuador mengalami kekurangan ikan sardin yang telah berenang ke Chile. Banyak anjing laut mati kerana kekurangan makanan iaitu ikan. Aras laut semakin meningkat di sebelah timur Christmas Island, sementara aras laut di sebelah barat Christmas Island semakin menurun. Oleh itu batu karang dan terumbu laut yang mengelilingi pulau di sebelah barat terdedah lalu dimusnahkan. Ini mengurangkan kawasan pembiakan perikanan lalu menjejaskan kegiatan perikanan.
Kesan kepada sektor pelancongan – Kenaikan aras laut membawa kemusnahan kawasan terumbu karang dan hakisan tepi pantai merosakkan pantai. Ini menjejaskan kegiatan pelancongan. Kebakaran hutan mengakibatkan jerebu dan menjejaskan kegiatan pelancongan.
Kesan kepada penduduk – Kejadian banjir menyebabkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa. Ramai di kalangan penduduk mendapat pelbagai penyakit akibat banjir. Pada tahun 1983, El-Nino berlaku di Bolivia, Peru dan Ecuador. Ini menyebabkan 2500mm hujan menurun dalam tempoh masa 6 bulan. Air hujan berlebihan menggalakkan pembentukan tasik dan rumput tumbuh dengan cepat di kawasan pinggir pantai. Kawasan yang bertakung air dan berumput menggalakkan pembiakan nyamuk yang boleh membawa penyakit malaria.
Di Negara-Negara Asia Tenggara, Australia dan New Zealand
Kesan Kepada sektor pertanian – Kekurangan bekalan air akibat kemarau yang berpanjangan menyebabkan pembesaran tanaman terbantut, hasil tanaman merosot malah boleh menyebabkan kemusnahan sesetengah tanaman seperti tanaman padi. Kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu akan mengurangkan proses fotosintesis lalu mengurangkan hasil pengeluaran pertanian.
Kesan Kepada sektor pembalakan – Semasa El Nino kawasan Asia Tenggara mengalami musim kemarau dan mengakibatkan kebakaran hutan serta kepupusan pokok yang bernilai dari segi komersil. Ini menjejaskan ekonomi negara khasnya dari segi pembalakan.
Kesan kepada penduduk – El-Nino 1997 menyebabkan musim kemarau yang serius di Malaysia, Indonesia dan Brazil. Keadaan kering menyebabkan kebakaran hutan. Ini menyebabkan kejadian jerebu yang menjejaskan kesihatan manusia.
(d) Huraikan bagaimana fenomena El-Nino boleh mempengaruhi keadaan jerebu di negara-negara Asia Tenggara. [6]
Kemarau semasa El-Nino menyebabkan kebakaran hutan secara semula jadi
- Pembakaran hutan membekalkan banyak partikel-partikel terampai seperti habuk, jelaga, asap dan wasap yang boleh menyebabkan fenomena jerebu
- Contohnya pembakaran hutan secara semula jadi akibat kemarau yang berpanjangan kesan fenomena El-Nino di Sumatera telah mengakibatkan fenomena jerebuu melanda sebahagian besar Negara-negara di Asia Tenggara pada tahun 1998.
El-Nino menyebabkan udara kering
- Udara yang kering akan menggalakkan permukaan tanah berdebu
- Udara yang kering juga menyebabkan habuk dan debu tanah yang ditiup angin akan akan terampai dalam jangka masa yang lebih lama di atmosfera. Ini menyebabkan kejadian jerebu berpanjangan
El-Nino menyebabkan kejadian kemarau dalam jangka masa yang panjang
- Kekurangan hujan semasa El-Nino menyebabkan habuk, debu dan jelaga akan terampai dalam jangka masa yang lebih lama. Biasanya masalah jerebu akan berkurangan apabila hujan bertindak memendapkan partikel-partikel terampai ke permukaan bumi. Ini menyebabkan masalah jerebu sukar dipulihkan secara semula jadi.
No comments:
Post a Comment