1(a) Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan bentuk gunung berapi berbeza. [6]
i) Jenis lava. Lava bes merupakan lava yang lebih cair dan lambat membeku menyebabkan ia dapat mengalir jauh sebelum membeku. Ini menyebabkan gunung berapi yang terbentuk adalah lebih rendah dan lebih landai. Manakala lava asid yang lebih likat dan cepat membeku akan membentuk kon gunung berapi yang lebih tinggi dan bercerun curam.
ii) Struktur retakan. Letusan gunung berapi di kawasan kerak bumi yang mempunyai beberapa siri retakan akan membentuk dataran tinggi.
iii) Jenis letusan. Kekuatan dan kekerapan letusan
Letusan yang senyap dan berterusan akan mewujudkan gunung berapi yang sekata. Bagi letusan yang kuat, lohong gunung berapi akan musnah dan mewujudkan kawah yang besar.
iv) Struktur lohong dan rekahan sisi. Sekiranya terdapat lohong yang banyak termasuk rekahan sisi gunung berapi maka magma akan keluar melalui pelbagai arah. Akibatnya kon komposit akan terbentuk.
v) Kuantiti bahan yang dikeluarkan. Saiz sesebuah gunung berapi amat bergantung kepada kuantiti bahan yang dikeluarkan. Sekiranya kuantiti lava dan bahan piroklastik yang dikeluarkan banyak maka gunung berapi yang terbentuk lebih besar dan landai. manakala sekira kuantiti bahan yang dikeluarkan sedikit maka bentuk gunung berapi yang terbentuk lebih kecil dan curam.
vi) Tindakan agen gondolan seperti hakisan dan luluhawa. Hakisan yang berterusan ke atas cerun-cerun gunung berapi akan meruntuhkan cerun-cerun tersebut. Magma yang keras akan terdedah di puncak gunung berapi sebagai palam gunung berapi.
(b) Huraikan bagaimana aktiviti gunung berapi boleh menjejaskan kesihatan penduduk sekitar. [3]
Aktiviti letusan gunung berapi akan memuntahkan debu halus yang terampai di atmosfera dengan sangat banyak. Habuk dan debu gunung berapi yang disedut masuk melalui pernafasan manusia akan melekat pada paru-paru. Habuk dan debu seni ini akan mengganggu tugas paru-paru menyerap oksigen. Dalam kes yang lebih teruk, paru-paru mungkin akan terluka sehingga menyebabkan penyakit paru-paru berair.
(c) Mengapakah kawasan gunung berapi masih menjadi tumpuan penduduk? [6]
i) Tanah yang subur untuk dijadikan kawasan pertanian menggalakkan tumpuan penduduk untuk terutamanya di kawasan gunung berapi lava bes untuk penanaman padi. Contohnya kawasan cerun gunung berapi di Pulau Jawa, Indonesia, Pulau Luzon di Filipina dan di Pulau Honshu di Jepun.
ii) Pembentukan tasik kawah atau kaldera menjadi kawasan yang menarik untuk dimajukan sebagai kawasan pelancongan. Keadaan ini menyebabkan kawasan gunung berapi telah menjadi tumpuan penduduk kerana pelbagai kegiatan ekonomi sampingan seperti menjual hasil kraftangan, penyediaan chalet dan perniagaan runcit dan restoran dapat dimajukan.
iii) Tasik kawah atau kaldera juga kaya dengan pelbagai spesies ikan air tawar seperti ikan toman, haruan, sebarau dan lain-lain telah menarik penduduk bertumpu di sini untuk bekerja sebagai ikan air tawar.

9 comments:
Cg kito tuu
Terima kasih cikgu
Thank for sharing
Sama2
Welcome
bende ah
Terima kasih cg Sangat membantuπππππ
terima kasih cikgu
tq
Post a Comment