Terangkan mekanisme kejadian air terjun, tasik ladam dan delta. [10 markah]
Air Terjun
Terdapat di peringkat hulu sungai.
Dasar sungai yang curam menggalakkan hakisan jenis menegak dan hidraul
Faktor geologi seperti struktur batuan yang berselang seli secara mendatar antara keras dan lembut.
Kadar hakisan tinggi di bahagian betu lembut.
Bentuk muka bumi air terjun dapat dilihat melalui gambar rajah di bawah :
Air terjun
Tasik Ladam
· Terbentuk di peringkat hilir sungai di bahagian likuan sungai.
· Kedua-dua proses hakisan dan pemendapan berlaku serentak.
· Hakisan cara hidraul giat di tebing bahagian luar likuan sungai.
· Pemendapan pula berlaku di bahagian dalam likuan sungai.
· Proses hakisan yang berlanjutan menyambung dua bahagian likuan yang mengalami hakisan.
· Bahagian asal likuan dalam akan termendap.
· Bentuk muka bumi Tasik Ladam dapat dilihat seperti gambar rajah di bawah.
Tasik Ladam
Delta
· Terbentuk di Peringkat hilir sungai pada bahagian kuala sungai
· Dasar sungai yang terlalu cetek menyebabkan air sungai kehilangan tenaga kinetik.
· Air mengalir tidak berupaya mengangkut muatan lalu berlaku pemendapan.
· Gambar rajah delta dapat dilihat seperti yang ditunjukkan di bawah.
Delta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Cik boleh + gambar x?
Maaf sekarang ni kami x sempat nak update
Maaf, boleh tak bagi penerangan maksud mekanisme untuk geografi?
Mekanisme dalam Geografi bermaksud proses pembentukan
Maaf,bagaimanakah cara supya pembentukan tasik ladam tu blh diperceptkn oleh manusia?mohon penjelasan..
Kegiatan manusia meluruskan sungai Di peringkat hilir dengan meminta liku sungai boleh mempercepatkan pembentukan tasik ladam
Post a Comment