Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh Penting

  • Mac, 21 - Hari Hutan Sedunia
  • Mac, 22 - Hari Air Sedunia
  • Mac, 23 - Hari Meteorologi Sedunia
  • April, 22 - Hari Bumi
  • Jun, 05 - Hari Alam Sekitar Sedunia
  • Okt., 08 - Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semula Jadi
  • Okt., 22-27 : Minggu Alam Sekitar Malaysia

http://img1.blogblog.com/img/icon18_wrench_allbkg.png

Tuesday, February 8, 2011

Kuliah

HUJAN ASID

Konsep Hujan Asid

Air hujan yang mengandungi tahap keasidan yang tinggi(pH kurang dari 5) seperti air hujan yang mengandungi asid sulfurik dan asid nitrik.

Punca-Punca Yang Menggalakkan Fenomena Hujan Asid.

i. Aktiviti perindustrian

Aktiviti perindustrian merupakan punca utama yang banyak membebaskan bahan-bahan pencemaran ke udara seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulphur dioksida, hidrokarbon-hidrokarbon dan sebagainya.

ii. Aktiviti kenderaan bermotor

Kenderaan bermotor yang menggunakan bahan api fossil sebagai bahan bakarnya seperti penggunaan petrol tanpa plumbum. Pembakaran yang tidak lengkap oleh system enjin menyebabkan banyak gas-gas pencemar terbebas ke udara.

iii. Aktiviti Stesen Jana Kuasa Elektrik

Stesen jana kuasa elektrik yang menggunakan bahan bakar konvensional seperti arang batu, petroleum dan gas asli yang juga banyak membebaskan pencemar ke udara.

iv. Punca Semulajadi

Letusan gunung berapi yang mengeluarkan gas-gas sulfur dalam kuantiti yang banyak untuk menghasilkan asid sulfurik seperti dalam kes gunung berapi Pinatubo di Filipina.

Kesan Fenomena Hujan Asid Ke Atas Alam Sekitar

i. Memusnahkan Ekosistem Hutan

hujan asid menyebabkan wujudnya fenomena dedaun pokok keguguran dan meninggalkan hutan berangka. Kerosakan rantaian makanan pengeluar-pengguna-pengurai, kemusnahan habitat dan kepelbagaian spesies fauna dan flora.

ii. Kerosakan Ekologi Air(Akuatik)

Hujan asid menyebabkab nilai keasidan air laut, sungai, tasik, paya meningkat dan akan mematikan plankton serta tumbuhan air yang selama ini menjadi habitat pelindung kepada hidupan air. Mengurangkan bekalan makanan hidupan air/menjejaskan ekosistem akuatik.

iii. Meningkatkan Keasidan Tanah.

Tahap keasidan tanah yang tinggi akan menyebabkan tanah menjadi kurang subur dan ini menjejaskan produktiviti pertanian khususnya pengeluaran hasil tanaman makanan.

iv. Kerosakan Harta Benda

kerosakan harta benda seperti kelunturan warna bangunan, warna kereta, mempercepatkan proses pengaratan besi seperti di bangunan tinggi, di jambatan dan sebagainya yang memerlukan kos yang besar untuk membaik-pulih.

v. Gangguan Kesihatan

Hujan asid menyebabkan gangguan kesihatan kepada manusia seperti penyakit kulit, kerosakan tisu badan manusia yang menggunakan bekalan air dari sungai, tasik, kolam dan empangan yang terdedah kepada hujan asid.

No comments: