Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh Penting

  • Mac, 21 - Hari Hutan Sedunia
  • Mac, 22 - Hari Air Sedunia
  • Mac, 23 - Hari Meteorologi Sedunia
  • April, 22 - Hari Bumi
  • Jun, 05 - Hari Alam Sekitar Sedunia
  • Okt., 08 - Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semula Jadi
  • Okt., 22-27 : Minggu Alam Sekitar Malaysia

http://img1.blogblog.com/img/icon18_wrench_allbkg.png

Tuesday, February 8, 2011

PERUBAHAN IKLIM (Kuliah Kali: )

Konsep Perubahan Iklim

Perubahan iklim merujuk kepada pemanasan global yang berkaitan dengan kenaikan suhu dunia.. Peningkatan suhu ini berlaku di semua skala mikro atau makro. Dari sudut imbangan haba, fenomena pemanasan global bermakna wujudnya ketidakseimbangan dalam bajet haba bumi-matahari. Input haba yang terpaksa diterima oleh bumi berlebihan berbanding dengan output haba yang dikeluarkannya.

PENIPISAN OZON

Konsep Penipisan Ozon

Terputusnya ikatan kovalen 3 atom oksigen yang slama ini membentuk lapisan ozon akibat serangan kloroflorokarbon di lapisan stratosfera.

Proses Penipisan Ozon

Penipisan lapisan ozon berlaku di ruang stratosfera. Proses ini melibatkan pemusnahan ikatan kovalen 3 atom oksigen yang membentuk lapisan ozon oleh CFC dan halon yang dibebaskan daripada industri dan pengguna.CFC mudah bertindakbalas dengan atom oksigen dalam ozon membentuk klorin monoksida (ClO). Ikatan kovalen ClO akan putus apabila terima sinar lembayung (UV) matahari dan akan membebaskan atom klorin yang akan menyerang atom oksgen yang lain. Proses yang berterusan akan menyebabkan lapisan ozon makin nipis dan seterusnya meningkatkan kemasukan bahangan matahari ke ruang atmosfera bumi.

Kloroflorokarbon dalam bentuk cecair digunakan sebagai bahan pencuci minyak dan gris dalam peralatan elektronik , elektrik, mikrocip dalam computer dan pelbagai jenis logam dan juga pencuci peralatan perubatan.

Punca-Punca Penipisan Ozon

i. Kegiatan perindustrian

Industri pencuci atau pelarut - Kloroflorokarbon dalam bentuk cecair digunakan sebagai bahan pencuci minyak dan gris dalam peralatan elektronik, elektrik, mikrocip dalam computer dan pelbagai jenis logam dan juga pencuci peralatan perubatan

ii. Penggunaan pendingin udara.

Pendingin udara digunakan di rumah, pejabat dan di dalam kenderaan membebaskan gas CFC apabila berlaku kebocoran peralatan dan peringkat servis dan penyelengaraan peralatan. Atom klorin yang dibebaskan oleh CFC akan bertindakbalas dengan molekul ozon sehingga akhirnya ozon menipis dan akhirnya berlubang.

iii. Penggunaan foam

Penggunaan foam di dalam peralatan seperti kusyen, tilam, mesin pembasuh dan peralatan pencukuran. Pengeluaran CFC berlaku di peringkat pembuatan, penggunaan dan pembuangan.

iv. Penggunaan aerosol atau propellan.

CFC dikeluarkan semasa penyemburan pewangi, racun serangga, kosmetik, semburan cat dan lain-lain.

v. Pembebasan gas daripada kendearaan bermotor.

Akibat pembakaran bahan api fosil yang tidak sempurna di dalam system enjinnya telah membebaskan gas karbon monoksida yang boleh menipiskan lapisan ozon.

vi. Ujian nuclear dan pelancaran roket

Ujian nuklear dan pelancaran roket mengakibatkan lapisan ozon semakin menipis. Di kawasan Kutub Selatan lapisan ozon bukan sahaja menipis tetapi telah berlaku kebocoran sehingga terbentuk lubang-lubang ozon.

Kesan Penipisan Lapisan Ozon

Keatas Alam Sekitar

i. Pemanasan Global.

Akibat daripada penipisan lapisan ozon menyebabkan berlaku peningkatan suhu secara global. Penipisna ozon menyebabkan sinaran matahari memasuki permukaan bumi dengan kadar yang tinggi. Ini menyebabkan suhu persekitaran menjadi semakin panas.

ii. Pencairan ais di kutub dan ais pergunungan.

Kewujudan lubang ozon di benua Antartika telah menyebabkan litupan ais mencair di kawasan tersebut kerana pancaran matahari khususnya pancaran UV diterima di permukaan ais tanpa halangan. Dalam jangka masa panjang cairan ais akan meningkatkan isipadu air laut dan seterusnya mengakibatkan penenggelaman pulau-pulau kecil dipersekitaran.

iii. Peningkatan kadar luluhawa.

Peningkatan suhu menyebabkan tindakan luluhawa terutama luluhawa fiziakal semakin giat. Pemanasan suhu telah mempercepatkan proses pemanasan batuan. Batuan cepat mengembang dan seterusnya memeudahkan berlakunya penyepaian fizikal

iv. Saiz gurun semakin meningkat.

Penipisan ozon menyebabkan kawasan gurun panas menjadi semakin panas kontang dan gersang. Ini akan mempercepatkan hakisan layangan angina menghakis damn mengamngkut bahan batuan yang sudah tersepai, lama kelamaan kawsaan gurun tersebut semakin luas.

v. Simpanan air tanah semakin berkurangan.

Akibat daripada perningkatan suhu simpanan air tanah akan berkurangan. Paras mata air di dalam tanah akan menurun. Sistem akuifer kehabisan sumber air dan akhirnya kawasan tadahan sudah tidak berfungsi.

vi. Kejadian jerebu.

Peningkatan suhu akan mempercepatkan proses sejatan dan kehilangan wap air di dalam atmosfera. Udara menjadi kering dan ini akan menggalakan pembentukan jerebu apabila partikulat-partikulat terampai seperti debu, habuk, asap dan lain-lain memenuhi ruang udara tersebut.

Kesan Penipisan Ozon Ke Atas Manusia

i. Kanser kulit

Penipisan ozon menyebabkan menyebabkan penyakit barah kulit serta kulit yang cepat kedut dan kelihatan tua. Ini disebabkan oleh kemasukan sinaran ultra ungu yang berlebihan ke permukaan bumi.

ii. Katarak mata

Penipisan ozon juga membawa kepada masalah katarak mata akibat daripada sinaran UV yang berlebihan.

iii. Kerosakan sel mikroorganisma haiwan dan tumbuhan

Peningkatan kemasukan sinaran ultra ungu menyebabkan kerosakan sel dan mikroorganisma pada binatang dan tumbuhan. Keadaaan ini akan menyebabkan lama kelamaan binatang dan tumbuhan tidak boleh hidup dan membesar dengan baik. Akhirnya binatang dan tumbuhan akan mati dan pupus.

iv. Menjejaskan proses fotosintesis

Penipisan ozon boleh mengganggu proses fotosintesis terhadap fitoplankton dan tumbuhan di dalam ekosistem laut dan daratan. Gangguan ini menyebabakan proses fotosintesis tidak dapat berjalan dan ini menyebabkan tumbuhan tidak boleh membuat makanan sendiri. Lama kelamaan tumbuhan akan mati dan ini memberi kesan kepada ekosistem bumi seluruhnya.

No comments: