Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh Penting

  • Mac, 21 - Hari Hutan Sedunia
  • Mac, 22 - Hari Air Sedunia
  • Mac, 23 - Hari Meteorologi Sedunia
  • April, 22 - Hari Bumi
  • Jun, 05 - Hari Alam Sekitar Sedunia
  • Okt., 08 - Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semula Jadi
  • Okt., 22-27 : Minggu Alam Sekitar Malaysia

http://img1.blogblog.com/img/icon18_wrench_allbkg.png

Sunday, May 20, 2007

Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat

Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat

  1. Kesalahan dari segi penggunaan kata sering berlaku kerana kesalahan ejaan.
  2. Para pelajar sering melakukan kesalahan kerana keliru dan tidak pasti menggunakan perkataan-perkataan tersebut.
  3. Hal ini demikian kerana dalam Bahasa Melayu terdapat beberapa perkataan yang mempunyai ejaan yang serupa tetapi membawa makna yang berbeza.
  4. Pelajar perlu selalu merujuk kepada kamus dan banyak membaca bagi mengatasi kelemahan dari segi penggunaan kata.


Perkataan dan Huraiannya dan Penggunaan yang Betul dan Salah
Adakah dan Apakah
1. Kata tanya apakah digunakan untuk memperolehi jawapan tentang nama, binatang, benda dan keterangan tentang sesuatu.
2. Manakala kata tanya adakah pula digunakan untuk memperolehi jawapan ya atau tidak.
Betul
a) Adakah dia pergi ke sekolah ?
b) Apakah nama bunga yang terbesar di dunia ?

Salah
a) Apakah dia pergi ke sekolah ?
b) Adakah nama bunga yang terbesar di dunia ?

Banyak dan Ramai
1. Banyak digunakan untuk menunjukkan jumlah atau bilangan sama ada untuk manusia, benda ataupun binatang.
2. Ramai pula adalah untuk menunjukkan keadaan atau suasana seperti sibuk, riuh-rendah, huru-hara, dan sebagainya.
Betul
a) Banyak pelajar terlibat dalam aktiviti perkhemahan itu.
b) Suasana di pasar raya itu riuh-rendah kerana ramai pembeli sibuk memilih barangan.

Salah
a) Ramai pelajar terlibat dalam aktiviti perkhemahan itu.
b) Suasana di pasar raya itu riuh-rendah kerana banyak pembeli sibuk memilih barangan.
Bena dan Bina
1. Bena membawa maksud endah, hirau, peduli.
2. Manakala bina pula membawa maksud dibina yakni didirikan.
Betul
a) Rumah untuk mangsa-mangsa kebakaran itu akan dibina secepat mungkin.
b) Dia buat bena tidak bena terhadap pengemis yang menghampirinya.

Salah
a) Rumah untuk mangsa-mangsa kebakaran itu akan dibena secepat mungkin.
b) Dia buat bina tidak bina terhadap pengemis yang menghampirinya.
Perkataan dan Huraiannya
Penggunaan yang Betul dan Salah
Boleh dan Dapat
1. Boleh membawa maksud diizinkan.
2. Dapat pula bermaksud berupaya atau sanggup melakukan sesuatu.
Betul
a) Jambatan yang baru siap dibina itu sudah boleh dilalui.
b) Walaupun Fauzi baru berumur sepuluh tahun, tetapi dia sudah dapat menunggang motorsikal.

Salah
a) Jambatan yang baru siap dibina itu sudah dapat dilalui.
b) Walaupun Fauzi baru berumur sepuluh tahun, tetapi dia sudah boleh menunggang motorsikal.

No comments: