Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh Penting

  • Mac, 21 - Hari Hutan Sedunia
  • Mac, 22 - Hari Air Sedunia
  • Mac, 23 - Hari Meteorologi Sedunia
  • April, 22 - Hari Bumi
  • Jun, 05 - Hari Alam Sekitar Sedunia
  • Okt., 08 - Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semula Jadi
  • Okt., 22-27 : Minggu Alam Sekitar Malaysia

http://img1.blogblog.com/img/icon18_wrench_allbkg.png

Tuesday, April 1, 2008

  • 1. Huraikan pemindahan wap secara mendatar. [5 markah]
    Pemindahan wap secara mendatar merupakan satu mekanisme yang berfungsi untuk menyeimbangkan kelembapan di atmosfera kerana wujudnya kawasan berlebihan dan kawasan yang berkurangan lembapan. Pemindahan wap secara mendatar berlaku di antara satu garis lintang ke satu garis lintang yang lain. Kawasan yang sering mengalami kelembapan atmosfera yang berlebihan adalah sekitar garisan khatulistiwa dan sekitar garis lintang 40o dan 60o U/S. Manakala kawasan yang berkurangan lembapan di atmosfera adalah di kawasan 20o dan 40o U/S dan 60o U/S hingga ke kutub utara dan kutub selatan.

    2. Terangkan proses-proses menegak dalam kitaran hidrologi. [10 markah]
    Proses-proses menegak dalam kitaran hidrologi ialah :
    · Proses sejatan. Proses penukaran cecair kepada wap air (gas). Ia memerlukan tenaga haba dari pancaran matahari atau sinaran bumi.
    · Proses pemeluwapan. Apabila wap air sampai ke garis tepu, persekitaran yang sejuk menyebabkan wap air membebaskan haba pendam untuk membentuk titik-titik air lalu membentuk awan.
    · Proses kerpasan. Dari awan pelbagai bentuk kerpasan turun seperti hujan, hujan batu dan salji.
    · Proses infiltrasi. Keupayaan air masuk ke dalam lapisan tanah membentuk air bawah tanah.
    · Proses transpirasi. Daun-daun litupan bumi hilang air dalam bentuk wap air dari stoma daun. Jumlah kehilangan air turut dipengaruhi oleh suhu udara.

    3. Jelaskan lima proses menegak dalam kitaran hidrologi. [10 markah]
    Lima proses menegak dalam kitaran hidrologi ialah :
    · Sejatan
    · Sejat peluhan
    · Kerpasan
    · Aliran Batang
    · Resapan
    · Pemejalwapan (Sublimasi)

    4. Apakah yang dimaksudkan dengan kerpasan [5 markah] STPM 2006
    Kerpasan bermaksud lembapan yang terdapat di atmosfera terpeluwap dan jatuh ke permukaan bumi dalam pelbagai bentuk seperti pepejal (salji, hujan batu dan hujan beku) dan cecair (hujan dan embun). Kesemua bentuk kerpasan ini turun ke permukaan bumi dalam intensiti yang berbeza. Pembentukan kerpasan apabila awan yang menampung titik air tidak mampu lagi untuk menampung jumlah air yang semakin bertambah. Keadaan ini dinamakan sebagai lampau-tepu.

    5. Terangkan proses yang terjadi kepada air hujan semasa jatuh ke permukaan tanah. [5 markah]
    Proses yang terjadi semasa air hujan jatuh ke permukaan tanah :
    · Titisan hujan yang jatuh ke permukaan tanah dianggap sebagai satu pukulan kecil ke atas tanah.
    · Pukulan air yang dihasilkan oleh tenaga keupayaan dan kinetik ini akan memecahkan tanah kepada partikel yang lebih kecil. Partikel ini kemudiannya mengalir sebagai aliran lumpur.
    · Aliran lumpur akan menutup liang tanah di bahagian permukaan menyebabkan titisan hujan tidak boleh menyusup masuk.
    · Air yang tidak menyusup masuk akan bergerak mengikut graviti sebagai air larian permukaan.
    7. Apakah yang ditakrifkan dengan larian air permukaan ? [5 markah]
    Larian air permukaan ditakrifkan sebagai air yang mengalir di permukaan bumi daripada hujan atau kerpasan lain seperti pencairan hujan batu dan salji. Ia merupakan baki dari jumlah air yang telah menyusup ke dalam lapisan tanah.

    6. Bincangkan faktor yang mempengaruhi kadar resapan air ke dalam tanih. [10 markah]
    Faktor yang mempengaruhi kadar resapan air ke dalam tanih :
    · Intensiti hujan – jika hujan lebih rendah, maka lebih banyak hujan akan meresap masuk ke dalam tanah.
    · Struktur batuan permukaan tanah – tanah yang mengandungi batuan keras dan tidak berongga lebih sukar untuk dimasuki air berbanding dengan batuan yang mudah terlerai dan mempunyai rekahan.
    · Keporosan tanah – tanah liat mempunyai ruang rongga yang banyak – iaitu sangat poros. Namun tidak telap air disebabkan ronganya yang kecil dan halus dan ini menyukarkan pengaliran air masuk.
    · Litupan permukaan – permukaan tanih yang dilitupi tumbuhan mengalami kadar resapan yang lebih tinggi daripada kawasan yang tidak dilitupi tumbuhan.
    · Profil tanih – tanih yang dilapisi lapisan keras atau granit lebih sukar untuk dimasuki air berbanding dengan profil tanah yang bergranul atau berpasir.

    7. Bagaimanakah faktor tanih mempengaruhi kadar keporosan dan ketelapan air yang masuk ke dalam tanih ? [10 markah]
    Rangka Jawapan
    Faktor tanih mempengaruhi kadar keporosan dan ketelapan air :
    · Bentuk susunan partikel bahan batuan / tanah
    · Susunan partikel dalam tekstur batuan / tanah
    · Darjah penyimenan atau pemadatan sesuatu tekstur batuan / tanah
    · Saiz tekstur batuan / tanah
    · Bahan batuan

    10. Terangkan bagaimana aktiviti manusia boleh mempengaruhi jumlah air bawah tanah di sesuatu kawasan. [10 markah]
    Rangka Jawapan
    Aktiviti manusia yang boleh mempengaruhi jumlah air bawah tanah di sesuatu kawasan :
    · Menggali perigi menyebabkan air bawah tanah menyusut
    · Membina parit di kawasan pertanian menyebabkan air di bawah tanah berkurangan
    · Menutup permukaan tanah dengan bahan berturap atau simen menyebabkan air tidak boleh menyusup ke dalam tanih dan mengurangkan kuantiti air dalam tanih
    · Pengepaman air yang berlebihan boleh mengurangkan kandungan air bawah tanah
    · Pembalakan menyebabkan kandungan air bawah tanah berkurangan

    11. Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar infiltrasi di sesuatu kawasan. [10 markah]
    Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar infiltrasi atau penyusupan air ke dalam lapisan tanah di sesuatu kawasan ialah :
    · Litupan bumi. Kawasan yang padat dengan litupan bumi kadar infiltrasinya tinggi kerana proses intersepsi tumbuhan banyak. Kawasan yang kurang litupan bumi, kadar infiltrasi rendah kerana proses intersepsi rendah.
    · Urbanisasi. Kadar turapan yang tinggi di bandar seperti permukaan yang di simen atau tar merendahkan kadar infiltrasi. Kadar turapan yang rendah meningkatkan kadar infiltrasi.
    · Iklim. Pada musim tengkujuh, jumlah penerimaan hujan yang banyak meningkatkan kadar infiltrasi. Pada musim kemarau, jumlah penerimaan hujan yang rendah mengurangkan kadar infiltrasi.
    · Intensiti hujan. Pada masa hujan lebat yang turun pada waktu yang singkat, kadar infiltrasi atau kadar penyusupan rendah kerana kebanyakan akan mengalir sebagai air larian permukaan. Pada masa hujan renyai, kadar penyusupan lebih tinggi kerana kebanyakan air akan menyusup masuk ke dalam lapisan tanah.
    · Jenis lapisan tanah. Tanah jenis pasir atau tanah gembur, kadar penyusupan lebih tinggi kerana butiran tanah yang besar mempunyai banyak ruang. Tanah jenis tanah liat, kadar penyusupan rendah kerana butiran tanah yang rapat dan kecil menakung air.

    12. Apakah yang dimaksudkan dengan sejat peluhan ? [5 markah]
    Istilah sejat peluhan bermaksud satu proses kehilangan air ke atmosfera melalui proses transpirasi dari litupan bumi dan proses sejatan dari permukaan tanih.

    13. Terangkan faktor yang mempengaruhi proses sejat peluhan. [10 markah]
    Faktor yang mempengaruhi proses sejat peluhan ialah :
    · Suhu
    · Kelembapan udara
    · Kadar tiupan angin
    · Faktor albedo
    · Sifat kualiti dan kuantiti air

    14. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi aliran air permukaan bumi. [8 markah]
    Aliran air permukaan bumi merupakan aliran air yang berlaku di muka bumi secara menyeluruh tanpa saluran-saluran tertentu. Ia mungkin terbentuk apabila air larian melebihi kadar resapan tanah. Faktor-faktor yang mempengaruhi aliran air permukaan bumi adalah seperti berikut :
    1) Keporosan dan ketelapan batuan. Sekiranya kadar keporosan batuan/tanih adalah tinggi, maka aliran air permukaan adalah kurang kerana sebahagian air sudah diresap sebagai aliran air bawah tanah. Manakala tanah yang mempunyai kadar ketelapan yang rendah akan mewujudkan aliran air yang banyak.
    2) Faktor tumbuh-tumbuhan. Kawasan yang banyak tumbuh-tumbuhan akan mempunyai kadar resapan yang lebih tinggi kerana akar tumbuhan akan menajdikan tanah lebih poros. Jadi kawasan hutan tropika mempunyai aliran air permukaan yang rendh berbanding kawasan lapang.
    3) Ciri-ciri batuan. Kawasan yang mempunyai batuan yang banyak rekahan akan mempunyai kadar resapan yang tinggi berbanding dengan kawasan berbatuan licin atau kurang rekahan. Maka aliran air permukaan adalah rendah bagi kawasan yang mempunyai banyak rekahan.
    4) Kandungan air di dalam tanah. Di kawasan tanah yang lembap, kadar repan lebih rendah berbanding kawasan yang kontang. Jika hujan di kawasan tanah yang lembap maka larian air permukaan adalah banyak. Jika hujan telah berlaku beberapa hari tanih telah tertepu dengan air, aliran air akan menjadi lebih tinggi.
    5) Kandungan tanih. Tanih yang mengandungi banyak butir-butir kasar mempunyai kadar resapan yang tinggi, larian air permukaan menjadi kurang. Sebaliknya, tanih berbutir halus seperti tanih liat akan mempunyai larian air permukaan tinggi kerana air hujan tidak mudah meresap ke dalamnya.

    15. Huraikan secara ringkas tentang proses pemeluwapan. [5 markah]
    Proses pemeluwapan terbentuk apabila wap air yang terhasil dari proses sejatan berada dalam udara. Perkembangan udara secara adiabatik menyebabkan berlakunya perolakan udara ke peringkat yang lebih tinggi. Apabila sampai ke tahap garis tepu, wap air akan tertarik oleh nukleus higroskopik lalu membentuk titik-titik air. Dalam proses ini, haba pendam dibebaskan. Titik-titik air akan membentuk awan.

    16. Huraikan peranan tumbuhan dalam proses kitaran hidrologi. [8 markah]
    Peranan tumbuhan dalam proses kitaran hidrologi ialah :
    · Proses intersepsi. Proses pintasan litupan bumi terhadap titisan air hujan yang turun ke bumi melalui proses kerpasan. Litupan bumi yang tebal dapat memperlahankan air hujan yang turun.
    · Proses infiltrasi. Kadar infiltrasi dipengaruhi oleh ketebalan litupan bumi. Litupan bumi yang padat menggalakkan proses infiltrasi dan sebaliknya.
    · Proses larian air permukaan. Kadar larian air permukaan bumi turut dipengaruhi oleh ketebalan bumi. Semakin jarang litupan bumi jumlah larian air permukaan bertambah dan sebaliknya.
    · Proses transpirasi. Litupan bumi mempengaruhi kelembapan udara dengan pembebasan air dari stoma daun. Pada hari panas, kadar proses transpirasi tinggi berbanding hari yang sejuk.

    17. Huraikan bagaimana aktiviti manusia boleh mempengaruhi proses-proses hidrologi. [10 markah]
    Aktiviti-aktiviti manusia yang boleh mempengaruhi proses-proses hidrologi ialah :
    · Pembalakan
    - Proses infiltrasi dan transpirasi berkurangan
    - Proses larian air permukaan bertambah
    · Pertanian Pindah
    - Proses infiltrasi dan transpirasi berkurangan
    - Proses larian air permukaan bertambah
    · Urbanisasi
    - Proses infiltrasi dan transpirasi berkurangan
    - Proses larian air permukaan bertambah
    · Penanaman Semula
    - Proses infiltrasi dan transpirasi berkurangan
    - Proses larian air permukaan bertambah
    · Pembinaan Empangan
    - Takungan air menghasilkan kejadian tasik
    - Proses sejatan dan kerpasan bertambah

    18. Bincangkan bagaimana kegiatan ekonomi manusia boleh menyebabkan pencemaran sumber air.
    [10 markah]
    Pelbagai jenis kegiatan manusia boleh mencemarkan sumber air seperti sungai, laut, tasik , kolam dan air bawah tanah seperti berikut :
    · Industri perkilangan. Pembuangan bahan kimia bertoksik seperti logam berat.
    · Perniagaan. Pembuangan sampah sarap dan sisa-sisa makanan dari penjaja makanan atau restoran.
    · Pertanian. Penggunaan racun serangga, makhluk perosak dan baja kimia mencemarkan.
    · Penternakan. Ternakan ayam-itik dan khinzir mengeluarkan najis. Ia menggalakkan pembiakan bakteria berbahaya.
    · Perlombongan. Melombong tanah dan galian memendapkan banyak sedimen dalam dasar sungai dan tasik. Hidupan akuatik terjejas.

    19. Jelaskan bagaimana manusia boleh mengganggu kitaran hidrologi. [13 markah]
    Aktiviti manusia yang boleh mengganggu kitaran hidrologi :
    · Aktiviti penebangan hutan menyebabkan air larian lebih mudah berlaku berbanding penyusupan air. Ini kerana lantai hutan terdedah secara langsung kepada hujan.
    · Aktiviti pembandaran melalui pembinaan bangunan dan jalan raya menyebabkan air larian lebih mudah berlaku.
    · Pembinaan empangan menyebabkan lebih banyak air tersejat dan lebih mudah hujan terbentuk.
    · Penebusgunaan kawasan paya yang luas menyebabkan air larian lebih mudah terjadi.
    · Aktiviti pembakaran secara besar-besaran menyebabkan suhu sekitaran meningkat dan kejadian hujan berkurangan.

    20. Jelaskan bagaimana gangguan terhadap kitaran air boleh mempengaruhi aktiviti pertanian dalam jangka masa panjang. [8 markah]
    Rangka Jawapan
    Gangguan terhadap kitar air ialah :
    · Kemarau
    - Bekalan air ke kawasan pertanian akan terjejas
    - Sumber air bawah tanah akan terjejas
    - Pokok akan mati
    - Kebakaran ladang
    · Banjir
    - kawasan ikan dalam sangkar akan rosak
    - sistem perhubungan terjejas
    - kawasan pertanian ditenggelami air
    - kemungkinan tanah runtuh

    21. Huraikan bagaimana gangguan terhadap kitaran air boleh mempengaruhi aktiviti manusia. [8 markah]
    Bila jumlah air (kerpasan) yang diterima oleh bumi dan atmosfera tidak sama banyak dengan jumlah air yang mengalami sejat peluhan, jumlah air yang disimpan dalam tanih dan air larian permukaan. Maka wujud ketidakseimbangan air dalam kitar air. Ketidakseimbangan air positif air berlebihan akan mewujudkan banjir. Sementara ketidakseimbangan air negatif atau berkurangan akan mewujudkan kemarau. Kesan banjir kepada aktiviti manusia termasuklah sektor industri, rekreasi, pertanian, pengangkutan dan perniagaan.
    Kejadian banjir di sesuatu kawasan pertanian sudah tentu akan menjejaskan aktiviti pertanian atau penternakan.
  • Banjir juga akan memusnahkan atau mengganggu kelancaran sistem pengangkutan serta memutuskan hubungan dengan kawasan lain.
  • Banjir juga akan menjejaskan sektor perniagaan dan tempat rekreasi
  • Sementara kesan air berkurangan atau kemarau juga memberi kesan kepada aktiviti manusia seperti kerugian kepada sektor pertanian dan akuakultur.
  • Sektor rekreasi terutamanya pusat pelancongan akan kehilangan pelancong sekiranya bekalan air bersih terjejas.
    Sesetengah sektor industri berkemungkinan terpaksa tutup operasi sekiranya tidak mendapat bekalan air bersih yang mencukupi.
  • Kemarau akan menyebabkan kekurangan air untuk kegunaan harian, terpaksa menjalankan catuan air dan menyebabkan suhu persekitaran yang lebih kering serta kepanasan.

    22. Terangkan bagaimana kitaran hidrologi berfungsi sebagai imbangan air. [7 markah]
    Kitaran hidrologi berfungsi sebagai imbangan air :
    · Imbangan air, iaitu satu rumus yang menyatakan bahawa hujan yang turun bersamaan dengan sejat peluhan, perubahan tambahan atau kehilangan bersih air dalam sistem serta air larian.
    · Kitar hidrologi berfungsi sebagai imbangan air. Air yang turun dalam bentuk kerpasan akan jatuh ke bumi. Sebahagiannya akan mengalir sebagai air larian manakala sebahagiannya akan masuk ke tanah dan mengalir semula ke sungai.
    · Air yang terkumpul semula di sungai akan mengalir masuk ke laut. Di laut, air akan tersejat. Di dalam kitaran hidrologi, pusingan air yang jatuh ke bumi dan disejatkan kembali ke atmosfera adalah pada kadar yang sama kuantitinya. Namun begitu, mungkin juga dalam keadaan-keadaan tertentu, air akan hilang dalam jumlah yang sedikit akibat dari penggunaan tenaga oleh tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

    23. Apakah yang dimaksudkan dengan air tanah ? [5 markah]
    Air tanah merujuk kepada air hujan yang turun di mana sebahagiannya akan masuk ke dalam tanih sebagai air bawah tanah. Air tanih pada dasarnya tidak tetap. Ia mengikut daya graviti serta tarikan tenaga kapilari yang terdapat di antara kumin tanih. Dalam konteks ini, edaran air tanih ialah semua air yang terdapat di permukaan bahawa tanah dalam zon pengudaraan, iaitu zon di atas aras mata air.

    24. Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi aras air bawah tanah ? [10 markah]
    Rangka jawapan
    Faktor-faktor yang mempengaruhi aras air bawah tanah ialah :
    · Litupan bumi. Kepadatan tumbuhan mempengaruhi proses intersepsi. Proses intersepsi(pintasan) mempengaruhi proses infiltrasi. Kadar infiltrasi mempengaruhi aras air bawah tanah.
    · Keamatan hujan. Hujan lebat menggalakkan proses air larian permukaan. Kadar air larian permukaan mengurangkan proses infiltrasi. Proses infiltrasi rendah menyebabkan aras air tanah berkurangan. Hujan yang tidak lebat iaitu bentuk renyai menggalakkan proses infiltrasi. Kadar infiltrasi yang tinggi menggalakkan pertambahan aras air bawah tanah.
    · Topografi. Kawasan tanah rendah dan bukit bukau mempunyai cerun yang tidak curam. Keadaan ini menggalakkan proses infiltrasi air. Kadar infiltrasi yang tinggi menggalakkan pertambahan aras air bawah tanah. Kawasan tanah tinggi yang bercerun curam dan menggalakkan air larian permukaan. Kadar air larian yang tinggi, tidak menggalakkan pertambahan air bawah tanah.
    · Iklim. Pada musim kemarau, kadar sejatan tinggi mengurangkan aras air tanah. Pada musim tengkujuh, penyusupan air ke dalam lapisan tanah banyak. Hal ini meningkatkan kadar air bawah tanah.
    · Kegiatan manusia. Penggunaan air bawah tanah untuk pelbagai kegiatan manusia seperti pertanian, perindustrian, domestik dan sebagainya mengurangkan aras air bawah tanah. Takungan air dalam empangan, kolam dan tasik akan meningkatkan air bawah tanah.
    Jawapan penuh
    Sila dapatkan dari guru anda
    25. Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan air ? [5 markah]
    Konsep imbangan air ialah imbangan jisim air yang diterima oleh permukaan bumi dengan kehilangan air dari permukaan bumi. Rumusan imbangan air ialah P= ET + ST + R di mana P ialah kerpasan, ET ialah sejatan dan sejat peluhan(transpirasi), ST ialah air yang menyusup atau disimpan dalam lapisan tanah dan R ialah air larian permukaan.

    26. Terangkan sebab-sebab berlakunya banjir. [10 markah]
    Banjir merupakan satu fenomena limpahan air ke kawasan rendah dari sungai akibat sungai tidak mampu menampung kuantiti air yang terlalu banyak untuk beberapa ketika dari beberapa jam hingga beberapa minggu. Kejadian banjir disebabkanoleh beberapa faktor. Antaranya ialah :
    1) Hujan lebat luar biasa.
  • 2) Pencairan salji.
  • 3) Eksploitasi manusia ke atas alam sekitar.
    4) Faktor tanah runtuh.
    5) Faktor empangan pecah.
  • 27. Jelaskan empat faktor yang membawa kepada perubahan imbangan air. [12 markah]
    Imbangan air dibentuk oleh beberapa pembolehubah hidrologi seperti kerpasan, sejatan, sejat peluhan, larian air dan simpanan air tanah. Oleh itu, apabila sesuatu pembolehubah berubah dengan mendadak, maka sudah tentu memberi kesan kepada keseluruhan imbangan air.
  • Faktor pertama yang memberi kesan kepada perubahan imbangan air ialah curahan hujan.
  • Faktor kedua yang membawa kepada perubahan imbangan air ialah proses sejatan dan sejat peluhan .
    Faktor ketiga yang membawa kepada perubahan imbangan air ialah tumbuh-tumbuhan.
    Faktor keempat yang membawa kepada perubahan imbangan air ialah aspek topografi.
  • 28. Apakah yang dimaksudkan dengan kurangan air ? [5 markah]
    Kurangan air bermaksud kadar kerpasan yang kurang berbanding dengan proses sejatan dan apabila berlaku dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan fenomena kurangan air yang melampau sehingga dikenali sebagai kemarau.

    29. Huraikan empat langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah kurangan air. [8 markah]
    Rangka Jawapan
    Empat langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah kurangan air ialah :
    · Melakukan usaha membuat hujan tiruan
    · Mengenakan catuan bekalan air domestik dan industri
    · Menjalankan kempen berjimat cermat semasa menggunakan air
    · Kitar semula air
    Jawapan Penuh
    Sila hubungi guru anda
    30. Jelaskan kesan-kesan fenomena kurangan air pada alam sekitar fizikal. [10 markah]
    Dampak terhadap alam sekitar fizikal akibat fenomena kurangan air ialah :
    · Maksud kurangan air atau air negatif ialah jumlah sejatan kurang daripada jumlah kerpasan. Keadaan ini akhirnya menyebabkan fenomena kemarau. Kemarau menyebabkan permukaan bumi kering kontang dan menggalakkan proses hakisan oleh angin. Butiran tanih dapat dilayangkan. Penurunan hujan sekali sekala pula dapat menggalakkan hakisan jenis percikan dan helaian serta pergerakan jisim.
    · Udara yang kering dan suhu yang tinggi menggalakkan berlakunya kebakaran hutan (yang merupakan litupan bumi). Kesannya berlaku peningkatan suhu mikro, pencemaran udara dan kadang-kadang berlaku fenomena jerebu.
    · Hujan yang berkurangan akan menyebabkan sistem saliran akan mengalami isipadu yang sedikit. Kelembapan udara turut menjadi rendah.
    · Fenomena kemarau juga akan mengancam kehidupan flora dan fauna daratan serta akuatik. Selain itu, ia turut menyebabkan kepupusan spesies.

    31. Jelaskan kesan kurangan air dalam kehidupan manusia. [10 markah]
    Rangka Jawapan
    Kesan masalah kurangan air kepada manusia ialah :
    · Kurangan air bermaksud kadar sejatan melebihi kadar kerpasan. Berlaku fenomena kemarau.
    · Domestik. Kehidupan harian seperti memasak, membasuh, menyiram terganggu.
    · Pertanian. Kekurangan air mengganggu kerja-kerja pertanian seperti membajak, menanam, meracun dan tumbesaran tanaman.hasil terbantut lalu pendpatan dan kehidupan petani terjejas.
    · Industri. Kegiatan jenis industri yang memerlukan air sebagai bahan mentah. Contohnya kerja-kerja pembersihan terjejas. Begitu juga dalam industri minuman, makanan dan industri besi keluli.
    · Pelancongan. Aktiviti pusat-pusat penginapan seperti hotel, motel, rumah rehat terjejas. Air perlu untuk disediakan di kolam renang dan kegiatan rekreasi.
    · Penternakan.ladang penternakan memerlukan air untuk lembu tenusu, khinzir, ayam, itik dan akuakultur. Penyakit mudah merebak dan kematian ternakan mudah berlaku akibat kekurangan bekalan air.
    Jawapan penuh
    Sila hubungi guru anda.
    32. Takrifkan apa yang dimaksudkan sebagai kejadian banjir ? [5 markah]
    Banjir merupakan sumbangan hujan luar biasa yang tidak mampu ditampung oleh sesebuah lembangan sungai dan menyebabkannya melimpah keluar tebing atau dataran banjir. Kejadian banjir berlaku apabila air sungai melampaui tebingnya berpunca daripada kenaikan aras air sungai utama dan anak sungai yang melimpahi daratan yang biasanya tidak ditenggelami air. Dalam erti kata lain, banjir adalah berkait rapat dengan luahan sungai yang ekstrem.

    33. Bincangkan faktor yang mempengaruhi kejadian banjir. [10 markah]
    Faktor yang mempengaruhi kejadian banjir :
    · Faktor fizikal
    - curahan hujan luar biasa
    - gangguan semula jadi di laluan sungai, misalnya kayu balak.
    - Kawasan tanah rendah atau dataran banjir
    · Faktor manusia
    - pemecahan empangan
    - gangguan terhadap struktur sungai seperti membina gegelung dan jambatan yang menyekat laluan sungai
    - kerosakan kepada pintu air atau rumah pam menyebabkan kawasan rendah dinaiki air dengan lebih cepat

    34. Bincangkan enam kesan lebihan air terhadap aktiviti manusia di kawasan tropika lembap.
    [12 markah] STPM 2006
    Apabila berlaku keadaan lebihan air di kawasan tropika lembap lazimnya akan berlaku kejadian banjir.
  • Kejadian banjir lebih banyak membawa kesan negatif terhadap aktiviti manusia. Pertamanya, lebihan air boleh menjejaskan aktiviti pertanian seperti bersawah padi.
  • Selain itu, lebihan air turut memberi kesan ketara terhadap aktiviti perikanan.
  • Lebihan air turut mempengaruhi dan menjejaskan aktiviti pembalakan.
  • Di samping itu, secara umumnya lebihan air turut menjejaskan pengangkutan di sesuatu kawasan.
  • Sehubungan dengan itu, industri pelancongan turut terjejas apabila banyak jalan perhubungan .
  • Dalam keadaan hujan yang lebat sehingga menyebabkan berlaku lebihan air turut menjejaskan aktiviti perniagaan penduduk.
    Dapatkan jawapan penuh dari guru anda

  • 35. Jelaskan bagaimana manusia boleh mengurangkan kekerapan dan kekuatan banjir. [10 markah]
    Rangka Jawapan
    Manusia boleh mengurangkan kekerapan dan kekuatan banjir melalui :
    · Kaedah Struktur
    - membina empangan
    - membina pintu air
    - mendalam dan meluruskan sungai
    - membina kolam tebatan banjir
    - menanam lebih banyak pokok
    · Kaedah Bukan Struktur
    - kawalan dan penguatkuasaan undang-undang
    - mempraktikkan garis panduan dan peraturan
    - program kesedaran mengenai cintai sungai
    - kesedaran dan kerjasama orang ramai

    36. Terangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kejadian banjir. [10 markah]
    Langkah-langkah yang boleh mengurangkan kejadian banjir :
    1) Benteng dibina sepanjang sungai yang mengalir melalui kawasan yang rendah. Ini dapat mengawal air dari melimpahi tebing dan menyebabkan banjir. Pada akhir tahun 2003, kawasan lembah Sungai Muda mengalami banjir akibat hujan yang berpanjangan menyebabkan alur Sungai Muda dan cawangannya tidak dapat menampung discajnya lalu melimpah keluar ke kawasan rendah menyebabkan banjir berlaku.
    2) Mendalam dan meluruskan sungai. Dengan cara ini air g dapat mengalir dengan lebih banyak air dapat disalurkan keluar ke laut dengan cepat dan seterusnya mengurangkan banjir berlaku.
    3) Membina empangan. Ia bukan hanya dapat menyimpan air untuk kegunaan domestik dan pertanian malah ia juga berfungsi untuk mengawal banjir.
    4) Mengurangkan pembangunan di kawasan rendah dan mengenakan had rizab sungai (30m). rizab sungai ini adalah perlu memandangkan pembangunan yang pesat dan pertambahan air larian pada masa depan dapat disalurkan dengan cepat dan cekap. Dengan adanya rizab sungai yang luas, memudahkan kerja pengendalian sungai seperti melurusdan mendalamkan sungai dapat dijalankan dengan mudah.
    5) Amaran banjir. Stesen kaji cuaca perlu diwujudkan di kawasan yang selalu dilanda banjir. Ini kerana stesen boleh meramal kejadian hujan berlebihan pada sesuatu tempoh bagi sesuatu kawasan. Maka pihak berkuasa tempatan dan penduduk dapat bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir.
    6) Melalui pendidiksn supaya masyarakat dan rakyat mencintai sungai dan lebih bertanggungjawab menjaga sungai supaya fungsi sungai sentiasa dalam keadaan cekap.

    37. Apakah yang dimaksudkan dengan banjir kilat ? [5 markah]STPM2005
    Banjir kilat boleh ditakrifkan sebagai peningkatan aras air permukaan yang cepat terutamanya di kawasan Bandar yang disebabkan oleh curahan hujan lebat dalam tempoh masa agak singkat dan air akan surut dalam tempoh yang cepat.

    38. Jelaskan sebab banjir kilat kerap berlaku di kawasan bandar ? [10 markah] STPM2005
    Banjir kilat kerap berlaku di kawasan bandar kerana kadar air larian permukaan yang tinggi. Keadaan ini berlaku kerana keadaan bandar dipenuhi dengan kawasan bersimen dan bertar. Oleh itu, peratusan permukaan yang tak telap air yang tinggi ini menyebabkan kadar infiltrasi air adalah amat rendah di kawasan bandar sehingga menjadikan kadar larian air permukaan yang tinggi apabila berlakunya hujan lebat. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila keamatan hujan adalah tinggi dalam tempoh atau jangka masa yang singkat sahaja.
    Selain itu, kekurangan tumbuh-tumbuhan di kawasan bandar boleh juga menjadi faktor kepada kejadian banjir kilat. Tumbuh-tumbuhan boleh bertindak sebagai penyerap atau penapis kepada hujan yang turun. Tetapi apabila sesuatu kawasan seperti di bandar kurang atau tiada pokok-pokok, maka hujan yang turun akan terus menjadi air larian permukaan yang banyak.
    Keadaan menjadi bertambah buruk apabila kapasiti sungai yang terdapat di kawasan bandar amat rendah kerana berlakunya kesan pemendapan tanih. Pembangunan yang pesat di kawasan bandar menyebabkan proses hakisan yang tinggi dan tanah-tanah akan dilarikan ke dalam sungai sehingga mencetekkan sungai.
    Sistem perparitan yang terdapat di kawasan bandar juga kurang sempurna dan tidak mencukupi. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya kejadian banjir kilat. Kadang kala sistem perparitan yang ada amat cetek, tidak banyak dan tidak dibersihkan atau dijaga dengan sempurna. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila terdapat banyak sampah sarap yang berkumpul di dalam longkang atau saliran. Ia berlaku kesan daripada kuantiti sisa domestik yang terlalu banyak kerana kepadatan penduduk dan tindakan manusia yang membuang sampah di merata-rata kawasan di dalam bandar.

    39.`Jelaskan kesan banjir kilat terhadap aktiviti manusia. [10 markah]STPM 2005
    Banjir kilat boleh menyebabkan sistem pengangkutan tergendala, kerosakan kenderaan dan kemalangan. Apabila semua keadaan ini terjadi maka akan berlakulah kesesakan lalu lintas dan ini boleh mengganggu aktiviti manusia seharian.
    Kejadian banjir kilat juga boleh menyebabkan aktiviti industri mengalami kesan buruk kerana pengeluaran akan terganggu, bahan rosak dan kadang kala mesin turut musnah atau rosak.
    Aktiviti perniagaan juga mengalami kesan yang buruk apabila berlaku banjir kilat. Ramai manusia yang tidak dapat keluar, malahan banyak kedai terpaksa ditutup. Oleh itu, kurang berlaku aktiviti jual beli dan hal ini menjejaskan pendapatan peniaga.

Untuk memperolehi lebih banyak soalan dan jawapan penuh hubungi : 0179675190

1 comment:

Unknown said...

betul tpi bolelaa sebagai rujukan..jawapan x ikut
format