Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh Penting

  • Mac, 21 - Hari Hutan Sedunia
  • Mac, 22 - Hari Air Sedunia
  • Mac, 23 - Hari Meteorologi Sedunia
  • April, 22 - Hari Bumi
  • Jun, 05 - Hari Alam Sekitar Sedunia
  • Okt., 08 - Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semula Jadi
  • Okt., 22-27 : Minggu Alam Sekitar Malaysia

http://img1.blogblog.com/img/icon18_wrench_allbkg.png

Monday, April 7, 2008

Soalan Popular Sistem Hidrologi (2008)

1. a. Apakah maksud imbangan air.
b. Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi imbangan air tanih.
c. Jelaskan bagaimana gangguan terhadap imbangan air mempengaruhi alam sekitar fizikal.

2. a. Nyatakan proses mendatar dalam kitar hidrologi.
b. Jelaskan proses-proses yang terlibat dalam kitar hidrologi.
c. Bagaimana gangguan terhadap kitar air boleh mempengaruhi aktiviti manusia.

3. a. Lukis dan labelkan rajah kitaran hidrologi.
b. Jelaskan pengaruh manusia terhadap kitaran hidrologi di kawasan tropika lembap.
c. Jelaskan langkah-langkah untuk mengatasi masalah kekurangan sumber air.

4. a. Apakah yang terjadi pada air hujan semasa menurun ke permukaan tanah dan atas permukaan tanah.
b. Bandingkan makna sejat peluhan potensi dan sejat peluhan sebenar.
c. Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi proses sejat peluhan.

5. a. Huraikan bagaimana faktor geomorfologi, gangguan atmosfera dan kegiatan manusia boleh menyebabkan kejadian kemarau.
b. Huraikan kesan-kesan kemarau ke atas alam sekitar dan manusia.
c. Nyatakan langkah-langkah sesuai menghadapi kemarau.

6. a. Apakah maksud infiltrasi dan perkolasi.
b. Nyatakan faktor yang mempengaruhi kapasiti infiltrasi.
c. Bagaimana proses perkolasi boleh membentuk pelbagai jenis tanih di kawasan tropika lembap.

7. a. Jelaskan kepentingan air dalam tanah.
b. Jelaskan kesan-kesan penggunaan air dalam tanah secara berlebihan.
c. Huraikan langkah-langkah untuk memelihara kualiti sumber air dalam tanah.

8. a. Apakah dimaksudkan dengan pencemaran air.
b. Bagaimana aktiviti pembangunan ekonomi menyebabkan pencemaran air.
c. Huraikan langkah-langkah untuk mengatasi masalah pencemaran air.

9. a. Bagaimana manusia mengeksploitasi sumber air.
b. Nyatakan faktor-faktor mempengaruhi peningkatan kadar resapan dan larian air permukaan.
c. Huraikan peranan tumbuhan dalam proses kitaran hidrologi.

10. a. Terangkan makna imbangan air sedunia.
b. Huraikan bagaimana air bawah tanah boleh dikembalikan ke ruangan atmosfera di kawasan daratan.
c. Terangkan bagaimana manusia mempengaruhi kadar sejatan semula jadi.

11. a. Bagaimana kegiatan manusia boleh menjejaskan sumber air semula jadi.
b. Jelaskan kesan sumber air semula jadi yang terjejas kepada kehidupan manusia.
c. Cadangkan beberapa langkah untuk mengatasi masalah sumber air semula jadi yang terjejas.

No comments: