Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh Penting

  • Mac, 21 - Hari Hutan Sedunia
  • Mac, 22 - Hari Air Sedunia
  • Mac, 23 - Hari Meteorologi Sedunia
  • April, 22 - Hari Bumi
  • Jun, 05 - Hari Alam Sekitar Sedunia
  • Okt., 08 - Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semula Jadi
  • Okt., 22-27 : Minggu Alam Sekitar Malaysia

http://img1.blogblog.com/img/icon18_wrench_allbkg.png

Monday, March 14, 2011

Soalan dan Skema PKBS1 2011 Tingkatan 6 Atas

1. Peta 1 menunjukkan min suhu bagi stesen-stesen cerap cuaca negeri Kedah 2002.

Peta 1 : Min Suhu Mengikut Stesen Cerap Cuaca Negeri Kedah 2002

a) i) Dengan menggunakan Peta 1, lukis garisan isoterma (peta garisan sesuhu) negeri Kedah bagi menunjukkan taburan suhu tahunannya. [10]

Peta Garisan Sesuhu Negeri Kedah Pada Tahun 2002


ii) Beri ulasan ringkas tentang pola taburan suhu negeri Kedah berdasarkan peta isoterma yang anda lukis. [6]

Pola taburan suhu negeri Kedah :

-Menunjukkan semakin ke kawasan pedalaman suhu semakin meningkat

-Kawasan dataran pantai suhu lebih rendah – pengaruh angin laut

-Bahagian barat daya Kedah suhu lebih rendah berbanding timur laut dan utara


Rajah 1 : Pergerakan Angin Monsun

a) Berdasarkan rajah 1 di atas, terangkan pengaruh tekanan udara terhadap sistem angin monsun di Asia Tenggara. [9]

Pengaruh tekanan udara terhadap sistem angin monsun :

- Perbezaan tekanan udara di Asia Tengah (utara) dengan Australia (selatan) menyebabkan angin monsun bergerak ke selatan.

- November – Disember – Januari – berlaku musim panas di Australia (Hemisfera Selatan) – mewujudkan kawasan tekanan udara rendah di Australia Tengah.

- Dalam masa yang sama berlaku musim dingin di Asia Tengah (Hemisfera Utara) – mewujudkan kawasan tekanan udara tinggi

- Angin timuran dari Asia Tengah akan bergerak keluar menuju ke kawasan tekanan udara rendah di Hemisfera Selatan – membentuk angin timur laut.

- Angin ini memesong ke kanan dari arah tiupannya akibat tarikan daya koriolis

- Apabila melepasi Garisan Khatulistiwa angin ini akan memesong ke kiri dari arah tiupannya akibat tarikan daya koriolis – membentuk angin monsun barat laut sehingga tiba di kawasan tekanan udara rendah di Australia.

2. (a)Apakah yang dimaksudkan dengan pemanasan global ? [3]

-Peningkatan suhu atmosfera di permukaan bumi daripada aras biasa

- Berlaku di seluruh tempat di permukaan bumi

- disebabkan oleh faktor semula jadi dan aktiviti manusia

(b)Sejak akhir-akhir ini, hampir seluruh tempat di dunia mengalami peningkatan suhu. Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan fenomena cuaca tersebut. [10]

Faktor peningkatan suhu

- kesan penipisan lapisan ozon – sinaran ultraviolet matahari lebih banyak sampai ke bumi - ozon semakin nipis/terhakis akibat pembebasan CFC (klorofluorokarbon).

- Peningkatan gas rumah hijau – pembebasan gas CO2 yang banyak daripada asap kilang dan kenderaan

- kurang pokok untuk menyerap CO2.

- Peningkatan bahan pencemar udara di seluruh dunia – debu, habuk, asap – menyerap, menyimpan dan menyerakkan haba – suhu meningkat.

- Penyahhutanan secara meluas berlaku di seluruh dunia – mengurangkan sejat peluhan dan mendedahkan permukaan bumi terus kepada cahaya matahari

- Pembandaran meluas berlaku di seluruh dunia – menyebabkan peningkatan suhu bandar

(c) Huraikan kesan-kesan pemanasan global terhadap alam sekitar fizikal dan manusia [12]

Kesan Alam Sekitar Fizikal

- Pencairan salji di kawasan tanah tinggi – menyebabkan aliran permukaan di cerun – peningkatan hakisan permukaan dan banjir kilat di kawasan tanah pamah

- Pencairan ais kutub – meningkatkan aras laut – kawasan pantai yang rendah tenggelam – meningkatkan hakisan pantai

- Pencairan salji menyebabkan muatan sungai bertambah - menggalakkan pemendapan.

- Peningkatan turunan hujan – proses sejatan dan sejat peluhan meningkat – wap air lebih banyak disumbangkan ke udara – pemeluwapan – hujan lebat dan kerap – banjir

Alam Sekitar Manusia

- Peningkatan aras laut menjejaskan kegiatan pelancongan di pantai – penenggelaman kawasan rekreasi – kawasan indah tenggelam

- Banjir di kawasan rendah berhampiran pantai – aras laut meningkat – aliran sungai tersekat dan kembali ke daratan – menyebabkan banjir besar – jejas aktiviti harian, kerugian harta benda dan tanaman

- Cuaca tidak selesa – panas dan banyak perpeluhan pada badan manusia – badan kurang air

3 Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan di sekitar kawasan sekolah

a) (i) Nyatakan maksud kelembapan bandingan [3]

Kelembapan bandingan bermaksud nisbah wap air yang terdapat dalam udara berbanding dengan keupayaan sebenar udara menampung jumlah wap air pada suhu tertentu.

(ii) Nyatakan cara untuk mendapatkan bacaan kelembapan bandingan. [4]

Bacaan kelembapan bandingan diperoleh dengan mendapatkan ukuran suhu daripada alat yang dinamakan higrometer atau termometer basah dan termometer kering. Bacaan suhu basah diperoleh daripada termometer basah dan bacaan suhu kering diperolehi daripada termometer kering. Bacaan suhu kering ditolak bacaan suhu basah untuk mendapatkan selisih. Rujuk Brannan Scale pada nilai suhu kering dan ruangan nilai selisih yang diperoleh. Dapatkan nilai % KB yang diberi dalam kolum berkenaan.

b) Nyatakan fungsi alat pelindung Stevenson [4 markah]

- Tempat meletakkan alat-alat ukur cuaca seperti termometer, termometer six dan higrometer

- Melindungi alat ukur cuaca daripada pancaran terus matahari

- Melindungi alat ukur cuaca daripada diganggu oleh manusia atau haiwan

- Memastikan bacaan suhu tepat kerana kotak pelindung Stevenson tidak mempunyai kesan bahangan terperangkap.

c) Nyatakan faktor yang mempengaruhi kadar kelembapan bandingan di kawasan kajian. [4 markah]

Faktor yang mempengaruhi kadar kelembapan bandingan ialah (nyatakan sahaja):

- Suhu udara – suhu tinggi kadar sejatan tinggi menyebabkan udara lembap

- Sinaran matahari – sinaran matahari yang banyak menyebabkan udara panas. Kadar sejatan meningkat dan udara menjadi lembap

- Angin – bertiup menyebabkan kelembapan bandingan tinggi kerana lebih banyak wap air disejat oleh angin yang bergerak.

- Ketinggian muka bumi – kelembapan bandingan di kawasan tanah rendah lebih tinggi kerana suhu udara lebih tinggi. Kadar sejatan tinggi

- Keadaan permukaan bumi – permukaan berair atau berpokok mempunyai kelembapan bandingan yang tinggi berbanding kawasan permukaan berturap atau gondol

d) Jelaskan mengapa kadar kelmbapan bandingan di kawasan kajian berubah dengan ketara mengikut jam berbanding dengan kadar kelembapan bandingan di kawasan hutan. [10]

Kelembapan bandingan di kawasan kajian saya berubah dengan ketara mengikut perubahan masa berbanding kawasan berhutan disebabkan pengaruh kegiatan manusia. Kelembapan bandingan di kawasan kajian berubah-ubah kerana terdapat berbagai-bagai kegiatan manusia yang mempengaruhi udara setempat. Misalnya, dengan kegiatan membakar sampah dan membina bangunan dan telah meningkatkan suhu udara. Sementara di kawasan hutan, kadar kelembapan bandingan tidak berubah dengan ketara kerana pengaruh hutan dalam mengekalkan suhu udara.

Kadar sejatan lebih tinggi di kawasan kajian kerana terdapat perubahan suhu yang ketara sepanjang hari. Manakala di kawasan hutan perubahan suhu tidak ketara kerana pengaruh kelembapan hutan. Dengan itu, kadar sejatan adalah lebih rendah bagi kawasan hutan. Kawasan kajian lebih banyak menerima sinaran matahari secara langsung kerana permukaan yang terdedah. Keadaan ini meningkatkan suhu dan sejatan. Kawasan hutan pula kurang menerima haba matahari kerana dilindungi oleh kanopi hutan. Dengan itu, kadar sejatan kurang dan kelembapan bandingan tidak banyak berubah.

Kawasan kajian juga adalah kawasan yang lapang dan terdedah kepada tiupan angin sepanjanghari. Keadaan ini meningkatkan kadar sejatan dan menjadikan kelembapan bandingan meningkat. Di kawasan hutan pula, tiupan angin berkurangan disebabkan halangan pokok-pokok yang menyebabkan kadar sejatan berkurang. Dengan itu, kadar kelembapan udara rendah. Permukaan kawasan kajian lebih banyak menyerap dan menyimpan haba kerana kawasan sekolah mempunyai banyak kawasan bertar, bersimen dan bangunan berkonkrit. Ini menjadikan kelembapan bandingan lebih tinggi kerana bahang udara panas akan menyerap lebih banyak wap air. Berbanding kawasan berhutan yang kurang menyimpan haba, kadar kelembapan bandingan adalah rendah.



1 comment:

Anonymous said...

Terima Kasih cikgu