Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh Penting

  • Mac, 21 - Hari Hutan Sedunia
  • Mac, 22 - Hari Air Sedunia
  • Mac, 23 - Hari Meteorologi Sedunia
  • April, 22 - Hari Bumi
  • Jun, 05 - Hari Alam Sekitar Sedunia
  • Okt., 08 - Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semula Jadi
  • Okt., 22-27 : Minggu Alam Sekitar Malaysia

http://img1.blogblog.com/img/icon18_wrench_allbkg.png

Monday, May 2, 2011

Skema Geografi 1 STPM 2008

1(a) Apakah yang dimaksudkan dengan El-Nino ?

Peningkatan suhu secara luar biasa permukaan air laut di lautan pasifik yang mengubah sistem cuaca

(b) Huraikan ciri kearau yang berpunca daripada fenomena El-Nino.

sejatan melebihi kerpasan dalam jangka masa yang lama atau panjang

· panas berpanjangan/sejatan tinggi

· hujan kurang

· kelembapan bandingan kurang/udara kering

· simpanan air tanih negatif

· suhu tinggi

· tekanan udara rendah

· litupan awan kurang

(c) Jelaskan bagaimana kejadian kemarau memberikan kesan kepada ekosistem daratan.

· mengganggu/mengurangkan sumber air/kitaran air

· menjejaskan/gangguan rantaian makanan

· gangguan antara komponen abiotik dan biotik

· terputusnya kebergantungan antara komponen spesies

· kepupusan spesies/gangguan terhadap flora dan fauna/gangguan habitat

· kebakaran hutan

· pencemaran udara/jerebu/debu

· tanih menjadi tandus/kering kontang

2(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan jisim? (3)

pergerakan bahan/jisim di atas permukaan tanah bercerun akibat tarikan graviti

(b) Nyatakan empat jenis pergerakan jisim cepat. (4)

· alir lumpur

· alir tanih

· runtuhan puin/batu/tanah runtuh

· gelongsoran puin/batu/gelangsaran tanah/geluncuran

(c) Jelaskan faktor yang mempengaruhi pergerakan jisim cepat.

  • Kecerunan
  • Jenis bahan/batuan
  • Kerpasan/hujan/salji
  • Litupan tumbuhan
  • Tindakan manusia/kua
  • Gegaran/gempa bumi

d)Jelaskan kesan pergerakan jisim cepat terhadap alam sekitar manusia.

· Aktiviti manusia/pertanian/perindustian/perlombongan

· Kehilangan nyawa

· Kemusnahan harta benda/tempat tinggal

· Trauma/sebaran penyakit

· Kemusnahan infranstruktur/bekalan air/elektrik

· Pengangkutan/terganggu

· Perhubungan/komunikasi terganggu

3a(iii)Huraikan proses pembentukan tiga bentuk muka bumi yang telah anda pilih dalam (ii) di atas

· Anak tanjung-ombak dan arus pesisir yang datang menyerong ke arah pantai-halangan bentuk bumi dan aliran muara sungai menyebabkan tenaga arus pesisir terhalang-bahan mendap dimendapkan

· Beting pasir-tindakan ombak dan arus tempur di kawasan pantai yang bersudut curam-balikan ombak ke arah laut kehilangan tenaga-bahan mendak dimendapkan di hadapan pantai di zon ombak pecah selari dengan garisan pantai

· Pantai-bahan mendak seperti pasir dan batu kerikil dibawa kearah pantai oleh ombak pembina dan arus

· Tombolo-pemendapan bahan mendap di bahagian belakang halangan contohnyapulau yang disebabkan kehilangan tenaga akibat biasan ombak. Pemendapan ini akan menyambungkan pulau dengan daratan

· Pulau-struktur kekal-kenaikan/penurunan aras laut, hakisan ombak/tindakan arus, pemendapan dan melibatkanbatuan keras/lembut

3a(iv)Jelaskan kesan pemendapan terhadap aktiviti manusia di pinggir pantai.

· Pelancongan/rekreasi-anak tanjung/pantai/tombolo

· Perlombongan pasir-beting pasir/pantai

· Petempatan-permatang/delta

· Perikanan/mencari kepah/akuakultur-tombolo/muara cetek

· IKS-pantai/permatang

· Perhubungan/pengangkutan-permatang/tombolo/delta

· Pertanian/delta

3(i)Apakah yang dimaksudkan dengan kepadatan saliran?

· Kepadatan saliran ialah hasil bahagi jumlah panjang sungai-sungai dalam lembangan saliran dengan keluasan lembangan saliran dalam unit ukuran yang sama(cth km/km persegi)

(ii)Berdasarkan Jadual 1 di atas, huraikan faktor yang mempengaruhikepadatan saliran di sesuatu lembangan saliran.

· Jenis batuan – ketahanan dan kadar ketelapan batuan menentukan kadar hakisandan seterusnya kepadatan hakisan. Batu pasir (kawasan B) dan batu kapur (kawasan A) menghasilkan kepadatan saliran yang rendah. Tanah liat dan granit batuan yang tidak telap air dan tidak poros dijangkakan mempunyai kepadatan saliran yang tinggi.

· Jumlah hujan- kawasan yang menerima hujaan yang tinggi akan menghasilkan kepadatan saliran yang tinggi, manakala kawasan yang jumlah hujannya rendah menghasilkan kepadatan saliran yang rendah cth (kawasan E)

  • Litupan tumbuhan- menentukan aliran air permukaan. Tumbuhan yang padat menggalakkan susupan air bawah tanah, seterusnya mengurangkankepadatan saliran. Manakala tumbuhan yang jarang membolehkan hakisandan larian air permukaan yang meningkatkan lagi kepadatan saliran. Cth (kawasan A) dan (kawasan D)

(iii)Jelaskan bagaimana kepadatan saliran dipengaruhi oleh aktiviti manusia.

  • Pembalakan- hutan musnah-kadar kepadatan tinggi
  • Pertanian – kerja-kerja perparitan dan pengairan meningkatkan jumlah alur – kawasan kaki bukit- getah dan kelapa sawit – kadar kepadatan tinggi
  • Perbandaran dan pembinaan – menutup dan menimbus alur – kadar kepadatan rendah
  • Perlombongan – banyak alur-alur terbentuk – kadar kepadatan tinggi

4(a) Takrifan mikro iklim bandar.

Mikroiklim bandar ditakrifkan sebagai iklim satu kawasan kecil yang tersendiri dan ciri cuacanya banyak dipengaruhi oleh sifat permukaan bandar

(b) Huraikan faktor pembentukan pulau sejuk bandar.

  • Perlu ada banyak kawasan tumbuh-tumbuhan atau kawasan hijau
  • Kawasan badan air yang banyak
  • Udara yang tidak tercemar
  • Kurang atau tidak ada aktivit manusia yang boleh meningkatkan pembebasan haba ke atmosfera
  • Kadar kelembapan udara yang tinggi
  • Sentiasa berlaku pergerakan udara/udara sentiasa bergerak
  • Kurang kawasan tepu bina

(c) Jelaskan bagaimana mikroiklim bandar dapat mempengaruhi keselesaan hidup manusia.

  • Suhu/haba

* Suhu lamapu tinggi/suhu terlalu rendah menyebabkan tidak selesa

* Suhu normal keadaan selesa

  • Kelembapan/sejatan

* Kelembapan lampau tinggi/kelembapan terlalu rendah menyebabkan tidak selesa

* Kelembapan normal keadaan selesa

  • Angin

* Edaran angin yang sempurna- keadaan selesa

* Edaran angin tenang-tidak selesa

  • Pencemaran

* Pencemaran tinggi – keadaan tidak selesa

* Pencemaran rendah – selesa

5(a)Berdasarkan kajian luar yang anda telah lakukan di sekitar kawasan sekolah.

* Kelembapan bandingan adalah nisbah kandungan wap air sebenar di dalam udara dengan kemampuan sebenar udara menampung wap

* Menggunakan alat yang sesuai untuk menyukat suhu kering dan suhu basah

* Menggunakan bacaan suhu kering dan suhu basah dan perbezaan nilai kedua-dua suhu dirujuk kepada jadual

(b)Nyatakan fungsi alat pelindung Stevenson.

* Menempatkan alat pengukuran parameter cuaca

* Melindungi alat bagi mengikur parameter cuaca daripada gangguan persekitaran

* Mendapatkan ukuran parameter cuaca kira-kira satu meter daripada permukaan bumi

* Melindungi alat daripada pendedahan secara langsung kepada parameter cuaca

(c)Nyatakan faktor yang mempengaruhikadar kelembapan bandingan di kawasan kajian.

* Bahagian suria

* Tiupan angin

* Suhu sekitaran

* Keadaan cuaca semasa

* Guna tanah persekitaran seperti badan air, tumbuhan, konkrit dan sebagainya

* Ketinggian dari aras laut

(d)Jelaskan mengapa kadar kelembapan bandingan di kawasan kajian berubah dengan ketara mengikut jam berbanding dengan kadar kelembapan bandingan di kawasaan hutan

* Kawasan kajian lebih terbuka

* Kadar sejatan tinggi berbanding hutan

* Kawasan sekolah merupakan kawasan tiupan angin/udara bergerak pantas

* Kadar pemanasan secara langsung tinggi

* Kadar penyimpanan haba pendam yang tinggi di kawasan kajian

* Kawasan kajian banyak aktiviti manusia

6(a)Apa yang dimaksudkan dengan akuifer?

* Merupakan bentuk formasi geologi / lapisan takungan di bawah tanah tak telap air yang mengandungi simpanan air dalam kuantiti yang banyak

(b)Jelaskan proses edaran air tanih

* Bermula dengan air larian permukaan hasil daripada kerpasan

* Peranan intersepsi tumbuh-tumbuhan

* Sebahagian larian air permukaan diserap ke dalam tanih / keporosan / jenis batuan

* Dengan adanya kecerunan pada lapisan tanah telap air

* Aliran air bawah tanih akan berlaku

* Air yang telah diserap akan menjadi simpanan air tanih

* Air yang tidak terperangkap akan mengalir di bawah tanah keluar sebagai mata air, mengalir ke badan air dan akhirnya ke laut

(c)Jelaskan kepentingan air bawah tanah kepada manusia.

* Kegunaan domestik

* Sebagai simpanan air untuk masa depan

* Sebagai pengawal ataman tanah

* Sebagai pengawal kemasukkan air masin dari laut (salt water intrusion)

* Sebagai input air untuk sungai (di kawasan lembap)

* Sumber air industri untuk pertanian

* Akuakultur

7(a)Apakah yang dimaksudkan dengan kitaran nutrien

* Bahan kimia atau unsur kimia dalam biosfera/sebuah ekosistem berlaku secara berterusan melalui tiga fasa dalam edaran yang lengkap

(b)Jelaskan kitaran nitrogen dalam satu ekosistem di kawasan pertanian.

Fasa atmosfera

* Nitrogen wujud di atmosfera sebagai gas nadir – yang tidak boleh digunakan secara langsung oleh kebanyakan organisma

* Nitrogen di atmosfera datang dari kilat

* Pembakaran hutan (pertanian pindah) nitrogen kepada gas nitrogen

Fasa biosfera (manusia/tumbuhan/haiwan)

* Tumbuhan mendapatkan nitrogen melalui akar dalam bentuk ammonia atau nitrat dan ditukar kepada molekul organik (asid amino, protein, dan lain-lain)

* Tumbuhan kekacang melalui aktiviti bakteria pengikt nitrogen

* Bahan kumuhan haiwan/manusia mengandungi ammonia

Fasa dalam tanih

* Organisma reput secara aerobik dan anaerobik. Pemecahan protein dan sel mati dalam sisa organisma kepada bentuk ammonia dan nitrat

* Terdapat bakteria (nitrosomonas) tukar ammonia kepada nitrat manakala bakteria (nitrobactor) tukar nitrit kepada nitrat

* Nitrogen di tanih yang diperlukan oleh ekosistem datang daripada bakteria dan alga pengikat nitrogen

* Baja nitrat yang digunakan di kawasan pertanian diserap oleh tumbuhan

8(a)Apakah yang dimaksudkan dengan penyahhutanan?

* bermaksud pemusnahan/penebangan hutan secara besar-besaran/meluas/skala besar khususnya oleh aktiviti manusia

(b)Huraikan impak penyahhutanan terhadap kitaran hidrologi

* kurang kerpasan

* larian air permukaan meningkat

* peningkatan kadar sejatan

* kurang proses perpeluhan

* kurang proses pintasan

* kadar resapan kurang

* kurang larian air bawah tanah

* pembentukan awan kurang

(c)Jelaskan langkah pemeliharaan dan pumuliharaan di kawasan hutan tropika lembap.

Pemeliharaan

* pewartaan kawasan hutan simpan

* penguatkuasaan undang-undang

* pendidikan

* kempen kesedaran

* pembalakan terpilih

Pemuliharaan

* penanaman semula

* silvikultur

* ladang hutan

1 comment:

Anonymous said...

saya pelajar baru Tingkatan 6,
baru dlm geografi, tapi mempunyai minat yg dlm:)
Jadi browse internet dan jumpa note cikgu :) Harap2 cikgu dpt meneruskan blog geografi ini sebagai salah satu sumber pelajaran saya !

Terima Kasih .