Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh Penting

  • Mac, 21 - Hari Hutan Sedunia
  • Mac, 22 - Hari Air Sedunia
  • Mac, 23 - Hari Meteorologi Sedunia
  • April, 22 - Hari Bumi
  • Jun, 05 - Hari Alam Sekitar Sedunia
  • Okt., 08 - Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semula Jadi
  • Okt., 22-27 : Minggu Alam Sekitar Malaysia

http://img1.blogblog.com/img/icon18_wrench_allbkg.png

Wednesday, July 3, 2013

Soalan Latihan Bah A 6 Rendah

1. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem ? [5 markah]


Sistem bermaksud satu himpunan pembolehubah atau komponen yang berada di dalam satu sempadan arbitari. Terdapat hubungkait yang sangat kompleks di antara komponen-komponen ini. Semua sistem berusaha mencapai satu titik keseimbangan. Jika terdapat gangguan-gangguan yang kecil, sistem akan mencari titik keseimbangan yang terbaru. Tetapi jika berlaku gangguan yang besar, ia boleh memusnahkan seluruh sistem mengikut masa.

2. “Bumi boleh di anggap sebagai satu sistem terbuka”. Jelaskan. [5 markah]

Bumi dianggap sebagai satu sistem terbuka kerana sistem-sistem dalam bumi membenarkan kemasukkan tenaga haba dan jisim (iaitu air) menghidupkan seluruh pembolehubah dalam subsistem seperti geomorfologi, ekologi, atmosfera dan hidrologi. Tenaga dan air melakukan pelbagai proses lalu menggerakkan sistem bumi. Akhirnya setelah melakukan pelbagai proses dalam sistem bumi, tenaga haba dan jisim akan keluar dari sistem. Ini dapat ditunjukkan seperti rajah di bawah:-

                                           Rajah 1 : Sistem Bumi sebagai Sistem Terbuka


3. Mengapakah berlaku variasi terhadap penerimaan bahangan matahari di permukaan bumi. [12 markah]

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan variasi terhadap penerimaan bahangan matahari di permukaan bumi. Putaran bumi dari arah barat ke timur menyebabkan fenomena siang malam. Setiap putaran mengambil masa 24 jam. Bahagian bumi yang menghadap pancaran matahari akan mengalami waktu siang, manakala bahagian bumi yang membelakangi pancaran matahari akan mengalami waktu malam. Kawasan bumi yang mengalami waktu siang akan menerima taburan bahangan matahari yang banyak berbanding kawasan bumi yang mengalami waktu malam. Ini dapat ditunjukkan seperti rajah 2 di bawah:-

                                                                Rajah 2 : Putaran Bumi
Edaran bumi mengelilingi matahari mengambil masa satu tahun untuk melengkapkan satu orbit pergerakan ini. Ini menyebabkan fenomena musiman seperti musim sejuk, bunga, panas dan luruh. Pada 22 Disember pancaran matahari berada tegak di atas Garisan Jadi di hemisfera selatan. Kedudukan ini dikenali sebagai solstis musim sejuk. Hemisfera selatan akan mengalami musim panas, manakala hemisfera utara akan mengalami musim sejuk. Pada ketika ini, kawasan yang mengalami musim sejuk akan menerima sedikit bahangan matahari.

                                            Rajah 3 : Edaran bumi mengelilingi matahari
Putaran bumi pada paksi yang condong iaitu 231/20 menyebabkan kejadian siang dan malam yang tidak sekata. Contohnya pada kedudukan solstis musim panas, matahari berada tegak pada Garisan Sartan di hemisfera utara. Pada ketika ini, hemisfera utara tercondong ke arah pancaran matahari. Kawasan di hemisfera utara akan mengalami waktu siang yang panjang dan waktu malam yang pendek. Ini bermakna hemisfera utara akan menerima bahangan matahari yang banyak. Pada ketika ini, hemisfera selatan pula akan tercondong menjauhi pancaran matahari dan mengalami waktu siang yang pendek serta waktu malam yang panjang. Ini bererti kawasan ini akan menerima bahangan matahari yang sedikit.

                                                     Rajah 4 : Kecondongan paksi bumi

Ketebalan lapisan atmosfera yang berbeza-beza turut mempengaruhi penerimaan bahangan matahari di permukaan bumi. Di kawasan tropika, lapisan atmosfera agak nipis manakala kawasan ke arah garis lintang tinggi, lapisan atmosferanya lebih tebal. Bahangan matahari yang sampai ke lapisan atmosferanya lebih tebal. Bahangan matahari yang sampai ke lapisan atmosfera akan mengalami pelbagai proses kehilangan banyak bahangan matahari ke angkasa dan hanya sedikit sampai ke permukaan bumi. Justeru itu, kawasan tropika lebih banyak menerima bahangan matahari berbanding kawasan bukan tropika.

                                                             Rajah 5 : Ketebalan atmosfera
Ketinggian matahari juga mempengaruhi bahangan matahari. Pancaran matahari sampai pada sudut yang tegak di kawasan tropika dan tertumpu pada kawasan yang kecil. Manakala di kawasan garis lintang tinggi, pancaran matahari sampai pada sudut yang serong dan tersebar pada kawasan yang luas. Maka di kawasan tropika, bahangan matahari banyak dan sebaliknya di kawasan lain bahangan matahari adalah sedikit.

                                                 Rajah 6 : Ketinggian pancaran matahari

No comments: