Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh Penting

  • Mac, 21 - Hari Hutan Sedunia
  • Mac, 22 - Hari Air Sedunia
  • Mac, 23 - Hari Meteorologi Sedunia
  • April, 22 - Hari Bumi
  • Jun, 05 - Hari Alam Sekitar Sedunia
  • Okt., 08 - Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semula Jadi
  • Okt., 22-27 : Minggu Alam Sekitar Malaysia

http://img1.blogblog.com/img/icon18_wrench_allbkg.png

Wednesday, March 12, 2014

Teknik Menjawab Soalan Penggal 3

TEKNIK MENJAWAB SOALAN GEOGRAFI STPM PENGGAL 3
Makna soalan takrifkan dan apakah yang dimaksudkan.
1. Calon dikehendaki memberi takrif terhadap sesuatu konsep yang diberi.
2. Dalam jawapan calon mestilah terdapat kata kunci yang berkaitan dengan soalan yang ditanya. Kata kunci tersebut akan diberi markah.
3. Contoh Soalan dan Jawapan. Apakah yang dimaksudkan dengan kitar oksigen?
Contoh jawapan Edaran oksigen dalam atmosfera ditukar/diambil/diguna/dilepas balik kepada karbon dioksida melalui proses respirasi, pembakaran dan dihasilkan semula oleh tumbuhan hijau melalui proses fotosintesis melalui fasa atmosfera dan biosfera dalam satu edaran yang lengkap dan berterusan. Buat latihan dan perbincangan dalam kumpulan.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan ekologi? [3]
2. Takrifkan konsep ekosistem. [3]
3. Apakah yang dimaksudkan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan? [3]
4. Takrifkan konsep pembangunan lestari. [3]
B. Makna soalan Nyatakan
1. Hanya disoal dalam soalan struktur. Memberi fakta sahaja tanpa huraian. [Tiada markah].
Perlu sentuh sedikit huraian / punca secara ringkas.
Satu fakta + huraian bernilai satu markah.
2. Contoh Soalan Nyatakan Dan Jawapan
Nyatakan tiga punca kemerosotan oksigen dalam ekosistem tasik. [3]
Contoh jawapan
Perindustrian - pembuangan sisa buangan kilang ke dalam tasik cth. Sisa toksik kilang.
Pertanian - penggunaan racun/baja kimia di kawasan pertanian berdekatan dengan tasik.
Penternakan - sisa tahi ayam, babi dan lain-lain yang diternak berhampiran dengan tasik.
Buangan domestik - sampah sarap kawasan petempatan berhampiran dengan tasik.
Akuakultur - pelihara ikan dalam tasik secara berlebihan dimana air tasik tidak bergerak.
Buat latihan dan perbincangan dalam kumpulan.
1. Nyatakan tiga kepentingan ekosistem daratan kepada alam sekitar fizikal. [3]
2. Nyatakan tiga fenomena alam sekitar yang berlaku kesan daripada interaksi antara sistem fizikal dengan sistem gunaan manusia. [3]
3. Nyatakan tiga kesan interaksi manusia terhadap alam sekitar. [3]
4. Nyata tiga sumber tenaga mesra alam yang terdapat di Malaysia pada masa kini. [3]

C. MAKNA SOALAN JELASKAN / HURAIKAN DAN TERANGKAN Boleh disoal dalam soalan struktur dan esei.
Untuk penggal 3STPM baharu soalan struktur sahaja .
Calon dikehendaki memberi isi/fakta dan huraian yang betul dan jelas. Markah bagi setiap isi dan huraian = 2 markah.
Jawapan dalam bentuk karangan biasa atau berdasarkan mata. Contoh soalan dan jawapan. Jelaskan peranan tenaga suria terhadap pertumbuhan tumbuhan. [6]
Contoh jawapan
i. Peranan terhadap proses fotosentesis (isi = 1m) - memerlukan tenaga suria, air dan karbon dioksida-tumbuhan membesar (huraian = 1m) ii. Proses luluhawa - membekal regolit yang subur untuk tumbuhan. iii. Kitaran air bekalan-air untuk tumbuhan membesar. Soalan struktur sahaja untuk penggal 3 . Buat perbincangan
1. Terangkan tiga kepentingan ekosistem tasik terhadap alam sekitar fizikal. [6]
2. Jelaskan tiga langkah pemeliharaan sumber air di Malaysia. [6]
3. Huraikan dua kepentingan ekosistem pinggir pantai. [4]
4. Jelaskan dua ciri persamaan ekosistem Tasik Kenyir dengan Tasik Chini sebagai ekosistem akuatik. [4] 5. Huraikan dua langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan fenomena banjir kilat. [4]
6. Terangkan dua kesan pencemaran udara terhadap alam sekitar manusia disalah sebuah negara Asia Tenggara. [4]
7. Jelaskan dua masalah yang menjadi penghalang kepada Malaysia dalam usaha melastarikan alam sekitar di peringkat dunia. [4]
8. Terangkan tiga kepentingan membangunkan tenaga yang lebih mesra alam. [6]

D. MAKNA SOALAN BANDINGKAN / BEZAKAN
1. SOALAN BANDINGKAN Melihat sesuatu yang sama dan berbeza dalam sesuatu perkara.
2. SOALAN BEZAKAN Hanya melihat perbezaan antara dua perkara sahaja.
CONTOH SOALAN. Berikan perbezaan antara konsep penyelenggaraan dengan pemuliharaan alam sekitar.
[2] Contoh Jawapan: Penyelenggaraan - langkah menjaga/melindungi sumber alam sebelum rosak / tercemar / pupus [1m] Pemuliharaan - langkah membaik pulih sumber yang telah rosak / tercemar / pupus. [1m]

Jawab soalan di bawah dalam bentuk kumpulan.
1. Bandingkan kesan penyahutanan terhadap alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia [4]
2. Bandingan kelebihan antara penggunaan tenaga api fosil dengan tenaga altenatif. [4]
3. Bezakan kepentingan ekosistem daratan dengan ekosistem lautan kepada manusia. [4]
4. Berikan perbezan antara banjir bermusim dengan banjir kilat. [4]

E. MAKNA SOALAN MENGAPAKAH
1. Calon mestilah memberi setiap isi + sebab dan alasan terhadap sesuatu yang ditanya. Jawapan perlu terang dan jelas serta perlu dihuraikan.
2. Contoh soalan.
Mengapakah kerjasama antarabangsa penting dalam menangani isu alam sekitar? [4]
Jawapan:
Beri isu seperti jerebu di Asia Tenggara. Kerjasama antarabangsa antara Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunai. Bentuk kerjasama - perbincangan melibatkan menteri dan pegawai tinggi antara negara, memberi bantuan kewangan dan kepakaran antara negara dalam mengatasi isu jerebu. Contoh, membantu memadamkan kebakaran hutan diIndonesia, tindakan terhadap pengusaha2 ladang yang membakar hutan untuk tujuan pertanian yang melibatkan antara negara. Ini dapat menyelesaikan masalah jerebu di Asia Tenggara.

F. CONTOH SOALAN BAGAIMANAKAH
Soalan Bagaimanakah Memerlukan huraian yang panjang lebar. Perlu diperincikan jawapannya.
Contoh Soalan;
Bagaimanakah pemanasan global berlaku? [4]
Contoh Jawapan:
Punca dan proses; kesan rumah hijau - lapisan gas yang menyelimuti bumi dalam ruang atmosfera yang membenarkan bahangan matahari masuk tapi menyekat bahangan bumi daripada keluar ke angkasa lepas. Kesan - peningkatan suhu bumi yang mencairkan glasier/icebeg di kutub dan kawasan pergunungan.

G. CONTOH SOALAN KENAL PASTI
Soalan KENAL PASTI Memastikan Kehendak Soalan
Contoh Soalan;
Kenal pasti dua fenomena yang berlaku akibat pemanasan global. [2]
Contoh Jawapan:
1. Fenomena kepanasan melampau (heat stroke)
2. Fenomena pengurunan - padang pasir semakin luas.
3. Fenomena siklon / ribut / taufan meningkat.
4. Suhu permukaan laut meningkat - fenomena El Nino dan La Nina

CONTOH SOALAN KESIMPULAN
Soalan KESIMPULAN - Membuat Kesimpulan dari gambar rajah
Contoh Soalan;

Berdasarkan gambar di berikan, Apakah kesimpulan anda berkaitan dengan fenomena yang berlaku dalam gambar tersebut? [2]
Contoh Jawapan:
1. Fenomena penyahutanan untuk tujuan pertanian ladang intensif yang kesannya menyebabkan gangguan terhadap ekosistem.

No comments: