Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh Penting

  • Mac, 21 - Hari Hutan Sedunia
  • Mac, 22 - Hari Air Sedunia
  • Mac, 23 - Hari Meteorologi Sedunia
  • April, 22 - Hari Bumi
  • Jun, 05 - Hari Alam Sekitar Sedunia
  • Okt., 08 - Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semula Jadi
  • Okt., 22-27 : Minggu Alam Sekitar Malaysia

http://img1.blogblog.com/img/icon18_wrench_allbkg.png

Sunday, July 4, 2010

Kebanyakan sungai di Malaysia dicemarkan dengan kegiatan yang berikut:
(1) Tumpahan Minyak(2) Buangan Dari Aktiviti Pertanian Dan Ternakan(3) Pelupusan Sampah Sarap Kumbahan Dan Lain-lain Buangan Perumahan(4) Pelupusan Bahan Buangan Kommersial Dan Industri(5) Bahan Buangan Pembinaan

PENCEMARAN AIR
1. Air ialah pelarut universal kerana banyak jenis bahan kimia larut di dalamnya.Sifat air sebagai pelarut juga menyenangkan pencemarannya.
2. Pencemaran air berlaku akibat pembuangan bahan kotoran domestik, industri,pertanian, atau juga akibat hakisan tanah ke dalam sumber air sehingga menjadikansumber air itu tidak lagi selamat untuk hidupan air dan kegunaan manusia.
3. Kesemua jenis bahan pencemar air boleh dibahagikan kepada:(a) Agen biologii.Sumber air boleh dicemari oleh bakteria, protozoa, dan virus yang membawapenyakit.ii.Contohnya, penyakit kolera disebabkan oleh bakteria Vibrio, penyakit demamkepialu oleh bakteria Salmonella, cirit-birit oleh protozoa Entamoeba, danhepatitis A oleh virus.b.Baja kimia(i) Ekosistem air dapat di cemar oleh fosfat dan nitrat yangmeresap ke dalam kolam dan sungai daripada baja yang disembur.(ii) Misalnya, jika kandungan fosfat dalam air adalah tinggi,ini akan menggalakkan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan akuatik yangterlampau banyak lalu menyesak dan mengganggu keseimbanganekosistem air tersebut.(c) Toksin kimiai.Antara toksin kimia inorganik yang mungkin terdapat dalam air yang tercemaradalah arsenik, kadmium, kromat, sianida, plumbum, selenium, merkuri,kuprum, kromium, dan zink yang dibuang dari kilang-kilang.ii.Toksin kimia organik pula adalah pestisid seperti DDT,benzena, PCB, dansebagainya.iii.Toksin kimia ini boleh menyebabkan keracunan makanan, kerosakan organ-organbadan, penyakit barah, dan mutasi gen.(d) Agen fizikal(i) Minyak, gris, dan bahan-bahan lain yang terapung di atasair dapat mengurangkan penembusan cahaya matahari dan resapangas seperti oksigen. Ini seterusnya boleh menyebabkan hidupanakuatik mati,(ii) Pepejal endapan dan ampaian menurunkan kualiti air sertamengakibatkan longgokan kelodak sungai yang bokd menyebabkanbanjir.(e) Bahan buangan radioaktifBahan buangan radioaktif mungkin disalurkan ke dalam sistem airsemasa pembuangan sisa radioaktif makmal kajian sisa radioaktifbuangan hospital, dan av dari stesen nuklear.f.Garam-garam inorganik, asid dan akalii.Garam-garam inorganik, asid, dan akali merupakan hasil pembuangan dariindustri perkilangan dan aktiviti lain manusia.ii.Kehadiran garam-garam inorganik kalsium semula jadi yang banyak menyebabkanair menjadi keras dan sukar membentuk buih dengan sabun. Garam-garam inijuga menyebabkan paip air tersumbat apabila garam kalsium diendapkan padadinding, dalam paip.iii.Kehadiran garam magnesium sulfat yang terlampau banyak dalam air minumanboleh menyebabkao cirit-birit.iv.Kehadiran asid atau alkali yang berlebihan boleh mengganggu kemandirianekosistem akuatik kerana haiwan dan tumbuh-tumbuhan akuatik mempunyai julattahanan terhadap perubahan pH yang sempit.4. Punca-punca pencemaran air boled dibahagikan kepada:(a) Punca domestiki.Pencemar domesfik terdiri daripada sampah sarap dan kumbahan pembuanganharian dari rumah kediaman di bandar atau di luar bandar.ii.Sampah sarap dan kumbahan ini disalurkan ke dalam parit dan seterusnya kedalam sungai.iii.Dalam sungai, sampah organik akan mereput dan diuraikan oleh bakteria denganoksigen yang terlarut dalam air. Ini akan mengurangkan kandungan oksigen airdan menyebabkan kematian organisma-organisma akuatik.(b) Punca industrii.Kilang-kilang yang mengeluarkan barangan seperti bahan kimia, cat, logam,tekstil, dakwat, elektronik, dan sebagainya akan menghasilkan sisa-sisaberbentuk cecair dan ampaian yang biasanya dibuang ke dalam sungai.ii.Industri pengilangan yang berasaskan pertanian memproses hasil-hasilpertanian seperti kelapa sawit, getah, koko, nenas, dan sagu biasanyamembuang sisa-sisa hampas organik ke dalam sungai.iii.Kilang-kilang industri penghasilan bahan agrokimia seperti insektisid,herbisid, pestisid, dan baja juga menghasilkan sisa-sisa toksik yangdisalurkan ke dalam sungai secara sengaja atau tidak sengaja.iv.Industri perlombongan, terutamanya lombong bijih timah paling banyakmencemarkan air sungai dengan ampaian selut dan kelodak. Sisa-sisa logamlain seperti merkuri, plumbum, kuprum, zink, dan arsenik juga dicurahkanoleh industri perlombongan ke dalam sistem sungai.v.Industri perlombongan petroleum di dasar laut juga mencemarkan laut denganpetroleum yang tertumpah keluar semasa penggerudian perigi minyak dan semasaperlanggaran atau letupan tangki minyak. Kesannya adalah kawasan pantai akantercemar dan banyak spesies burong laut akan mati akibat minyak yangterlekat pada bulu pelepahnya. Lapisan minyak di permukaan laut juga bolehmenghalang penembusan cahaya matahari ke dalam laut lalu menghentikan prosesfotosintesis tumbuh-tumbuhan laut dan fitoplankton. Ini menjejaskan rantaimakanan dan hidupan akuatik yang bergantung kepada plankton sebagai makananasasnya. Di samping itu ikan yang tercemar akan membahayakan kesihatanpengguna jika dimakan.b.Punca pertaniani.Dalam bidang pertanian, penggunaan baja,pestisid, dan insektisid untukmembunuh haiwan perosak dan herbisid untuk membunuh rumput-rumpai juga bolehmencemarkan air sungai.ii.Bahan-bahan agrokimia ini yang disembur ke atas tumbuh-tumbuhan akan meresapke dalam tanah dan akhirnya sampai ke air bawah tanah serta sungai lalumencemarkannya.iii.Sisa baja yang meresap ke sungai menyebabkan pertumbuhan alga yang cepatlalu menghalang penembusan cahaya ke bahagian bawah permukaan air dan inimengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan akuatik.i.Seterusnya rantai makanan dalam ekosistem air sungai akan terganggu.5. Keperluan oksigen biokimia (BOD)a.Penambahan bahan organik (seperti tumbuh-tumbuhan mati dan sampah sarap) kedalam air akan meningkatkan aktiviti organisma pengurai.b.Organisma pengurai (pereput) menggunakan bahan organik sebagai punca tenagadan nutrisi. Semasa aktiviti penguraian bahan-bahan organik berlaku, banyakoksigen terlarut akan digunakan.c.Apabila terlampau banyak bahan organik hadir dalam air, maka bekalan oksigenyang terlarut akan dihabiskan untuk aktiviti penguraian lalu melemaskanorganisma akuatik lain. seperti ikan dan zooplankton.d.Keperluan oksigen biokimia [BOD); "Biochemical Oxygen Demand"] adalah jumlahkuantiti oksigen yang digunakan oleh mikroorganisma seperti bakteria dankulat untuk penguraian bahan organik dalam suatu sampel air,i.Nilai BOD yang rendah menandakan kuantiti oksigen yang terlarut dalam airadalah tinggi manakala semakin tinggi nilai BOD, semakin kurang oksigen yangterlarut dalam air, iaitu lebih tercemar sesuatu sampel air itu dengan bahanorganik.ii.Contohnya, nilai BOD yang biasa bagi air yang tercemar dengan najis adalah200 - 400 mg oksigen per liter air [iaitu 200 - 400 ppm (bahagian per juta)]. Air minuman seharusnya mempunyai nilai BOD yang kurang daripada 1.

No comments: