Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh Penting

  • Mac, 21 - Hari Hutan Sedunia
  • Mac, 22 - Hari Air Sedunia
  • Mac, 23 - Hari Meteorologi Sedunia
  • April, 22 - Hari Bumi
  • Jun, 05 - Hari Alam Sekitar Sedunia
  • Okt., 08 - Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semula Jadi
  • Okt., 22-27 : Minggu Alam Sekitar Malaysia

http://img1.blogblog.com/img/icon18_wrench_allbkg.png

Monday, July 5, 2010

Pencemaran Air dan Kesannya

Pencemaran Air
AIR adalah sumber alam yang sangat penting, tanpa air amat sukar untuk manusia meneruskan kehidupan, memandangkan air amat penting kepada kelangsungan hidup. Akal manusia tentu sekali dapat melihat keperluan menjaga kualiti air agar ia akan sentiasa selamat untuk digunakan. Melihat akan kepentingan air kepada kehidupan samaada kepada manusia atau makhluk yang lain seperti binatang dan tumbuhan tentunya logik akal akan membantu kita untuk sentiasa memelihara kualiti air.
Pencemaran air termasuklah pencemaran sungai-sungai, tasik-tasik dan laut, yang berpunca daripada beberapa aktiviti yang dijalankan oleh manusia. Diantara pencemaran air yang kerap berlaku adalah air sungai menjadi kotor disebabkan pembuangan sampah,sisa bahan buangan kilang-kilang secara haram dan tidak teratur, tumpuhan minyak daripada kapal-kapal. Kandungan air juga boleh tercemar daripada air larut resap atau leachate yang mengalir dari tempat pembuangan atau pelupusan sampah, menyebabkan air berbau busuk.
Kegiatan pembalakan yang tidak teratur juga menyumbang kepada pencemaran air sungai dimana kebanyakan air sungai menjadi keruh dan berlumpur. Aktiviti pertanian dan perternakan juga menyumbang kepada pencemaran air, dimana sisa-sisa bahan buangan ternakan seperti najis dibuang kedalam atau dialirkan kesungai, air seterusnya mengalir kekawasan tadahan atau tempat pengumpulan air atau empangan.
Pencemaran air adalah satu masalah alam sekitar yang bertambah serious dan sehingga sekarang masih tiada lagi keadah penyelesaian yang benar-benar efektif untuk menangani masalah ini. Mengikut kajian hidrologi ada tiga klasifikasi pencemaran air berlaku iaitu pencemaran Fizikal, tak larut dalam air seperti sampah sarap daripada logam, kertas, kaca, plastik dan kelodok.
Pecemaran Biologi seperti najis binatang menyebabkan kemunculan bakteria seperti Esterichia coli,cacing nemotad dan mikrob lain.
Pencemaran Kimia, bahan kimia terlarut daripada pencemaran fizikal dan biologi serta logam berat dikelaskan sebagai pencemar kimia.
Di negara kita punca utama pemcemaran sungai atau air berlaku disebabkan oleh kelodak dan sisa kumbuhan disamping bahan lain seperti najis binatang, sampah sarap dan logam berat seperti arsenik, kadium raksa dan plumbum. Kajian yang dijalankan keatas 116 batang sungai diseluruh negara didapati10% tau 11 sungai paling teruk tercemar, sebanyak 63% lagi atau 73 batang sungai pada tahap tercemar, Cuma 27% atau 32 batang sungai sahaja dikatagorikan sebagai bersih.
Sungai Sepang, sungai Klang, sungai Buluh, sunagai Selangor dan sungai Golok adalah sungai-sungai yang teruk tercemar oleh kumbuhan, manakala beberapa sungai didapati mengandungi kandungan logam raksa, kadium, tembaga,plumbum serta zink yang tinggi seperti sungai Sawit dan sungai Tuaran di Sabah, sungai Pahang dan sungai Kempas. Lebih 70% masalah pencemaran air sungai disebabkan oleh kumbuhan dan pembuangan sampah selain itu, kelodok daripada hakisan yang juga sebahagian besarnya disebaakan oleh aktiviti penerokaan hutan serta perlepasan sisa oleh industri juga menjadi penyumbang utama masalah pencemaran air.
Kegiatan ternakan terutamanya najis khinzir turut menyumbang kepada pencemaran air. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan menunjukkan sebahagian besar ladang terletak diSelangor dan Negeri Sembilan tidak mempunyai sistem pengurusan sisa najis khinzir yang betul dan menyebabkan pencemaran air, dengan kebanyakan membuang terus ke sungai. Antara sungai yang terlibat termasuklah sungai Sepang, sungai Skudai, sungai Sengget,sungai Klang dan sungai Damasara.
Kegiatan darpada Industri telah dikenalpasti sebagai penyumbang kepada masalah pencemaran sungai atau air. Diantara penyumbang terbesar ialah industri pembersihan dan kerja-kerja logam, operasi pemprosesan filem, industri elektronik dan semikonduktor, industri makanan dan tapaian serta industri penghasilan barangan getah.
Terdapat beberapa kesan pencemaran air diantaraanya membahayakan kesihatan apabila air tercemar di minum. Ia boleh membawa penyakit taun,cirit-berit dan kolera, membunuh kehidupan akuatik seperti ikan, siput atau kerang yang akan dimakan oleh manusia, boleh mengakibatkan penyakit, selain menyebabkan penyakit kulit sekiranya kita mandi dengan air yang tercemar.
Pada bulan april 2006 sebagai contoh lebih 2 juta penduduk didearah Kuala Langat,Hulu Langat, Petaling dan Sepang dilaporkan terputus bekalan air beberapa hari kerana pencemaran air busuk ommania di sungai Semeyih, yang berpunca akibat pencemaran daripada air kotor atau leachate, dari pusat pelupusan sampah Sungai Chembung milik Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), yang tidak mempunyai loji rawatan leachate yang sempurna menyebabkan sungai tercemar dan memasuki kawasan tadahan.

Kesan Pencemaran Air
Implikasi Kesihatan – semua jenis pencemaran air mempunyai kesan dan berbahaya kepada manusia serta spesies lain jika ia terlalu serius. Contohnya, sodium boleh menjadi implikasi kepada masalah jantung, nitrat pula mampu menyebabkan masalah darah. Merkuri dan plumbum boleh mengakibatkan masalah saraf. Sesetengah bahan pencemaran boleh menyebabkan barah. DDT (racun serangga) adalah toksik kepada manusia dan boleh mengubah kromosom. Polychlorinated biphenyls (PCB) boleh merosakkan hati dan sistem saraf, gangguan kulit, muntah-muntah, demam panas, cirit-birit dan keadaan tidak normal yang bahaya.
Disenteri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis adalah antara penyakit yang berjangkit menerusi keracunan air minuman dan air untuk mandi. Sesetengah pantai, sungai dan tasik tidak sesuai untuk orang ramai bersantai kerana bahan buangan kilang yang mencemari kawasan itu.
Pencemaran air juga menjadi masalah yang amat serius di negara dunia ketiga di mana jutaan manusia mendapatkan air minuman dari kawasan yang dicemari dengan bahan buangan manusia sendiri. Pencemaran sebegini dikatakan menyebabkan lebih tiga juta kematian setiap tahun kerana cirit-birit, kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak.

2 comments:

Anonymous said...

hai..spe ye ni? bole sy tahu..

smkrantaupanjang said...

Saya hanya cuba bantu pelajar Geografi Fizikal STPM